Nasib Isteri & keluarga Mangsa Terbela, Raih Sumbangan RM204,322 Dari Orang Ramai

Share

Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang berita kemalangan ngeri yang melibatkan seorang penghantar makanan maut di tempat kejadian dan seorang lagi penunggang motorsikal mengalami kecederaan parah akibat dirempuh oleh dua kenderaan.

Berikutan kes ini, ada seorang individu tampil membuka tabung bantuan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali @bangsabertauhid, difahamkan mereka berjaya mengutip kutipan sebanyak RM204,322 hasil sumbangan masyarakat pemurah dalam tempoh 48 jam.

Dalam pada itu, individu tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menderma bersama bagi membantu meringankan keluarga mangsa terlibat.

“Rakyat pemurah kumpul RM204,322 tanpa pengetahuan keluarga mangsa. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk misi-misi akan datang. Lets thanks each other di ruangan komen,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Sebaik sahaja menutup tabung misi tersebut, individu itu turun padang bagi melawat keluarga mangsa terlibat bagi memberikan kutipan duit yang diperoleh terutamanya isteri penghantar makanan maut yang juga sebenarnya mereka baru sahaja menikah dua minggu lalu serta isteri penunggang motorsikal yang kini sedang sarat mengandung.

“Jumlah kutipan adalah sebanyak RM204,332. Selepas itu, saya bahagi kepada dua keluarga mangsa iaitu yang meninggal dunia dan cedera parah.

“Jadi, saya bahagi sama rata. Setiap keluarga dapat RM102,161. Kemudian, untuk setiap keluarga pula saya pecahkan kepada isteri dan orang tua si suami.

“Untuk mangsa cedera parah, saya berikan 80% pada isteri sebanyak RM81, 728.80. Kemudian, baki diberikan kepada untuk ibu bapa sebelah suami dapat RM20,432.20.” katanya.

Seterusnya, dia menyatakan jumlah diberikan kepada keluarga mangsa yang maut iaitu sebanyak RM51,080.50 kepada si isteri dan RM51,080.50 kepada ibu arwah.

Perkongsian itu menerima pujian ramai netizen di mana mereka turut suka dengan cara agihan sumbangan tersebut kepada keluarga mangsa terlibat.

Bukan itu sahaja, bahkan penderma juga dapat mengetahui seberapa banyak wang disalurkan dan dapat dilihat dengan jelas mengenai pengaliran wang sumbangan tersebut.

Sumber : Instagram @bangsabertauhid

Sumber: Instagram @bangsabertauhid