Tidak mahu terus lakukan pembaziran dengan lebihan nasi, elok dijadikan menu apam ini yang mudah disediakan.
Ini resipinya telah dikongsikan oleh Noy Yullan. Jom semak.
Buat beberapa hari lepas, baru hari ni teringat nak upload. Ni buat 2 cawan nasi ja. Tak ingat dapat berapa. Tak dan nak kira. Masak je, anak capai. Masak je anak capai. Macam mana nak kira. Apam nasi ni memang gebu-gebas, lembut sangat kejadiannya. Jom la kita tengok #ResipiApamNasi yang bukan rahsia lagi tu (sebab dah banyak kali share resipi ni).
Apam Nasi (Noy Yullan)
Bahan A
2 cawan nasi
2 cawan gula
3 cawan air suam
3 sudu kecil yis (sepeket yang 11gm tu)
(Nak letak 2 sudu kecil pun jadi ja)
Ads
Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Pewarna (jika suka. Tak wajib pun)
Cara-Cara
1. Jika blender besar, masukkan semua bahan A dan B, blend sampai nasi dan gula tu betul-betul halus. Kemudian perap 1 jam. Jika blender kecil/sederhana, blend dahulu bahan A sehingga halus, kemudian, tuang atau campurkan dengan bahan B. Gaul rata. Perap 1 jam. Lepas 1 jam, adunan apam nasi tu akan naik berganda. Nampak berbuih. Jika adunan tak naik berganda, tak ada beza sebelum dan selepas perap, maknanya yis tu dah mati. Kalau dikukus juga, apam akan bantat.
2. Panaskan air kukusan dengan api besar.
3. Sapu minyak ke dalam acuan apam. Pastikan jangan terlebih minyak pula. Nanti bahagian bawah apam nasi tu basah.
Ads
4. Kacau-kacau adunan tu dulu. Pewarna boleh masuk sebelum perap atau selepas perap, ya. Tuang adunan ke dalam acuan. Letak 3/4 acuan (hampir penuh acuan)
5. Kukus apam tadi selama 10 minit. Pastikan api besar dan air sudah betul-betul mendidih baru kukus.
6. Setiap kali nak kukus, lap dahulu penutup pengukus tu supaya air kukusan tidak menitis atas apam. Boleh juga balut penutup pengukus dengan kain. Saya tak balut pun. Lap ja. Apabila apam masak, terus keluarkan. Nak makan dengan kelapa boleh, nak makan begitu sahaja pun sedap.
Ads
Nota:
1. Jika adunan yang sudah dibancuh tak naik lepas diperap, maknanya yis mati. Jangan buang adunan. Sayang. (Kalau nak buang jugak, suka hati la. Kau punya bahan kan.) Buka yis baru. Ambil 1 sudu kecil yis, air dalam 4 sudu besar gitu (sikit ja sekadar nak bancuh), dan 1 sudu kecil gula. Kacau bagi larut. Biarkan dalam 10 minit. Jika berbuih, maknanya yis tu hidup. Masukkan bancuhan yis tadi dan 1 sudu kecil baki yis yang belum dibancuh ke dalam adunan. Kacau rata, perap lagi 30 minit hingga 1 jam. Kemudian follow step no 2 sehingga no 6.
Antara punca apam bantat:
1. Yis mati atau tak aktif. Adunan tak naik lepas perap. Bila kukus confirm bantat.
2. Sebelum mengukus tu pastikan air dalam pengukus dah betul-betul mendidih baru kukus. Kalau guna pengukus cap buaya bagai tu, kita boleh nampak air menggelegak dan buih gelegak tu besar-besar (big bubble). Lap penutup pengukus baru la kukus apam tu. Kalau kukus masa air belum betul-betul mendidih, maknanya suhu pengukus belum stabil. Bila kukus apam, mula-mula apam naik, lepas keluarkan apam tu akan turun balik dan tak gebu.
3. Masa sapu minyak pada acuan tu, ada minyak bertakung. Bila apam dikukus, bhgn atas ok, bahagian bawah akan basah, lembik dan tak gebu.
4. Kukus terlalu lama. Air kukusan menitis atas apam menjadikan apam basah, lembik, dan turun semula.
Siapa sangka seorang pengumpul barang-barang terpakai yang bernama Harianto, 34 mendapat sesuatu yang cukup berharga dan bolehlah dikatakan sebagai rezeki terpijak buatnya apabila menemui sebentuk cincin berlian di tempat pembuangan sampah yang terletak di Supit Urang yang terletak di Kecamatan Sukun Kota Malang, Indonesia.
Lelaki yang sudah 25 tahun bekerja sebagai pengumpul sampah itu menduga awalnya cincin itu bukanlah berharga. Namun, Harianto terus bertanyakan kepada kawan-kawan serta jiran-jirannya.
“Katanya ini cincin berlian. Ukurannya selebar jari manis saya. Dan ada berlian sebesar biji jagung kira-kira,” ujarnya.
Harianto pun meminta cadangan jirannya untuk menjual cincin itu. Seorang pembeli yang tinggal di daerah Sawojajar Kota Malang disyokan kepadanya.
“Ya pada esoknya saya terus jual cincin itu ke Sawojajar daerah sana lupa jalan tepatnya,” katanya.
Untungnya dia kerana cincin berlian yang dijumpai tersebut adalah asli. Pembeli itu terus membeli cincin yang dijumpai oleh Harianto dengan harga yang cukup lumayan iaitu Rp 80 juta (RM24 ribu)
“Saya terkejut waktu itu mendapat Rp 80 juta-an. Sungguh tidak disangka,” ujarnya.
Setelah menjual cincin tersebut, Harianto terus membina rumah tak jauh dari rumah orang tuanya, Jalan Rawisari Kelurahan Supit Urang, Kecamatan Sukun, Kota Malang.
Tak itu sahaja, dengan duit tersebut Harianto juga memberanikan diri melamar kekasihnya. Hanya dalam waktu lima hari setelah menemukan dia melamar kekasihnya itu.
“Bercinta sudah lama tapi saya belum berani bernikah. Tapi selepas ada rumah, terus saya melamar kekasih saya,” ujarnya.
Kini, hasil perkahwinan tersebut dia sudah dikaruniai tiga orang anak. Pekerjaanya pun difahamkan stabil untuknya menampung kehidupan keluarga dan membeli barang dapur.
“Dan saya bersyukur bisa berumah tangga punya anak. Lumayan kerja seperti ini meskipun kotor-kotoran,” ujarnya.
Menurut Ketua Supit Urang TPA Budi Heriyanto berkata, pengumpul barangan terpakai di situ sering menjumpai barangan berharga.
“Ya sering ada yang dapat pistol juga bayi juga pernah ada. Emas itu ya beberapa kali ada. Memang rezekinya begitu,” katanya.
Tidak dinafikan gajet ini dikatakan membantu ibu-ibu menenangkan anakm-anak supaya ‘behave’ atau berkelakuan baik dan tidak meragam. Malah ada yang rela memberikan anak gajet di kedai makan asalkan dapat makan dengan tenang.
Malah dalam pandemik ini, tentu ibu ayah yang bekerja di rumah terdesak untuk memberikan gajet kepada anak lantaran terpaksa memberi tumpuan kepada kerja.
Biarpuan tahu musibahnya, namun ramai yang terpaksa! Namun sampai bila kita harus membiarkan ia menjejaskan potensi dan perkembangan anak.
Begitulah perkongsian ini oleh Puan Adlil Rajiah yang bercerita tentang pengalaman sendiri membesarkan. Moga jadi manfaat bersama untuk membesarkan anak-anak dengan sempuran dan menjadi ibu bapa yang lebih cakna dalam mendidik anak-anak.
Dalam keadaan sekarang ni, kita memang takde pilihan. Screen is the ONLY escapism yang anak2 ada. . Anak perlukan skrin untuk menimba ilmu, untuk berinteraksi, untuk bersosial, untuk berhibur, dan untuk berhubung dengan dunia. . Tapi apa pun justifikasi nya— we can never deny the ADDICTIVE nature of screen yang mampu beri kesan negatif kepada perkembangan otak anak. . Sedih bila ada parents yang in denial macam— “Anak aku okay je tengok youtube dari umur 6 bulan. Anak aku okay je tengok TV berjam-jam. Jadi makin bijak, makin petah, dah pandai macam-macam. Takde pun jadi ketagihan ke apa.” . Sebijikkk macam saya few years ago. Masa mula2 expose Haikal dengan ipad dulu.
Saya sangka gajet boleh selesaikan masalah, boleh ringankan beban, boleh bantu anak “behave”, tapi akhirnya ia jadi punca musibah yang lebih besar pulak.
Sampai lah doctor yang diagnose Haikal as Excessive Screen Exposure itu sendiri beritahu— . “Yang kita nampak, memang lah anak pandai ABC, bijak mengira 123, bijak mengenal alif ba ta, bijak speaking English, bijak mengenal warna, bentuk dan benda di sekeliling. . Tapi yang kita tak nampak, atau tak perasan—
Anak tak bijak urus emosi, panas baran, tak pandai bergaul dengan peer group, tak responsive, deria tak peka, takde keyakinan diri, tak kreatif bila bosan, tak nampak keseronokan di luar skrin, takde adab, tak gembira tanpa skrin, takde empati, poor motor skills, banyak perkataan tapi tak pandai susun ayat untuk meluahkan.
Kita nak anak jadi bijak sahaja, atau jadi bijak dan berhati perut?” . Haa terus terduduk lepas kena sound dengan kebenaran. 😂
Tanda2 ketagihan skrin ni ada banyak. Ada yang obvious dan ada yang tak obvious. . Yang obvious, contohnya— anak jadi agresif, lewat pertuturan, masalah penglihatan, masalah tidur, etc.
Tapi yang lebih menyeramkan adalah tanda2 (redflags) yang kurang obvious. Contohnya sensory & brain problems yang kita tak perasan sedang berlaku dalam diri anak.
Jom saya share 8 redflags for sensory problems yang boleh berlaku disebabkan oleh ketagihan skrin, yang ramai ibu bapa tak perasan (macam saya dulu 😌)
Baca dengan hati yang tenang ok!
1. ANAK PERLU DILAYAN 24 JAM / TAK BOLEH RASA BOSAN / TAK BOLEH RASA KESEORANGAN. . Anak yang addicted to screens selalunya tak tahu cara untuk hiburkan diri sendiri. Mereka banyak termenung, atau cepat restless bila keadaan jadi bosan, sunyi, dan statik. Sedangkan anak secara fitrahnya tahu cara untuk entertain diri mereka sendiri. . Of course they need interactions with people, tapi anak juga sepatutnya tahu dan akan tergerak untuk explore sekeliling mereka, contohnya — capai buku dan selak, capai mainan dan explore, capai itu ini dan berimaginasi, dan sebagainya.
2. ANAK TAK SUKA BERKAKI AYAM DI ATAS PERMUKAAN YANG BERTEKSTUR. . Dulu, saya bangga dengan Haikal sebab dia sentiasa akan pakai kasut/selipar sendiri everytime nak melangkah keluar dari pintu rumah. Dalam pada cousin2 sebaya dia selalu kena bebel dengan mak masing2 sebab tak reti pakai selipar, Haikal tak perlu disuruh. . Terus terdetik rasa bangga dalam hati— “Berdisiplin dan pembersih sungguh anak aku ni. Tak suka kotorkan kaki. Sejuk perut ibu mengandung.” . Tapiiiii bila tahu itu rupanya adalah REDFLAG— terus rasa bangang bangga tak bertempat . Saya jumpa ramai ibu bapa yang cakap— “Anak saya ni penggeli la, Jiji. Tak boleh tangan kotor sikit, mesti nak basuh cepat2. Kalau pergi pantai, mesti nak duduk atas tikar je. Pasir masuk dalam selipar sikit pun nak mengamuk. Pijak rumput pun tak boleh, pijak jalan tar pun tak boleh.” . So now you know, itu semua adalah redflags. . Tapak tangan dan tapak kaki yang sensitive to textures, adalah tanda-tanda masalah perkembangan sensory yang mungkin disebabkan oleh pendedahan skrin yang terlalu awal dan berlebihan.
3. SUSAH NAK MOVE ON DARI SATU AKTIVITI KE SATU AKTIVITI LAIN . Ada banyak sebab kenapa anak susah nak berganjak dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain. Usually sebab anak tengah seronok dengan aktiviti yang sedang dilakukan, dan next activity tu kelihatan kurang menarik di mata mereka. . Contohnya, anak tengah main, then kita suruh pergi mandi. Atau anak tengah tengok TV, tetiba kita ajak keluar pergi kenduri. Anak tend to mengamuk dan tantrum. . Dan anak yang mempunyai masalah perkembangan sensory selalunya susah untuk berganjak dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain, almost every single time.
4. CLUMSY ATAU KELAM KABUT
Bila berjalan atau berlari, anak kerap terjatuh, atau terlanggar orang, atau terlanggar barang. . Ini bukan untuk anak yang baru nak belajar berjalan atau berlari tau. Anak yang memang dah lama berjalan atau berlari, tapi masih clumsy, takde kawalan dan keseimbangan badan yang baik. . Ini disebabkan oleh proprioception & vestibular systems yang tidak diransang dengan baik yang mungkin disebabkan oleh pendedahan skrin yang terlalu awal dan berlebihan.
5. TAK SUKA TEMPAT RAMAI ORANG ATAU PUBLIC PLACES . Contohnya, kat mall, majlis/kenduri, public places, family gathering. Anak tend to misbehave atau tak comfortable every single time pergi tempat2 macam tu. . Anak cepat overstimulated dengan bunyi, lampu, dan suasana ramai orang, and most of the time akan end up tantrum, mengamuk, dan sebagainya. Ini juga adalah tanda atau redflag yang ramai ibu bapa tak perasan.
6. TAK SUKA TENGOK VIDEO SLOW-PACED, SUKA YANG FAST PACED JE . Contoh video slow-paced ni macam documentary, animal planet, videos about nature, atau video2 yang mempunyai cinematography perlahan.
Video fast paced pulak contohnya kartun, animation, action movies, cerita lawan-lawan, atau videos yang banyak pergerakan laju, banyak bunyi, banyak warna2 cerah.
So kalau anak hanya suka yang fast paced videos dan kurang tertarik dengan slow paced videos, itu juga mungkin satu redflag.
7. SUKA GIGIT ORANG ATAU GIGIT MAINAN TANPA SEBAB . Isu ni banyak saya terima. Anak tak pepasal pergi gigit kawan, gigit adik, gigit parents, atau gigit mainan, TANPA SEBAB. . Dan kebiasaannya bila berlaku macam ni, anak akan dituduh kurang ajar dan ditampar sebab gigit orang tak pepasal. Sakit kot woihh. . This happens when they are probably looking for some deep, intense proprioceptive input. Proprioceptive input ni adalah satu deria yang diransang oleh tekanan. Kalau mata perlu diransang oleh cahaya, proprioceptive input pulak perlu diransang oleh perbuatan yang menghasilkan tekanan contohnya memeluk, menggenggam, mengangkat, melompat, atau menggigit sesuatu.
8. ANAK TAK SUKA COMOT-COMOT
Dulu saya bangga dengan Haikal, sebab bila pakai baju putih, langsung tak comot. Bila tengok anak orang lain pakai baju putih tak sampai seminit terus comot, tengok anak sendiri masih suci murni, ya Allahh sejuknya perutku mengandungkan mu wahai anakku.
Tapi lepas tahu bahawa anak yang tak suka comot adalah redflag, terus rasa bangang bertubi-tubi. Hahah
Anak fitrahnya bukan penggeli. Sepatutnya semua benda pun, anak akan ada desire nak pegang dan rasa. Kau bagi lah apa pun.
So kalau anak macam tak comfortable atau tak suka benda-benda yang sticky, melekit, squishy, berlendir, bertekstur jeli, dan sebagainya, ia mungkin satu redflag.
Messy play is actually important dalam merangsang perkembangan sensory anak. So try bagi anak main finger painting atau slime atau kinetic sand, dan perhatikan reaksi anak. Tapi kena tahan lah sikit sakit mata menengokkan anak comot-comot tohh.
So itulah dia 8 redflags yang saya tak sedar anak saya sendiri sedang alami dulu. Kalau ikutkan, ada berpuluh-puluh redflags atau tanda2 awal yang biasanya parents terlepas pandang, yang anak mempunyai masalah perkembangan akibat pendedahan skrin ni.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran buat ibu ayah.
Sebagaimana semua ketahui, anak bongsu pelakon Oki Setiana Dewi iaitu Sulaiman disahkan mengidap sindrom Prader Willy (PWS) iaitu penyakit genetik yang disebabkan oleh gangguan pada kromosom 15, sehingga menyebabkan kelainan pada banyak sistem tubuh.
Berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya itu, Oki memaklumkan anaknya telah selamat menjalani pembedahan di akaun intagram miliknya.
Pada posting terdahulu, Oki turut meminta agar warganet mendoakan kesihatan dan kesembuhan segera untuk Sulaiman.
Oki melahirkan anak keempatnya itu di Hospital Ibu dan Anak Bina Medika, Bintaro, Jakarta pada 16 November tahun lalu. Ketika dilahirkan, Sulaiman mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU). Ketika dilahirkan Sulaiman juga tidak menangis seperti kebiasaan bayi yang normal.
Meninjau di ruangan komen, nyata warganet bersimpati dan mendoakan kesejahteraan buat Sulaiman.
Antaranya komen daripada _irishbella_ : Weeee Love you ka Okiii❤️❤️❤️🥰 semangattttt! Cepet Sehat ya Sulaiman, doaaa dari aunty irish untuk Sulaiman 🥰🥰pelukkkkk❤️
Begitu juga irnamutiara mendoakan agar Sulaiman cepat sembuh ujarnya : MaaSyaa Alloh Sulaiman sehat teruss…InsyaaAlloh jadi penghapal Qur’an ya Nak…❤❤❤
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...