Akibat tersalah mengambil makanan yang tidak bersih, pelakon Fasha Sandha mengalami keracunan makanan sehingga muntah-muntah.
Malah Fasha juga menepis tanggapan ramai yang mengatakan dirinya kini sedang hamil.
Kongsi Fasha lagi menerusi Insta Storynya, masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
“Sekejap sahaja sakit dan muntah. Bukan hamil tau, salah makanan atau minumam yang beli di tepi jalan.
“Selalunya okey sahaja, mungkin nasib tidak baik pada hari tu.
“Makanan atau minuman tersebut terkena kuman atau air yang digunakan tak masak. Hati-hati ya semua,” katanya berkongsi.
Ads
Pun begitu, kongsi Fasha lagi keadaan dirinya kini sudah semakin pulih dan akan lebih berhati-hati sekiranya ingin membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
“Alhamdulillah semakin pulih dan terima kasih kerana ambil berat tentang saya, maklumlah, jarang sakit.
“Pengajarannya, jangan makan sesuka hati pada ‘cheat day’. Kadang-kadang nasib tidak baik, kena keracunan makanan jua.
Ads
“Terima kasih suami sebab jaga saya ketika sakit. Sakit manja-manja,” ujarnya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Sumber: FB Prof Fatimah binti Kari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak lelaki dan anak perempuan kita tak sama. Aktiviti mereka biarpun nampak sama tapi perlu dibezakan.
Anak lelaki sebenarnya perlu didedahkan dengan dunia lelaki sejak awal. Senang cerita, biarlah anak sentiasa dekat dengan bapa supaya anak tahu menjadi lelaki yang sebenar.
Anak lelaki perlu didedahkan dengan tanggungjawab dan persekitaran terutamanya yang melibatkan adik beradik lain supaya sudah terbiasa dengan tanggungjawab. Ini yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol.
Selesai saja solat Jumaat, imam umumkan ada solat jenazah. Terus saya tarik tangan Ammar, anak lelaki sulung saya dan kami berjalan masuk ke dalam saf yang lebih hadapan.
Imam terangkan secara ringkas tentang cara solat tu dilakukan dan selepas beberapa minit semuanya selesai.
Dalam kereta, saya tanya Ammar. “Ammar pernah buat solat jenazah?”
Dia kata tak pernah. Itulah kali pertama dan dia tak sangka sangat mudah nak buat solat jenazah.
Petang tu pula, gas memasak habis sewaktu isteri saya sedang menggoreng ayam. “Jom Ammar, tengok papa buat. Kita tukar tong gas.”
Angkat tong. Pulas sini, cabut situ. Tak lama, semuanya selesai. Bab hati-hati dengan bau gas, itu saya tekankan. Ammar mengangguk faham.
Tentang anak lelaki
1. Anak lelaki perlu masa yang khusus dengan ayah. Biarlah jauh sekejap daripada ibu atau adik beradik perempuan.
2. Anak lelaki perlu rasa yang ayah mereka itu mudah didekati. Sama ada untuk bertanya atau untuk belajar sesuatu.
3. Kalau ayah nak keluar rumah untuk buat sesuatu perkara atau nak ambil barang, ajak anak lelaki sekali.
4. Apa saja kerja yang kita tunjuk atau buat bersama anak lelaki, dia pasti teringat sampai dewasa. Bangga dapat buat bersama ayah.
5. Ia lebih mudah jika perkara ni bermula sejak mereka masih kecil. Sama juga untuk anak perempuan.
Ada 1 pepatah yang mengatakan,
“Include them earlier since young or when they grow, they won’t include you.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai antara kita meraikan kemerdekaan pada 31 Ogos ni dengan pelbagai cara. Ada yang mengibarkan bendera dan membuat kek bendera Malaysia serta roti jala bendera Malaysia!
Menarik perkongsian ini, apabila baju merdeka pun buat sendiri. Tak perlu beli dikedai. Hanya menggunakan cat fabrik untuk membentuk jalur gemilang.
Ikuti perkongsian ini.
Ni projek tahun lepas. Saja saya buat suka-suka cat baju merdeka untuk anak. Nama pun #ProjekBajuMerdeka kan?
Dah setahun dah pun.
Ada orang tanya, luntur tak warna cat? Jawapannya TIDAK. Cuma ralatnya dekat sini, saya beli saiz tshirt ngam-ngam jadi tahun ni anak dah tak muat nak pakai
Tapi tak apa.
Kalau ibu-ibu ayah-ayah nak try buat, boleh ketik gambar. Saya dah buh caption siap-siap dekat situ.
Bahan-bahannya cukup mudah. 1. Sehelai tshirt putih. Beli mur-mur sudah lah. Jangan guna baju pagoda pulak dah. 2. 3 botol kecil cat fabric. Murah je ni, boleh beli dekat kedai alat tulis. RM6.50 sebotol (pakai tak banyak mana pun) 3. Kapur baju, bukan kapur barus. 4. Plastik (takde dalam gambar) untuk alas dalam baju. Nanti cat tembus ke belakang kalau tak berlapik.Mula-mula kita buat lakaran kasar. Haa dah macam belajar geometri dulu. Nampak bijak disitu. Tanda X tu sepatutnya warna merah tapi masa buat berangan apa entah, jadi sebaliknya.Ni rahsia utama main cop-cop cat atas baju. Guna span kasar ya puan-puan. Kalau nak guna bendi pun boleh, nanti jadi macam hasil seni dekat sekolah dulu. Haha. Ohh tuit tuit, jangan lupa alas plastik sebelah dalam tshirt tau. Kalau tak, cat akan tembus ke belakang.Ni rahsia utama main cop-cop cat atas baju. Guna span kasar ya puan-puan. Kalau nak guna bendi pun boleh, nanti jadi macam hasil seni dekat sekolah dulu. Haha. Ohh tuit tuit, jangan lupa alas plastik sebelah dalam tshirt tau. Kalau tak, cat akan tembus ke belakang.Hasil abstract tadi. Tiada istilah buruk atau tidak kerana cantik itu subjektif. Ah gitu.Part bulan bintang, saya paling jem. Nak lukis tak pandai maka saya ambil tindakan drastik dengan mewarnakan tangan si anak dengan warna kuning. Kemudian cop pada warna biru (pastikan cat biru dah kering ya). Simboliknya, cop tangan ini berada di bahagian dada, Islam dan Institusi Raja-raja Melayu teguh di dalam hati.Dengan ucapan bismillah maka kita cop lah seketul tangan disitu.Taraaaa ini kejadiannya. Bila dah kering, cubalah basuh asing dari baju lain sebab masa ni baju keras kejung dek cat tu. Kena basuh supaya baju lembut sikit. Okaylahh not bad untuk percubaan kali pertama kami. Mungkin kalian boleh buat lagi cantik dari kami. Boleh buat aktiviti bersama anak-anak juga. Why not, kan?
Selamat mencuba!
Kredit: Nazia Suhaimi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.