Memasak nasi lemak dengan teknik yang dikongsikan oleh Rossita Omar ini pasti banyak membantu ibu-ibu untuk menyediakan nasi lemak yang sempurna.
Ini memandangkan ada formula atau kira-kiranya untuk mentukan sukatan air yang diperlukan.
Sekali gus nasi lemak yang dimasak tidak mungkin terlembik atau termentah.
Tidak dengan itu, memasak dengan teknik yang dikongsikan ini juga dijamin nasi yang dimasak tidak berkerak. Wow! Tentu teruja untuk ketahui rahsianya bukan?
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu..
Cara ini lebih mudah & lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik.
In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama.
#AirtanganTokma..
Moga bermanafaat & dapat dimanafaatkan bersama.
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak tau nasi puteh. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nak masak nasi puteh santan tu tukar dengan air pula.
Tokma sukat guna cawan rice cooker..
2 cawan beras + 2 = 4 cawan santan
3 cawan beras + 2 = 5 cawan santan
4 cawan beras + 2 = 6 cawan santan
5 cawan beras + 2 = 7 cawan santan..
Jika guna beras lebih dari 5 cawan kene tambah 3
contoh ..
6 cawan santan + 3 = 9 cawan santan
7 cawan beras + 3 = 10 cawan santan
Bahan-bahan : Daun pandan, hirisan halia, serai yang dititik, santan dan beras.
Step 1 : Basuh beras. Isi dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.
Step 2 : Tuang santan secukupnya. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.
Step 3 : Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk itu. Guna api sederhana.Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat nanti berkocok dan mercik-mercik pula.
Step 4 : Tutup periuk kukusan itu. Biarkan nasi terus mendidih. Bila sudah mula menggelegak bolrh kecilkan api dapur. Biarkan nasi terus mendidih hingga kering.
Step 5 : Biarkan nasi mendidih hingga kering santannya. Sesekali boleh kacau untuk ratakan santan pekat yang terapung di atasnya.
Step 6 : Bila nasi dah masak dan kering santannya. Boleh tutup api dapur. Biarkan periuk nasi terendam dalam air panas dalam periuk kukusan itu.
Step 7 : Gemburkan nasi. Nasi dah masak dah. Bila digembur nasi semakin muai yang banyak. Tak ada yang jelantah. Alhamdulillah…
Ekstra info : Bekas periuk yang digunakan .Alhamdulillah tiada sedikit pun terdapat kerak nasi lemak.
Malahan nasi lemak ni boleh bertahan lebih lama. Insya Allah hingga 24 jam tahan tak basi jika betul cara masaknya.
sumber : Rossita Omar via MAHN