Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Semalam, pelakon, Fadzil Zahari telah memuat naik satu perkongsian yang memaparkan gambar sekitar majlis perkahwinannya bersama pelakon dan penyanyi, yana Samsudin sempena ulang tahun perkahwinan ke-8 mereka pada 13 Februari lalu.
Dalam perkongsian tersebut, Fadzil telah mengimbau kembali kenangan ketika mengambil keputusan untuk melamar suri hatinya itu. Dia yang bercerita memandu ke Yong Peng, Johor bersama keluarga untuk bertemu dengan bapa Yana bagi meminta izin untuk berkahwin.
“Waktu Yana tengah sibuk di Separuh Akhir Muzik-Muzik dengan Tomok, saya bawa keluarga ke Yong Peng.
“Saya cakap dengan abah Yana, pakcik dewan kenduri di Kedah dah booking bulan
tiga, jadi kenduri di Yong Peng kena buat bulan Februari.
“Yakin saya cakap macam itu, nasib baik abah Yana askar pencen tak belasah saya. Suka hati sahaja lock anak dara dia macam itu,” tulisnya.
Ketika itu, Fadzil berkata, dia sudah tidak fikir panjang untuk mendirikan rumah tangga biarpun mengenangkan terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kampung sewaktu menyambut hari raya.
Ads
“Waktu itu saya tak fikir panjang dah, nak balik kampung raya jauh ke, highway 14
jam ke, saya tak peduli. Walaupun seorang utara, seorang selatan” tambahnya.
Fadzil merupakan anak jati Kedah manakala isterinya berasal dari Batu Pahat, Johor.
Sementara itu, Fadzil turut meluahkan rasa syukur kerana perkahwinan tersebut
dikurniakan dua cahaya mata yang sihat dan mendoakan agar mahligai rumah tangga bersama Yana kekal hingga ke syurga.
Fadzil juga sempat berseloroh memberi pesan sekiranya mahu berkahwin dengan
orang Johor, mereka perlu menyediakan sampul duit kerana perlu melalui tol’ yang panjang.
Ads
Budaya orang Johor, pengantin lelaki perlu lalu ‘tol’ sebelum bertemu pengantin perempuan.
“Tahu-tahu dah lapan tahun, dua orang anak sihat dan saya pun makin sihat. Moga Allah panjangkan jodoh hingga ke Jannah.
“Saya juga doakan kepada korang yang single berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.
Ads
“Nota kaki: Kahwin orang johor kena siap sedia sampul duit, kena tol panjang” katanya.
Untuk rekod, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Aisy Mateen,7, dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun.
Kebelakangan ini jika diperhatikan ramai pula selebriti atau pempengaruh yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung.
Sedar akan perubahan ini, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie meluahkan rasa sedih menerusi satu hantaran di laman Instagram, yang mengakui dia tidak layak untuk menilai kehidupan seseorang tetapi sekadar saling memberikan pesanan mengenai kebenaran.
“Bukan tugas kakak untuk menilai, kakak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik..nak jadi macam yang itu, yang ini.
“Sebolehnya hati kena kental adik, kalau tidak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada. Sedih jugak sebenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, Noorkhiriah dilihat menitipkan nasihat kepada umum dan tidak menyebut nama sebarang individu dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, pelakon drama bersiri Nur itu menyatakan dia hanya mampu berdoa selain berharap individu berkenaan akan terbuka hati semula untuk menutup aurat pada satu hari nanti.
“Kakak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu. Tak ada apa yang nak ‘dikepok-kepok’ lagi.
“Cuma pesan kakak bila dah puas ‘kepok-kepokkan’ cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah Allah yang pernah dapat dulu. Sebab tak semua Allah campakkan.
“Maaf andai tulisan akak mengguris, tapi akak sebagai saudara seIslam itu tanggungjawab kakak supaya bila ditanya Allah nanti sekurang Allah tahu kakak dah pesan kat sini. Maaf sekali lagi ya,” katanya.
Tambahnya, setiap manusia diuji dengan cara berbeza dan semua pesanan itu adalah peringatan buat dirinya sendiri serta umat Islam yang lain.
“Berpesan-pesanlah kepada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik. Kita masing-masing sedang diuji, cuma ujian itu berbeza-beza.
“Ingatan tulus daripada akak buat semua saudara seIslam termasuk diri akak sendiri,” tambahnya lagi.
Terdahulu, pelakon Alya Iman dan isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea tampil tidak bertudung sejak April lalu manakala penyanyi Masya Masyitah turut mengikut jejak langkah yang sama baru-baru ini.
Sumber: Instagram Noorkhiriah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang menonton rancangan The Chosen One tahun lalu, pasti korang menyaksikan perjalanan Amir Sisi yang merupakan salah seorang peserta program tersebut.
Amir juga telah di nobat sebagai pemenang The Chosen One bagi musim pertama.
Apa yang unik mengenai kawan kita ini, bukan sahaja memiliki suara yang sedap tetapi sifat yang bersahaja.
Inilah yang memikat hati ramai peminat sehingga menjadi viral di platform Tiktok bukan sahaj di Malaysia tetapi juga Indonesia.
Kalau korang nak tahu, Amir ini merupakan Orang Asli dari suku kaum Temiar. Bakatnya mula di cungkil oleh guru sekolah Amir.
Lagu nyanyiannya yang digilai ramai adalah Tiara yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris.
Terbaharu, Amir telah pun melancarkan sebuah lagu berjudul Ayah Ibu.
Kami di Bintang Kecil sangat berbangga dengan pencapaian Amir Sisi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi lagu Lui, Aizat Amdan sah bergelar suami kepada Elyssa dengan sekali lafaz. Beliau menjalinkan cinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin sehidup semati bersama.
Difahamkan Aizat dan isterinya berbeza umur jarak setahun. Aizat 33 tahun manakala isterinya 34 tahun. Namun bagi aizat itu bukan lah masalah yang besar baginya kerana jodoh itu ketentuanNya.
Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300
Apabila ditanya tentang perancangan untuk berbulan madu, mereka memilih Mexico sebagai destinasi impian bersama untuk berbulan madu.
“Saya bersyukur dapat buat majlis ni, dan dapat kongsi kebahagiaan saya dan isteri kepada semua orang yang turut meraikan majlis kami.” Katanya
Semoga perkahwinan yang dibina ini membawa kebahagiaan buat Aizat dan Elyssa dunia akhirat, bahagia ke anak cucu.
sumber : Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...