Nasihat Wanita Miliki Barang Kemas Tulen Bukan Tiruan, Noryn Aziz – “Boleh Jadi Aset & Pelaburan Masa Depan”

Share

Selain dijadikan perhiasan, sebenarnya barangan kemas juga boleh dijadikan pelaburan untuk masa kecemasan. Ada sesetengah orang gemar menyimpan duit tidak kira di tabung atau dalam bank. Ada juga yang jenis menyimpan dengan cara membeli barangan kemas.

Namun bila sebut tentang barangan kemas, ada orang suka memakai barangan kemas yang bersifat tiruan berbanding yang asli dek kerana harganya yang lebih jauh murah. Tetapi lain pula pandangan dari penyanyi Noryn Aziz yang mempunyai pandangan tersendiri mengenai sesetengah wanita yang memilih untuk memiliki barangan kemas tiruan berbanding yang tulen.

Bagi Noryn, tidak salah untuk memiliki yang tiruan, namun nasihatnya kepada wanita yang mempunyai kerjaya lebih elok memiliki barangan kemas yang tulen.

“Sebagai seorang wanita, tidak menafikan bahawa barang kemas adalah antara yang menjadi kegilaan kaum hawa.

“Kerana barang kemas boleh dijadikan sebagai aset dan pelaburan untuk masa depan.

“Pun begitu bergantung kepada individu itu untuk memiliki barangan kemas sama ada tiruan atau tulen, saya tidak berhak nak menghalang.

“Tetapi, nasihat saya kepada wanita yang ada kerjaya, anda tahu ada perkara yang perlu buat ada rasa dihargai dan dibanggakan.

“Bila dah penat bekerja, mengapa tidak anda hiburkan hati dengan membeli yang tulen berbanding tiruan. Sebab lagi puas hati,” katanya kepada Gempak usai melakukan persembahan pada majlis pelancaran barangan perhiasan jenama mewah, Karloff bersama HABIB yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Sumber : Gempak