Nasi Kak Wok Yang Simple Jer Tapi Sedap. Ayam Goreng Lengkap Dengan Kuah Gulai Pekat, Patutlah Ramai Suka

Share

Sebut sahaja Nasi Kak Wok pasti ramai yang membayangkan kuah gulainya dan sambal belacan yang power tu. Patutlah kalau nak makan di kedai sentiasa penuh dengan orang ramai.

Jika keluarga anda memang menggemari nasi ala kak wok, apa kata ibu-ibu buat sendiri. Admin kongsikan resipi yang simple je tapi mudah untuk yang pertama kali nak buat.

Selamat mencuba!


RESEPI NASI KAK WOK

Nasi putih berlaukkan Ayam Goreng kunyit yang dipotong saiz dadu, lengkap dengan kuah gulai pekat dan sambal belacan,perghhhhh sape je yang tak cair konfom meleleh

walaupun lauknya agak simple.Ini resepi untuk nasi kak wok bagi sesiapa yang tidak tahu dan ingin mencuba.

Resepi gulai ayam kakwok

—————————————

Bahan Bahan:

Bawang bombay – 4 labu

Bawang putih – 5 ulas

Halia – 1 inci setengah

Lengkuas – 1 inci setengah

Rempah kari daging – 3 sudu

Rempah kerutub – 1 sudu

Kacang panjang – potong

Terung potong kecil

Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.

Santan (jangan pekat sangat)

Garam dan kiub ayam

1 Nisan Kerek / Gula Melaka

Cara-cara Penyediaan:

1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.

2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam, perap sekejap.

3. Kemudian masukkan kedalam bahan bahan yang ditumis tadi, masukkan ayam dan masak ayam empuk, masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat dan kemudian masukkan terung dan kacang panjang.

4. Masuk garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam, dan biarkan masak sekejap.

Ayam goreng harum

——————————

Bahan Bahan:

1 ekor Ayam – potong kecil

Garam- 2 sudu kecil

Kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat

Serbuk kunyit – 1 sudu kecil

Serbuk cili – 1 sudu kecil

Daun kari – 3 tangkai

*Tips, daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ini.

Cara-cara Penyediaan:

1) Ayam basuh bersih dan toskan.

2) Potong kecil dan lumurkan/sapu ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.

3) Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.

Sambal belacan ala kak wok

——————————————-

Bahan Bahan:

4 biji cili kering – direbus

Cili padi ikut pedas

2 inci belacan

1 labu bawang besar dibakar

1 labu bawang putih dibakar

Gula, garam, perasa

Air asam jawa

Cara-cara Penyediaan:

Blend kesemua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.

Sumber : Sajian Malaysia