Pastinya bagi pencinta kucing akan berasa sedih apabila kucing kesayangan yang dipelihara sejak kecil mati.
Siapa yang tak sebak jika selama bertahun-tahun perasaan sayang sangat pada kucing akhirnya berakhir dengan kematian.
Begitulah dialami seorang lelaki yang meraung kesedihan apabila melihat kucing kesayangannya mati di rumahnya.
Pemilik kucing dikenali Akiem berkata, kucing bernama Pak Tam itu adalah paling rapat dengannya malah telah dijaga sejak tiga tahun lalu. Muat naik di instagram miliknya, hkiemirsyd beliau berkongsi saat kehilangan kucing kesayangannya.
Selamat Tinggal Peneman Setia. Satu2 nya kucing peliharaan yang ku sayang dari dulu sampailah sekarang. Paktam juga bukan hanya seekor haiwan tetapi merupakan peneman setia ku dari zaman SPM sehingga la skrng.
NAZAK DEPAN MATA
PAK TAM KESAYANGAN KELUARGA
Paktam juga seekor kucing yang cerdik akal yang jarang orang dapat, sbbtu paktam ni disayangi seluruh keluarga especially Ummi yang mana dia selalu berkepit pagi, petang dan malam dgn Ummi.
Tetapi harini, 21/5/2021 tepat pada hari Jumaat, Allah telah mentakdirkan bahawa setakat ini sahajalah tanggungjawab kami kepada paktam dan setakat ini jugalah paktam dapat berbakti kepada keluarga ini. InshaAllah kita jumpa di Syurga nanti☺️.
*Thank you jgk kpd @qilaistheone sebab ada bersama and thank you jgk sbb editkn video sbg kenangan terakhir kita dgn PakTam*
Akiem simpan sini je tau Paktam Kenangan kita.
TINGGAL KENANGAN
Akiem menerusi Instastori menjelaskan bahawa ‘Pak Tam’ banyak meninggalkan kenangan bersamannya.
Dalam pada itu, video yang sama juga dimuat naik di instagram milik qilaistheone yang merupakan individu yang merakam video berkenaan. Katanya lagi, video dirakam bertujuan untuk memberitahu kepada ahli keluarga lain mengenai berita kematian kucing kesayangan mereka.
@hkiemirsyd memang pencinta kucing. buat yang tertanya, PakTam kena sawan lepas termakan racun tikus. tak sempat bagi air kelapa ke apapun, panic & terus bawa jumpa vet lepas dia kejung berkali-kali. Doakan kami di syurga PakTam❤️inshallah.
*video yang direkod utk tontonan group family sebenarnya bagi update kpd family yang lain*
RAKAM UNTUK UPDATE PADA AHLI KELUARGA LAIN
Dalam pada itu, rata-rata warganet melahirkan rasa terharu melihat perkongsian video ini.
Sumber: hkiemirsyd dan qilaistheone
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club