Menu nasi minyak begitu sinonim dikaitkan dengan menu istimewa di majlis perkahwinan.
Pun begitu tidak salah kiranya sekali sekala dijadikan menu istimewa untuk dinikmati bersama keluarga.
Apatah lagi, dengan perkongsian resipi daripada angah izan begitu ringkas penyediaannya dan nampak menyelerakan.
RESEPI NASI MINYAK SIMPLE
3 cawan beras basmathi
1/2 cawan margerin/planta
3 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
1 kuib stok ayam
Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merag
3 ulas bawang putih
1 cm halia
BAHAN HIASAN:
– bawang goreng
– daun bawang dihiris
CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
– DAGING BERIANI –
– 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
– 1/2cawan minyak
– 1 cawan air
– 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
– 2 tangkai daun ketumbar
– sedikit garam
– 2 biji kentang dipotong 4
– sedikit susu cair ( agak2 )
– 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR:
– 7 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 3 labu bawang besar
– 1 1/2 cm halia
CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
– SELAMAT MENCUBA –
kredit: angah izan