Perasan atau tidak bila masakan bergoreng yang kita masak terlebih minyak tentu sahaja anak-anak kurang berselera menjamahnya. Malah kita sendiri pun seakan tidak lalu hendak makan dek kerana nampak sangat berminyak.
Menyedari hal ini, seorang ibu berkongsi caranya untuk menghilangkan minyak masak yang terlebih ketika dia menggoreng nasi goreng sebagai menu sarapan untuk keluarganya.
Nyata, cara yang dikongsikan tersebut cukup mudah dilakukan dan bolehlah anda mencuba pula jika terjadi terlebih minyak ketika menggoreng nasi. Nak tahu lanjut, ayuh kita baca perkongsiannya.
Apa nak buat bila nasi goreng terlebih minyak
Al kisahnya siang tadi buat nasi goreng, tapi terlebih minyak. Rupanya orang dalam rumah yang ada ni pun slow je makan. Kalau tak, habis je cepat. Diri sendiri pun jadi tak lalu nak makan kalau nasi goreng minyak ‘beleming’ orang kata.
Tadi rasa kesian tapi teringin juga nak makan. Lagipun adalah lagi untuk portion sorang dua. So macam biasalah kita panaskan balik dalam kuali tapi add on tisu dapur 2 helai.
Selalunya tisu jelah penyelamat kalau meehon & nasi goreng terlebih minyak ni. Kacaulah kaup balik nasi dengan tisu tu banyak-banyak kali. Sampai serap minyak pada tisu. Rasa tak cukup tisu lagi. Tambah secukup rasa. Bukan untuk makan tisu tu tau. Untuk bantu serapkan minyak yang berlebihan tadi.
Kalau ada yang tanya atau cakap tak kotor ke tisu tu?
Akak tak pakai tisu tandas ye derrr…
Pakai tisu dapur yang agak bagus kualitinya. Tak mudah koyak & tiada sisa tisu yang tinggal dalam nasi tu.
Tiada beza pun bila kita guna tisu tu untuk untuk fungsi alas cekodok goreng, kentang goreng,ayam goreng & yadaa…yadaaa tu ya.