Walaupun banyak hidangan yang biasa ibu-ibu sediakan, tetapi sebenarnya hidangan nasi beriani dan lauknya ringkas sudah cukup membuka selera. Seperti resipi yang dikongsikan oleh puan Nuryusra Ibrahim Kutty ini cukup ringkas cara menyediakannya tapi sedap.
Jom ibu-ibu kita cuba resipi ini pula. Nasi Briyani Ayam Sorok
Bahan untuk perapan
1ekor ayam
2sb serbuk kunyit
2sb serbuk cili
2sb serbuk kari ayam
4sb yogurt
Perap sebentar ke semua bahan di atas Bahan untuk menumis
4sb minyak sapi
4sb butter/planta
4sb rempah briyani
5biji bawang besar(hiris)
4ulas bawang putih(tumbuk)
2inci halia(tumbuk)
2cili hijau
6cili padi (optional)
4biji tomato
10-20biji gajus&kismis
3helai daun salam
Kayu manis/cengkih/pelaga/bunga lawang
Daun pandan/Daun ketumbar/Daun pudina
Garam secukupnya
4pot beras basmathi-6pot air (1:1 1/2)
*Rendam beras selama 20-30min. Cara-cara
Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis.
Kacau seketika. Kemudian masukkan tomato,cili hijau,cili padi dan garam secukupnya. Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata. Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa. Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas.
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib ada memuat naik gambar Ariq Matin dengan gaya rambut baru yang nampak begitu kemas dengan potongan rambut pendek.
Dilihat juga sebelum itu, Shuib ada berkongsi gambar beberapa foto kandid Matin dengan kapsyen “Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia,”.
Posting tersebut bukan sahaja Shuib teruja untuk melihat wajah baharu Martin malah netizen juga tidak sabar menanti perkongsian gambar daripada Shuib dan ramai menjangkakan Matin akan terlihat lebih handsome.
Terbukti benarlah jangkaan netizen, Matin terlihat sangat comel dan kemas sekali penampilannya dengan imej rambut pendek.
Perkongsian Shuib itu telah menerima pujian netizen dan antara reaksi yang diberikan adalah antaranya seperti :
“Muka macam Aidil Zaquan pemain bola tu.”
“Hensem boy, sejuk hati ni bila tengok Matin.”
“Ya Allah handsomenya dia dah gunting rambut. Macam dah big boy sangat”
“Wow..hansem..sebelum, selepas pun ansem”
“Handsome..kemas..sejuk mata memandang..bila besar moga jadi anak yang…sejuk perut ibu mengandung”
Sementara itu Shuib juga ada berkongsi gambar anak sulungnya Uwais Al-Qarni yang juga dengan gaya rambut pendek. Sekali pandang saling tak tumpah mirip sungguh wajahnya dengan arwah ibunya.
Semalam tular sebuagh video seorang khatib tiba-tib arebah ketika menyampaikan khtubah jumaat. Khatib yang dikenali sebagai Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim merupakan khatib Masjid Al Bukhary , Alor Malai Alor Setar.
Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim, 68 tahun, dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat hari ini, merupakan seorang yang amat disenangi ramai.
Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi 1 masjid tersebut disifatkan sebagai seorang yang amat komited dalam melaksanakan tugas dan tidak pernah meninggikan suara apabila berbicara.
Menurut Eksekutif Kanan masjid, Abdul Rahman Yaacob, 42 tahun, hati terasa tenang apabila berdampingan dengan arwah kerana tutur katanya yang lemah lembut, tersusun dan berbudi pekerti.
“Sesungguhnya, kematian Ustaz Ku Yaacob amat dicemburui memandangkan Allahyarham seorang yang sangat baik,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Katanya, Ku Yaacob tiba-tiba rebah semasa membaca khutbah dan kejadian itu dirakamkan oleh beberapa jemaah.
“Bagaimanapun, Allahyarham disahkan telah meninggal dunia,” kata Abdul Rahman.
Menurutnya, Ku Yaacob, bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, sering memberi tazkirah sebelum solat Zohor pada hari Isnin dan Sabtu, selain membaca khutbah Jumaat.
“Kami Ahli Jawatankuasa dan jemaah Masjid Al-Bukhary sering menjadikan beliau sebagai rujukan ilmu agama,” tambahnya.
Abdul Rahman berkata, beliau bersama Ku Yaacob baru-baru ini ada berbincang mengenai latihan protokol sebelum membaca khutbah apabila Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid itu sebelum Syawal lalu.
Menurutnya, Allahyarham dilihat amat tekun mempelajari protokol itu dan tidak menolak untuk melakukan bacaan khutbah terbabit.
Sementara itu, seorang jemaah yang turut berada di lokasi kejadian, merangkap bekas pelajarnya, Hassan Mustafa Afifuddin, 30 tahun, ketika dihubungi Bernama berkata Ustaz Ku Yaacob rebah semasa membaca khutbah awal kira-kira jam 1.30 tengah hari.
“Waktu itu saya dengar sekali khutbah disampaikan ustaz, sebelum ustaz rebah dan jatuh terlentang atas tempat khutbah.
“Kemudian jemaah lain ambil ustaz dari mimbar dan ada beberapa jemaah yang kerja sebagai doktor memberikan bantuan rawatan awal seperti CPR (bantuan pernafasan) dan cek nadi di leher ustaz. Saya pula menghubungi ambulans,” katanya.
Hassan berkata, selepas itu dia pergi mengambil isteri Allahyarham di rumah mereka untuk membawanya ke hospital berkenaan sejurus mendapat panggilan daripada isteri Ku Yaacob.
“Saya pergi ambil ustazah sebab saya dihubungi ustazah. Saya tanya ustazah dapat mana nombor saya, ustazah ambil dalam telefon ustaz yang ketika itu ditinggal di rumah, dan ustazah tergerak hati untuk menelefon saya,” katanya.
Dia berkata setibanya di hospital mereka dimaklumkan oleh pegawai perubatan yang bertugas bahawa Ku Yaacob sudah meninggal dunia.
Hassan berkata dia sempat pergi beraya dengan bekas gurunya itu di rumah Allahyarham pada 12.15 tengah hari ini sebelum Ku Yaacob keluar ke masjid sekitar 12.30 tengah hari untuk membuat persediaan membaca khutbah Solat Jumaat.
“Saya sempat minta ustaz baca doa dekat anak saya, dan ustaz ada menyebut dekat saya macam ini ‘ana (saya) nak kena cepat, sebab ana bertugas baca khutbah dekat masjid’.
“Saya tidak menyangka hari ini kali terakhir dapat lihat ustaz,” katanya.
Ustaz Ku Yaacob disahkan meinggal dunia akibat serangan jantung. menurut anak bongsu arwah, Ku Munirah, bapanya tidak mempunyai penyakit jantung tetapi menghidap kencing manis dan darah tinggi.