Bagi sesetengah orang, umur mungkin sekadar angka. Namun realitinya, angka tersebut saban tahun berubah dan bertambah. Seiring dengan pertambahan tersebut, kena ada perubahan dalam diri. Nak nak lagi apabila sudah memasuki separuh abad.
Mencecah usia 50 tahun, anda akan memasuki fasa usia tua atau warga emas. Berada pada separuh abad, mungkin juga tahap saki baki usia maka setiap waktu dalam fasa ini seharusnya digunakan dengan bermanfaat.
Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih. Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia. Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
Berikut adalah beberapa nasihat berguna daripada Pakar Runding Obstetriks dan Ginekologi (O&G), Profesor Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj untuk yang bakal atau sudah memasuki usia 50 tahun. Bukan tentang kesihatan tapi hidup secara keseluruhannya.
1. Masa mengumpul harta sudah habis.
Fokus sekarang untuk gembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.
2. Jangan tinggalkan apa-apa untuk anak-anak.
Mereka perlu usaha dan cari sendiri . Rancang bagaimana belanjakan duit simpanan. Anda patut gembira kan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.
Ads
Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
3. Buat kerja jangan bertangguh
Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
4. Didiklah anak cucu dengan agama
Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi “full time baby sitter”. Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah kerana tidak menjaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.
Tanggung jawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibu bapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
5. Kalau sakit bersabarlah
Ads
Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.
6. Dunia bukan tempat kamu dapat apa yang kamu hendak
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tidak mendapat apa yang anda mahu, ketahuilah itu semua sudah terlambat.
7. Bersamalah dengan mereka yang ikhlas menyayangi anda
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.
8. Berlapang dadalah
Ads
Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
9. Segeralah membina akhirat anda.
Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semula jadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian ialah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.
10. Bayangkanlah kegembiraan hidup di syurga yang kekal.
Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
Petikan:
PROFDR. HARLINA SHIRAJ.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah wanita bernama Jahidah Nordin, pernah mendapat perhatian umum apabila dipercayai dipukul oleh suami ketika hamil. Ramai yang tumpang sedih dengan nasib malang yang menimpanya sehingga kini hanya mampu terlantar di atas katil. Apatah lagi bila memandang wajah bayinya yang kian membesar, sungguh tersentuh hati dibuatnya.
Baru-baru ini menerusi entri Fauziah Nordin di laman Facebook, ada berkongsi momen apabila pasangan selebriti kesayangan ramai, Fazura dan Fattah Amin datang menziarahi mereka di Sendayan, Negeri Sembilan.
Jelasnya lagi, pasangan suami isteri ini sangat merendah diri dan cukup disenangi kerana begitu mudah mesra bergaul meskipun mereka adalah sebebriti terkenal.
“Rezeki dapat jumpa Fazura & Fattah amin. Memang humble sangat pasangan ni, peramah tak kekok bergaul.”
Sebak menangis
Ujarnya lagi Fazura cukup tersentuh hati meskipun belum lagi bersua muka dengan kakak yang berada di dalam bilik, namun Fazura telahpun sebak dan mengalirkan air mata. Bahkan Fauziah akui betapa baik hatinya pasangan suami isterinya kerana sanggup datang jauh semata-mata untuk menziarahi Jahidah dan anaknya, Nufail.
“Masa nak masuk bilik tengok kakak ,Fazura tak bole nak masuk sebab dia dah sebak menangis kat luar bilik tak sanggup tengok keadaan kak jahidah..suami dia pujuk dia kuatkan hati tengok kak jahidah..baik nya hati Fazura suami n team datang melawat kak jahidah walaupun orang terkenal tapi sangat merendah diri sanggup datang melawat kakak dan Nufail ..
“Terima kasih Fazura ,Fatah amin dan Team mukmin pro sudi datang melawat ..” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui figura popular Fazura dan suaminya sangat baik hati dan mendoakan agar pasangan ini terus kekal bahagia kekal bahagia hingga jannah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekali sekala bila datang penyakit ‘malas’ memasak, memang tidak dinafikan kurang bersemangat untuk memasak menu yang istimewa. Kalau boleh cukuplah sekadar menu ringkas sahaja yang ingin dimasak.
Pun begitu, andai tekak terasa teringin pula makan sesuatu yang enak sedangkan mood tiada, jadi untuk atasi masalah ini lebih baik anda sediakan sahaja menu yang mudah ini tapi hasilnya memang makan special jadinya.
Menu yang dimaksudkan adalah Nasi Briani Kari Adabi, walau dimasak sekadar nasi tanpa padanan menu yang lain sudah cukup lengkap dirasakan. Sekali masak nasi, lauk kambing dapat dinikmati bersama. Memang mudah dan enak!
Jadi nak tahu resipinya, ini sepertimana yang dikongsikan oleh Nurul Afidah.
Nasi Briani Kari Kambing Adabi
Cuba resepi yang pernah viral seketika dahulu tapi kita olah sikit guna apa yang ada kat dapur
Bahan bahan
-Kari kambing adabi 2 tin (boleh jugak guna daging/ayam)
-Beras basmathi 4 pot (basuh & rendam air 15-30minit) – Cik Fide guna beras faiza basmathi moghul – tapis selepas 30minit
-Tomato 1biji potong dadu
-Bawang besar 1biji hiris nipis
-Halia 2inci hiris nipis
-Rempah 3 sekawan
-3 helai daun pandan
-3 biji cili besar hijau @ merah
-Susu cair @ fresh separuh cawan
-Planta 1 senduk
-Telur rebus ikutlah berapa biji, tadi ada 2 je
-Kiub pati ayam separuh
-Air 1 tin kari kambing – untuk masakan ni saya letak 1 tin air je sebab kari tu pun dah ada kuah. Kalau banyak sangat takut lembik pula
-Sedikit garam
Cara-cara
1. Panaskan planta & tumis rempah 3 sekawan. Masukkan halia & masak sehingga kekuningan
2. Masukkan bawang besar & daun pandan. Masak sehingga layu
3. Masukkan kiub pati ayam, tomato & susu fresh. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan kari kambing & garam. Masukkan air dan biarkan mendidih
4. Masukkan beras dan biarkan sebati dengan kuah. Tak payah lama lama sangat.
5. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan telur rebus dan cili besar. Masak seperti biasa. Sesekali jenguk dan kacau kacau nasi tu jika perlu.
6. Dah siap, bolehla hidang! Kalau rajin buatlah acar, kemalasan melanda tadi. Nak lagi sedap boleh tabur hirisan daun ketumbar, pun takdee tadi.
Kalau rajin masaklah ayam merah takpun dalca takpun sup kosong tapi itulah saya tak berapa nak rajin. Makan macam ni pun sedap sangat dahh. Rasa dia sedap cukup rasa! Aroma semerbak satu rumah! Kari kambing Adabi tu cik Fide beli kat Shopee je. Nak cari kat kedai kemain payah.
Okay selamat mencubaa!
Anda juga boleh membeli Kari Kambing Adabi secara online klik di sini
Bergelar ibu bapa, sudah tentu mahu anak yang dilahirkan menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Namun lebih mencabar apabila mendidik anak perempuan lantaran sifat mereka yang lemah lembut dan mudah terasa.
Anak perempuan permata keluarga. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Abu Hurairah Roslan, yang meluahkan rasa bimbang mengenai anak perempuannya yang semakin meningkat remaja.
Cakna pengaruh gajet, dia mengambil iniasitif menetapkan tempoh masa untuk anak-anak bermain gajet.
Namun, siapa sangka dalam berhati-hati mendidik anak perempuan dalam hal hubungan dengan kawan termasuk lelaki, ia tetap berlaku.
Caranya memberi nasihat kepada anak perempuan telah menurun jiwa para netizen yang turut mempunyai anak perempuan.
Selanjut ikuti perkongsian ini.
Beginilah cabaran dalam mendidik anak perempuan yang ibu bapa kena alert.
Saya ada empat orang anak perempuan. Yang sulung sudah berumur 14 tahun.
Ya, sudah remaja.
Semakin mereka dewasa, kadang saya tak lena tidur memikirkan tentang mereka.
Anak sulung saya ada grup whatsapp sekolah. Dalam grup tu ada pelajar lelaki dan juga perempuan.
Pukul 9.00 malam sahaja, memang saya serta isteri akan minta telefon dan tidak boleh digunakan. Hanya 10.00 pagi sehingga 9.00 malam sahaja. Kecuali, jika ada perbincangan tentang hal sekolah, grup sepupu-sepupu dan juga anak-anak If-One.
Satu malam, saya pulang lewat. 2.30 pagi saya sampai dirumah. Saya dengar bunyi whatsapp dari handphone anak tak berhenti. Malam-malam sebelum ni juga sama. Subuh pun bunyi notifikasi.
Saya tergerak nak periksa, saya buka whataapp dan saya amat terkejut.
Whatsapp dari beberapa lelaki. Saya buka satu persatu dan periksa.
“Hai. Tengah buat apa?”
“Woih, boring seh. Jom sembang!”
Dan beberapa whatsapp lagi.
Terus saya block dan ambil semua nombor mereka. Saya whatsapp dulu kepada mereka, kenalkan diri dan bagitahu jangan ganggu anak saya lagi. Pagi nanti baru saya nak telefon mereka.
Kerisauan seorang ayah
Pagi sahaja, terus saya panggil anak sulung duduk didepan saya dan saya usaha cakap secara baik, walau darah ni menyirap naik saja.
“Ifa, ni apa?”
Saya tunjuk satu-satu whatsapp. Saya tahan lagi dada dan tangan ni dari naik. Isteri tiada sebab uruskan taska dari awal pagi. Biasanya saya dirumah dengan anak-anak.
Ifa terdiam. Wajahnya mula pucat.
Saya dah janji pada anak-anak perempuan, saya takkan sentuh tubuh mereka, pukul ke atau cubit. Saya kalau naik darah, memang susah nak kawal.
Saya bagitahu,
“Ifa seronok tak kalau dapat whataspp macam ni? Tengah serabut duduk rumah. Tengah sunyi. Mak ayah takde pula. Tiba-tiba orang laki nak teman. Seronok tak?”
Dia diam sahaja.
Saya buka grup yang Akhi Fairuz Al-Jengkawi buat untuk kami bincangkan masalah sosial dan keadaan anak-anak kita yang hari ini amat menakutkan.
Saya tunjuk pada dia.
“Ifa nampak ni? Kes-kes wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Kes kena tipu dengan lelaki. Mengandung anak yang tidak sah. Ifa tahu punca dia?”
Airmatanya mula bergenang.
“Dari whataspp tadilah. Konon nak hilangkan sunyi. Konon nak teman. Konon nak kejut subuh. Konon nak jadi lelaki baiklah. Tapi percayalah ifa. Lelaki itulah syaitan yang akan merosakkan orang perempuan macam ifa!”
Saya sambung lagi.
“Dalam rumah kita ni, ayah seorang sahaja lelaki yang paling baik untuk ifa. Tidak ada yang lebih baik dari ayah. Selagi ifa belum menjadi isteri, ifa anak ayah. Tanggungjawab ayah. Amanah ayah. Dosa pahala ayah. Setiap hari lelaki yang akan berjuang untuk hidup ifa ayah lah! Bukan lelaki yang dalam whatsapp tu!”
Masa ni, saya semakin tinggi suara. Saya istighfar sebab anak sulung semakin takut melihat saya yang begini. Menggelatar tangan dan tubuh menahan sabar.
Rupanya ini sebabnya.
Tiba-tiba anak sulung bersuara.
“Ifa sebenarnya rindu ayah. Ifa tak jumpa ayah pagi sampai malam. Ifa tak tahu nak cakap dengan siapa. Ifa.. ifa..ifa…”
Allahu. Down!
Ya.
Saya akui saya dah amat jarang bercakap dengannya. Kadang lebih banyak marah dari cakap baik-baik. Lebih banyak bagi arahan dari menyatakan perasaan. Lebih banyak bersoal tanpa bertanya dahulu satu persatu.
Perlahan-lahan saya pergi pada dia, dan untuk kesekian kalinya, saya duduk dan peluk dia. Saya cium dahinya.
Ya Tuhan.
Lamanya saya tak jadi “ayah” kepadanya. Saya bisikkan padanya,
“Ifa, ayah minta maaf sebab lama tak dengar dan bercakap dengan ifa. Ayahlah lelaki paling baik untuk ifa. Ayah ni sekejap je dengan ifa. Selepas ni ayah takkan jaga ifa dah. Akan ada lelaki lain yang jaga ifa. Namanya suami, sama macam ayah. Ifa jadilah wanita yang baik macam ibu. Lelaki pertama dan akhir yang ibu kenal dan cinta, ayah lah”
Lama saya peluk dia. Rasanya saya peluk dan cium dia masa dia kecil macam adik-adiknya. Sedangkan, masa dia membesar inilah, dia juga perlu pada kasih sayang seorang ayah.
Kemudian, saya dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum pakcik. Saya kawan sekolah anak pakcik. Saya minta maaf whatsapp anak pakcik begitu”
“Waalaikumsalam. Baik. Saya ni ayah dia. Saya sayang anak saya lebih dari sesiapa pun. Kalau kamu nak jadi lelaki yang baik, janganlah kacau anak pakcik lagi, dan juga anak perempuan orang lain. Faham? Kamu ada kakak? Ada adik perempuan?”
“Ada pakcik”
“Kalau kamu tak suka orang kacau adik beradik perempuan kamu, pakcik pun sama. Hormat mereka, macam kamu hormat adik beradik kamu. Pakcik tak mahu berkasar atau buat benda jahat. Pakcik cakap baik-baik ni ya”
“Baik pakcik. Saya minta maaf sekali lagi”
Kalian,
Jagalah anak-anak perempuan kita. Anak-anak perempuan orang lain juga.
Serta jagalah dan ingatkan anak-anak lelaki kita tentang adab dan sikap mereka terhadap orang perempuan.
Mereka cukup bahaya dan setiap masa diburu oleh kerosakan dunia. Setiap minit dan saat. Setiap turun naik nafas.
Saya juga bukan ayah dan lelaki yang baik pada anak-anak perempuan saya, namun saya dan isteri InsyaAllah akan berusaha menjaga mereka sekuat hati dan jiwa.
Akhir zaman, moga anak-anak perempuan kita tidak menjadi fitnah buat kita.
Bantulah kami wahai Tuhan, dalam menjadi ibu bapa yang lebih baik buat anak-anak kami.
Dan,
Untuk itu saya nak ajak kalian dan anak-anak sekali dalam seminar yang baik ini.
Ilmu ni, kadang ada yang kita tidak tahu.
Namun, ada orang yang di rezeki untuk berkongsi dengan cukup jelas dan terang. Daftar terus seminar ini.
Percayalah, inilah yang amat anak-anak kita perlu. Baik lelaki atau perempuan.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.