Menjaga kecantikan wajah tidak semestinya memerlukan belanja yang besar jika mahu menggunakan cara alternatif yang lebih alami. Malah bukan sahaja selamat dan yang penting juga jimat kos dalam penyediaannya. Maklumlah kita menggunakan barang-barang yang tersedia ada.
Untuk itu ketahui beberapa cara penjagaan kecantikan dan bolehlah diamalkan untuk melihat hasilnya.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Ads
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Ads
Buat Tomato Beku
Ads
Caranya mudah ambil beberapa biji tomato dan kemudian dihiris dua. Setelah itu masukkan tomato tersebut di dalam peti sejuk beku. Apabila beku gunakan tomato tersebut untuk dilumur rata pada seluruh bahagian wajah. Lakukan berulang kali sebelum dicuci bersih dengan air.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Alamak, baju favourite dah sendat! macam mana ni!.. Kena diet nampak gaya ni! Itu mungkin kata-kata yang berbisik di hati setiap kali melalui situasi ini. Masalah pertambahan berat badan akan berlaku bila pemakanan tak dijaga dan tiada aktiviti keluarkan peluh.
Boleh jadi juga disebabkan pertambahan usia menyebabkan proses metabolisme semakin berkurangan. Tapi bila dah sedar berat badan meningkat, kena cepat-cepat bertindak. Jika tidak, makin sukar untuk mencantas lemak yang makin bertimbun. Paling mudah buat 5 perkara ni cepat!
Makan lauk, kurangkan nasi
Makan lauk telur, ayam dan daging yang mengandungi protein tapi kurangkan karbohidrat terutama nasi. Sumber protien ini bantu proses pembentukan otot dan juga baik untuk pencernaan. Tapi kalau tak bersenam tak akan terhasil juga pembentukan otot.
Minum Kopi
Minum kopi atau minuman kafein lain seperti teh hijau. Pengambilan kafein sebelum bersenam dikatakan dapat membantu kita cergas lebih lama dan lebih bertenaga. Cubalah minum secawan kopi atau teh pada waktu pagi sejam atau lebih sebelum anda berjalan-jalan atau bersenam dan lihat hasilnya.
Banyak Bergerak
Badan makin berat, jalan malas bangkit. Kena bangun dan selalu bergerak. Mereka yang ada masalah berat badan selalunya suka duduk berbanding orang ang ramping. Jadi kalau di pejabat cuba guna tangga dan kalau menonton tv di rumah sepanjang iklan berdirilah seketika. Selain itu rajin-rajin bersihkan rumah yang mana aktiviti ini dengan mudah dapat bakar kalori.
Makan Ikan
Salmon dan tuna merupakan sumber omega-3 asid lemak, yang dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme. Menurut satu kajian yang dilakukan di Perancis menemukan orang dewasa yang mengambil enam gram minyak ikan setiap hari memiliki lemak tubuh yang lebih sedikit (yang membantu anda membakar kalori lebih banyak) daripada mereka mendapat jumlah yang sama daripada lemak mentega, minyak zaitun dan minyak bunga matahari sebagai gantinya.
Sebab itulah kena amalkan ikan salmon atau tuna sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau minta pandangan daripada doktor tentang pengambilan suplemen minyak ikan.
Hujung Minggu Joging
Hujung minggu waktu petang jangan hanya bersantai di sofa. Keluar berjoging, ajak pasangan atau anak-anak. Selain itu setiap hari buat senaman bangkit tubi untuk meningkatkan kadar metabolisme. Kaedah ini dapat membantu membentuk otot selain membantu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, saudara Akmal Al Yahya cara mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal.
Dengan hanya menggunakan bahan terpaksai, masalah tersebut boleh diatasi. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut berkenaan Cara saya mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal. Izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya mesra dipanggil dengan nama Akmal dan mula mengusahakan Kebun Lokal sejak dari tahun 2017 sehingga kini. Dengan tujuan utama adalah membina sebuah bank makanan untuk keluarga kecil saya.
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah menggangu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti Membaja, Penyediaan Kompos dan lain-lain. Pada awal kami berkebun, kami telah menggunakan Racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
Penggunaan Kotak dan Kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari Amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara Percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa. Untuk Lapisan kotak yang pertama. Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit Eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkn ke dalam plot tayar terpakai kami.
Oh ya, setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidam hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam kami sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, jimat tenaga, jimat masa.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Dan, saya bersyukur kerana saya dapat tumpukan pula perhatian saya pada kerja-kerja kebun yang lain.
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar. Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan. Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan Kertas Rincih ini. Setiap Minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Jimat Masa, Jimat Tenaga, Jimat Duit. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja. Terima Kasih atas masa tuan/puan luangkan untuk menelaah perkongsian saya ini. Saya Akmal, pekebun kecil berjiwa besar dari Kebun Lokal. Masih kurang jelas, saya bantu sampaikan kepada tuan/puan dalam bentuk Visual pula, sila klik pada link ini untuk penjelasan lebig lanjut ya. https://youtu.be/DNaax_gmLsE
Menghias rumah antara kepakaran ibu-ibu, tetapi ada juga kaum bapa yang kini tak kurang hebatnya. Apa sahaja tip atau info yang diberikan pasti cuba dipraktikkan di rumah sendiri. Lagi lagi kalau yang melibatkan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan. Satu lagi perkongsian mengenai dekorasi bajet ini baru-baru ini meraih perhatian ramai kerana ia lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya. Ini antara langkah ringkas yang dikongsikan oleh saudara Shafiq Abdul Hamid.
Assalamualaikum.. kepada makcik2 pakcik2 abg2 akak2… Yg mna teringin nak pakai lansir ring mcm ni… Tpi x dak modai nak beli kayu tu… Boleh buat guna paip modai x mahai sngt…. Guna paip saiz 20mm k.. besi L tu boleh dpatkan di kedai eco yg lain2 tu kedai hardware langsir sy bli kat d.i.y aje…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.