Umumnya beberapa jam sebelum majlis pernikahan, adalah merupakan satu detik yang boleh dikatakan agak sibuk untuk semua ahli keluarga apatah lagi buat bakal pengantin bagi memastikan perjalanan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar.
Pun begitu melalui perkongsian daripada Ustazah Asma Harun, dia mendedahkan ada menghubungi Neelofa dan tanpa disangka tiba-tiba berasa sebak dan menitiskan air mata setelah berbalas mesej.
Ini perkongsiannya.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
Selepas subuh pagi tadi, saya ada bermesej dengan Adinda Neelofa tentang beberapa perkara. Sungguh saya tak tahu pagi ni hari pernikahan beliau. Memang ada terbaca rumors tentangnya, namun tak pasti bila, dan Adinda Neelofa sempat reply dengan baik, sedangkan sudah tentu beliau sangat sibuk untuk buat persiapan. Sunguh baik kamu dik, selalu cuba membalas mesej walau dalam kesibukan. Moga Allah merahmatimu.
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكَمُاَ فِيْ خَيْر
Ketika dapat mesej beliau mohon didoakan, tiba-tiba rasa sebak dan menitis air mata bahagia dan gembira. Akhirnya Adinda Neelofa bersatu dengan cinta hatinya. SubhanAllah, semoga pernikahan kalian diberkati dan sentiasa dilindungi Allah swt, bahagia bercinta sampai ke Syurga.
Semoga Puan Neelofa menjadi isteri Solehah dan sentiasa dijaga, disayang, dicintai oleh suamimu Ustaz Muhammad Haris yang soleh.
Tahniah buat keduanya.
Sumber : Asma’ binti Harun