Menerima hadiah kejutan di hari istimewa pastinya meninggalkan memori yang cukup manis dalam hidup.
Demikian juga dengan wanita ini apabila suaminya yang menghadiahkan seutas rantai emas dengan cara yang cukup berbeza dan tidak disangka-sangka.
Perkongsian ini dimuatnaik wanita berkenaan menerusi satu video di akaun TikTok @aien_suraya.
Rupa-rupanya sang suami telah menghabiskan seutas rantai emas yang ‘disorok’ di dalam kek hari lahirnya.
Malangnya hadiah tersebut hanya diketahui selepas tiga hari.
”Tarikh 3/2/22 potong kek, 6/2/22 jumpa hadiah dalam kek. Nasib baik terdetik nak makan, betul-betul surprise,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, dia juga hampir-hampir memberikan kek itu kepada jiran. Namun mujur anaknya menemui rantai emas berkenan ketika makan di bahagian tengah kek.
Ads
”Kebetulan masa potong kek hari tu separuh je makan, lepas tu simpan dalam peti ais selama tiga hari.
“Ni pun sebab anak dah korek makan kat tengah. Kalau tak, memang tak tahu ada emas”, ujarnya lagi.
Video berdurasi 12 saat itu telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan 52.2k tanda suka hanya dalam tempoh 48 jam dimuat naik.
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut melahirkan rasa gembira dan menitipkan ucapan tahniah kepada wanita berkenaan.
Pada peringkat awal menanam pokok cili mahu pun pokok limau kasturi, tentu hati kita berasa seronok melihat anak pokok hidup subur menghijau. Namun lama kelamaan tidak dinafikan pokok-pokok yang ditanam sering sahaja terkena serangan serangga perosak dan akhirnya menjadikan pokok yang pada awalnya subur menjadi tidak subur.
Apa yang sering dialami, daun pokok tidak lagi hijau malah berkerinting dan lebih menyedihkan bila tidak pula menghasilkan buah akibat serangan serangga perosak tersebut. Hal ini lazim terjadi jika tidak dijaga dengan baik.
Ini sebagaimana menurut perkongsian Saudara Azuan Abdullah, beliau antara orang yang rajin berkongsi ilmu tanaman di facebook. Menurutnya ada 4 jenis perosak yang boleh menyebabkan pokok cili jadi kerinting.
1. Thrip
2. Afid
3. Lalat putih
4. Hamama
Tambahnya lagi, “Semua perosak ini akan hisap cecair pada pucuk/daun cili dan ini menyebabkan pokok cili kita jadi kerinting. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pokok cili dijangkiti penyakit virus. Ini yang paling seram.
“Bila pokok kena virus, tak akan ada pucuk baru yang tumbuh. Bila tak ada pucuk baru tumbuh, bunga pun tak ada. Bila bunga tak ada, macam mana buah nak ada kan.
Bila buah tak ada, kita pun jadi stress. Bila kita stress, dengan pokok-pokok kita cabut,” jelasnya.
Beliau juga menasihati agar jangan terlalu risau dan sebaiknya bolehlah buat racun organik yang boleh dihasilkan sendiri untuk mengawal serangga perosak tanaman.
Tambahnya, “Jangan panik dan risau ya sahabat. Sebenarnya, kita boleh cegah pokok cili daripada jadi kerinting. Caranya guna racun organik buatan sendiri. Kami panggil “Instant Control.
“Kiranya instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah pokok cili di rumah daripada jadi kerinting.”
“Semua perosak tersebut sangat takut dengan cecair oren ni. Pecah perut dan kekeringan la tubuh mereka bila kena cecair ni.Ianya sangat bagus dan berkesan. Ramai sahabat yang nak beli, tapi saya tak jual. Sebabnya sahabat boleh buat sendiri je,” jelasnya dan turut berkongsi resipi untuk menyediakan racun organik yang dimaksudkanya itu.
Racun Organik Buatan Sendiri
Bahan-bahan:
1. Bawang putih : 1 kg @ 1 bahagian (Pastikan bawang putih dibuang kulit ya.)
2. Cili api : 1 kg @ 1 bahagian
3. Sabun buku cap buruh/kapak : 1 ketul @ 100 gram.
4. Air : 10 liter @ 10 bahagian.
Cara-caranya:
1. Masukkan bawang putih ke dalam blender. Isikan air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter).
2. Blender sampai hancur.
3. Tapis bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas tu sebagai Bekas A.* Ulang blender dan tapis hingga bawang putih habis.
4. Masukkan cili ke dalam blender. Tangkai tak perlu buang ya. Tambah air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter).Blender sampai hancur.
5. Tapis dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas ni sebagai Bekas B. * Ulang proses blender dan tapis hingga cili padi habis.
6. Ricik sabun buku halus-halus. Tujuannya supaya nak cepat hancur bila kita rebus nanti.
7. Masukkan air ke dalam periuk (air dari stok 10 liter) Panaskan air hingga mendidih.Bila air dah mendidih, masukkan semua sabun tadi. Kacau hingga semuanya hancur.
8. Bila dah hancur. Tuangkan air sabun tadi ke dalam bekas C. Tambahkan baki air (daripada 10 liter, jika ada).
Tuangkan semua cecair bawang putih dari Bekas A ke dalam Bekas C. Tuangkan semua cecair cili api dari Bekas B ke dalam Bekas C. ** Proses campuran ini kena cepat sebab larutan sabun akan jadi pekat dan keras bila dah sejuk dalam keadaan kepekatan yang tinggi.
9. Kacau campuran tadi hingga sebati.
10. Yeay.. Dah siap “carrot susu” ni. Boleh guna terus ya, tak perlu nak peram bagai.
Cara Simpan
Untuk simpanan, letak ditempat redup dan terlindung daripada cahaya matahari. Boleh tahan 6-12 bulan.
Cara guna pada pokok cili
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 2 hari sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3-5 hari direct.
Cara guna pada pokok limau kasturi.
20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.
Boleh juga dicampurkan bersama dengan
Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.
Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat
Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bintang legenda, Datin Paduka Julie Sudiro menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat masalah paru-paru.
Berita pemergian penyanyi jazz terkemuka ini dikongsikan anak lelakinya Rindra Soliano kepada Awani pada Sabtu.
Allahyarham Julie meninggal dunia di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam di Shah Alam.
Pada 9 Januari lalu, Awani melaporkan penyanyi legenda itu ditidurkan di hospital yang sama, akibat masalah paru-paru.
Allahyarham Julie bukan satu nama asing dalam persada seni tanah air dan dikenali dengan lagu popular berjudul, ‘Burong Nuri’ yang dirakamkan bersama Allahyarham Ahmad Mahmud dan penyanyi keroncong, Kartina Dahari.
Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dilahirkan pada 26 Februari 1945 di Segamat, Johor Bahru dan dibesarkan di Singapura.
Beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rindra dan Jose Irmanto, hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Tony Soliano yang merupakan pemuzik jazz handalan.
Pada 2006, beliau mendapat gelaran Datin Paduka daripada Sultan Johor yang memerintah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj.
Sumber : Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lazimnya jika sesebuah kediaman tidak memiliki kabinet dapur pasang siap, tentu sahaja akan menggunakan kabinet asas yang sedia ada dijual di kedai perabot untuk melengkapkan ruangan dapur.
Pun begitu, andai sudah lama diguna pakai keadaan almari tersebut tentu sahaja akan terlihat tidak cantik dan ada juga terjadi tombol kabinet tercabut biarpun struktur asasnya masih kukuh.
Pun begitu, jika hendak dibuang terasa sayang pula disebabkan masih boleh digunakan. Namun bila niat dihati mahu ruangan dapur nampak cantik sempurna dengan kabinet yang cantik, apa kata ambil idea yang dikongsikan oleh Mohd Azrul ini.
Siapa sangka kabinet yang nampak lama apabila diberi sentuhan olehnya, terus nampak mewah.
Ini perkongsiannya.
Saya beli kayu shiplap mdf saiz 2 inci di shoppe..potong ikut saiz pintu almari.
– gam kan di pintu
– cat
– handle spray warna gold beli di DIY
Ekstra Tip
Sebelum cat cabinet..gosok pakai kertas pasir..
saya buat frame kat pintu gune mdf..kemudian baru cat hitam dan spray handle kaler gold.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...