Nasi Basi Berair, Warna Kelabu & Lama Nak Bilas, Wanita Ini Tak Sangka Rupanya Ada Gangguan

Share

Nasi Basi Berair, Warna Kelabu & Lama Nak Bilas, Wanita Ini Tak Sangka Rupanya Ada Gangguan

Hidup ini penuh dengan dugaan. Kita pastinya inginkan bahagia bersama keluarga mencari rezeki. Namun kadang kala ada yang sakit hati dan cemburu melihat kebahagiaan.

Hingga ada yang sanggup menghantar sihir atau sebarang gangguan untuk menjadikan kehidupan orang sasarannya hidup tidak aman.

Sebagaimana kisah yang dikongsi oleh puan ini Sri Hanni Borhan harus dijadikan iktibar untuk kita berhati-hati agar ia tidak berlaku dalam keluarga kini.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

PATUTLAH NASI ASYIK BASI

Orang kata jangan hebah kan. Simpan sendiri je. Tapi saya di ajar beberapa petua oleh perawat. Elok di hebahkan sebab nak bagitahu yang kita tahu.

Lepas maghrib tadi masak nasi. Nasi dah masak. Panas panas nasi dah basi berair dan berwarna kelabu.Masa cuci air keroh memang lama saya bilas nasi.

 

Ini kejadian ke dua selepas tahun 2016 sebelom saya sakit teruk.
Masa 2016 rumah banglo jb, nasi berair dan bercapuk warna kelabu saya dan bekas suami makan sekeluarga sebab rupa macam basi tapi nasi tak rasa basi.

Finally tak sampai setahun saya sakit teruk, rumahtangga rosak teruk, emosi sakit sangat dan banyak masalah.

Kali ini, saya jumpa masalah yang sama. Saya terus buang. Dan kami terus order nasi food panda.

 

Gambar sekadar hiasan

Malam ni kami buang semua barang masakan garam gula rempah2 semua, apa apa barang makanan untuk di makan dalam rumah ni, semua kami dah masuk tong sampah dan akan di bawa ke ustaz dan akan di hanyutkan ke sungai.

Dulu.. kami boleh terjebak dengan tuju tuju.
Insyaallah kali ini Allah berikan kelapangan hati dan fikiran. Kali ni saya nampak dan sedar. Saya akui, tangan saya sendiri buang bersama al fatihah 7x dan ratib al hadad.

Semua tuju tuju ni saya pulangkan sendiri atas ikhtiar saya sendiri dengan izin Allah dan saya akan bawa ke perawat perawat yang bantu saya selama 6 tahun ini.

Semua kita serahkan pada Allah

Sumber: Sri Hanni Borhan

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club