Nasi Lemak Ibu Tunggal Ini Laris Dan Viral! Ini Sebabnya
Rezeki tidak pernah salah alamat. Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan betapa larisnya jualan nasi lemak yang dibuka secara kecil-kecilan di tepi jalan oleh seorang ibu tunggal. Malah setiap pelanggan yang datang sanggup beratur panjang untuk membeli nasi lemak berharga RM1.50 sebungkus.
Difahamkan sebagaimana mana memetik laporan Harian Metro, rahsia perniagaan nasi lemak yang diusahakan oleh Sharifah Nurul Hamirah Syed Mohd Hamzi, 30 adalah berbekalkan resipi keluarga dan dijual dengan harga yang murah.
Tidak dengan itu, wajah cantik dan penampilan sopan, turut mencuri tumpuan setiap pelanggan yang ingin membeli nasi lemak yang dijual di tepi Jalan Sentul Pasar di sini, sejak 3 Januari lalu.
Ternyata rezeki berpihak kepadanya apabila jualannya mendapat sambutan luar biasa sehingga ada pelanggan misalnya dari Genting Highlands dan Perak, sanggup datang dari jauh semata-mata mahu mencuba nasi lemak berkenaan.
Malah, ada juga pelanggan sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos penghantaran nasi lemak dari Sentul ke Putrajaya, Cyberjaya, Klang, Shah Alam serta kawasan Lembah Klang lain kerana tidak dapat hadir ke gerainya.
ARTIKEL MENARIK :
- Pulut Kuning Tetap Lembut Walau Sejuk, Rupanya Begini Cara Orang Kelantan Buat Jadi Sedap!
- Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Wanita Ni Kongsi Resipinya & Ramai Suka!
- Sambal Tempe Bilis Kacang Yang Rangup. Buatkan Sebagai Stok, Boleh Makan Tak Kira Masa!
Ibu kepada dua anak itu berkata, dia sangat terharu dengan sambutan dan sokongan orang ramai terhadap jualan diusahakannya terutama selepas video dia mempromosikan jualannya tular di TikTok.
“Saya akui memang ada suara negatif misalnya, muka cantik memanglah ada orang beli, kalau makcik mesti tak laku, malah ada juga yang cakap tak malu ke muka cantik jual tepi jalan?
“Bagi saya cantik itu bonus, apa yang penting niat saya berniaga mahu mencari rezeki halal untuk dua anak saya dan keluarga kerana besar tanggungjawab saya sebagai anak sulung.
“Alhamdulillah, saya berterima kasih atas sokongan orang ramai kerana daripada hanya 200 bungkus pada hari pertama berniaga, kini jumlah itu meningkat kepada 700 bungkus,” katanya.
Sehingga kini, video promosi jualan nasi lemak yang dimuat naik wanita itu meraih 2.3 juta tontonan.
@_missmyaaa_ 2nd day meniaga ! Semoga dipermudahkan segala urusan n dimurahkan rezeki..Jgn lupa singgah ye korg☺️ #fyp#foryou#foryoupage#fypシ#fypシ゚viral#trending#viral#tiktok#akaknasilemak ♬ Sholawat Jibril Penarikan Rezeki – Sholawat Official
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club