Nasi Bersahur Tak Habis, Buat Apam Nasi Gebu Gebas Ni. Confirm Licin Dimakan!

Share

Tidak mahu terus lakukan pembaziran dengan lebihan nasi, elok dijadikan menu apam ini yang mudah disediakan.

Ini resipinya telah dikongsikan oleh Noy Yullan. Jom semak.

Buat beberapa hari lepas, baru hari ni teringat nak upload. Ni buat 2 cawan nasi ja. Tak ingat dapat berapa. Tak dan nak kira. Masak je, anak capai. Masak je anak capai. Macam mana nak kira. Apam nasi ni memang gebu-gebas, lembut sangat kejadiannya. Jom la kita tengok #ResipiApamNasi yang bukan rahsia lagi tu (sebab dah banyak kali share resipi ni).

Apam Nasi
(Noy Yullan)

Bahan A
2 cawan nasi
2 cawan gula
3 cawan air suam
3 sudu kecil yis (sepeket yang 11gm tu)
(Nak letak 2 sudu kecil pun jadi ja)

Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Pewarna (jika suka. Tak wajib pun)

Cara-Cara
1. Jika blender besar, masukkan semua bahan A dan B, blend sampai nasi dan gula tu betul-betul halus. Kemudian perap 1 jam. Jika blender kecil/sederhana, blend dahulu bahan A sehingga halus, kemudian, tuang atau campurkan dengan bahan B. Gaul rata. Perap 1 jam. Lepas 1 jam, adunan apam nasi tu akan naik berganda. Nampak berbuih. Jika adunan tak naik berganda, tak ada beza sebelum dan selepas perap, maknanya yis tu dah mati. Kalau dikukus juga, apam akan bantat.

2. Panaskan air kukusan dengan api besar.

3. Sapu minyak ke dalam acuan apam. Pastikan jangan terlebih minyak pula. Nanti bahagian bawah apam nasi tu basah.

4. Kacau-kacau adunan tu dulu. Pewarna boleh masuk sebelum perap atau selepas perap, ya. Tuang adunan ke dalam acuan. Letak 3/4 acuan (hampir penuh acuan)

5. Kukus apam tadi selama 10 minit. Pastikan api besar dan air sudah betul-betul mendidih baru kukus.

6. Setiap kali nak kukus, lap dahulu penutup pengukus tu supaya air kukusan tidak menitis atas apam. Boleh juga balut penutup pengukus dengan kain. Saya tak balut pun. Lap ja. Apabila apam masak, terus keluarkan. Nak makan dengan kelapa boleh, nak makan begitu sahaja pun sedap.

Nota:
1. Jika adunan yang sudah dibancuh tak naik lepas diperap, maknanya yis mati. Jangan buang adunan. Sayang. (Kalau nak buang jugak, suka hati la. Kau punya bahan kan.) Buka yis baru. Ambil 1 sudu kecil yis, air dalam 4 sudu besar gitu (sikit ja sekadar nak bancuh), dan 1 sudu kecil gula. Kacau bagi larut. Biarkan dalam 10 minit. Jika berbuih, maknanya yis tu hidup. Masukkan bancuhan yis tadi dan 1 sudu kecil baki yis yang belum dibancuh ke dalam adunan. Kacau rata, perap lagi 30 minit hingga 1 jam. Kemudian follow step no 2 sehingga no 6.

Antara punca apam bantat:
1. Yis mati atau tak aktif. Adunan tak naik lepas perap. Bila kukus confirm bantat.
2. Sebelum mengukus tu pastikan air dalam pengukus dah betul-betul mendidih baru kukus. Kalau guna pengukus cap buaya bagai tu, kita boleh nampak air menggelegak dan buih gelegak tu besar-besar (big bubble). Lap penutup pengukus baru la kukus apam tu. Kalau kukus masa air belum betul-betul mendidih, maknanya suhu pengukus belum stabil. Bila kukus apam, mula-mula apam naik, lepas keluarkan apam tu akan turun balik dan tak gebu.


3. Masa sapu minyak pada acuan tu, ada minyak bertakung. Bila apam dikukus, bhgn atas ok, bahagian bawah akan basah, lembik dan tak gebu.
4. Kukus terlalu lama. Air kukusan menitis atas apam menjadikan apam basah, lembik, dan turun semula.

Sumber : Noy Yullan