Nasi lemak menjadi antara menu sarapan yang enak di makan dan tidak hairanlah di mana-mana restoran atau gerai makanan ada sahaja menyedaikan menu nasi lemak sebagai pilihan buat pelanggannya. Bahkan kini nasi lemak bukan sahaja dijual untuk menu sarapan malah juga sebagai menu makan malam di gerai-gerai makan yang tertentu.
Boleh kata semuanya sedap-sedap belaka. Maklumlah peniaga sudah semestinya pakar dalam menyediakan menu yang digemari ramai ini.
Namun buat kita sebagai ibu yang sekali sekala menyediakan menu ini untuk keluarga, tidak dinafikan kadang-kadang masak menjadi, sekali sekala ada juga nasi lemak yang dimasak termentah atau terlembik.
Sekiranya ini berlaku apa yang perlu kita buat agar nasi lemak tersebut dapat diselamatkan untuk menjadi santapan keluarga.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian daripada Puteri Azie ini dan semoga ianya bermanfaat dan harapnya tidaklah pula nanti seisi keluarga terpaksa pula makan nasi lemak mentah atau nasi lemak lembik dek kerana tersalah sukatan santan dalam masakan.
Menurutnya Puteri Azie, disebabkan dia di dalam keluara yang berniaga nasi lemak, insyaAllah tips yang dikongsikan ini menjadi. Nak cuba boleh… Andai tak menjadi, jangan kecam saya. Insya Allah.. saya dah buat tu saya berani kongsi.
Seandainya nasi lemak yang dimasak LEMBIK.
Caranya:
Masukkan telur 5 hingga 8 biji ke dalam periuk. Pastikan telur sudah di basuh bersih. Kalau periuk kecil, 3 biji sudah mencukupi.
Kemudian bungkus tudung periuk dengan kain.
Tutup semula periuk dalam 15 minit.
JIKA tidak menjadi alamatnya tambah lagi air dan menu akan bertukar daripada nasi lemak menjadi BUBUR LAMBUK.
Jika nasi lemak yang dimasak MENTAH
Caranya :
Letak air panas di dalam cawan yang di campur garam.
Letakkan di tengah-tengah periuk nasi.
Kemudian tutup periuk nasi dan masak lagi dalam 10 minit.
NAK BELI PERIUK NASI, KLIK DI SINI
Selain itu, Mak saya kata,”Nasi lemak yang menjadi dan sedap, nasinya berderai-derai dan bukan melekat-lekat dan berketul-ketul.”
Ni Petua mak saya bagi. Waktu air dah kering masukkan 1/2 senduk minyak masak. Bagi periuk kecil, 2 sudu sudah cukup. Boleh juga gunakan minyak yang kita goreng bawang besar dan bawang putih. Kalau rasa malas tuang ja minyak masak!
Confirm!! Nasi lemak korang sedap! Gebu-gebas ja rasa. Yang penting santan kena cukup.
sumber : Puteri Azie VIA MAHN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club