Nasi Tak Habis Ketika Bersahur. Jangan Dibuang,Tapi Buat Ni!

Share

Umumnya dibulan puasa ini kita akan memyediakan pelbagai menu untuk keluarga berbuka.  Kadang-kadang hingga berlebih-lebih dan ini menyebabkan pembaziran.

Lantaran itu,  kita perlu kreatif untuk menggunakan lebihan makanan tersebut agar tidak dibiarkan menjadi basi dan terbuang begitu sahaja.

Contohnya jika ada lebihan nasi.  Selain boleh dijadikan menu masi goreng untuk bersahur,  ada beberapa menu lain yang juga boleh dihasilkan daripada lebihan nasi tersebut.  Ayuh kita ketahuinya!



“Hasil menjemur…Lebihan nasi yg xabis saya jemur kering2..”Nurul Zaamia 

Hasilnya…

Bepang nasi

Cara buat:
1. Nasi lebihan tu jemur sampai kering betul2.

2. Pastu gorengkan nanti dia kembang..angkat n tos kan.

3.Sira dgn gula karemel..macm nk buat popcorn tu..panas kn majerin@butter letak gula..tggu cair..n gaulkan rata2.

4.Letak dlm loyang mampatkan..atau bekas kecik2 pon boleh..bulat2 kn pon boleh..nnt sejuk dia keras..cuba la ya..
sumber :Nurul Zaamia Othman via MAHN

Selain itu,  melalui perkongsian daripada Nrlina,  dengan lebihan nasi boleh dibuat kuih apom.

Resepi Apom Nasi

Bahan-bahan:

1cawan nasi(yg sejuk)

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

3/4 cawan gula atau mengikut keperluan sndri

1 1/4 cawan air

1 sudu kecil yeast/mauripan

Cara buat :
1. Blend semua
2. Masukkan dlm bekas dan perap 3 jam baru masukkan dlm acuan
3. Kukus 20 minit

sumber :Nrlina Johari Via MAHN