Nasi Ayam Terlajak Murah, Pasangan Suami Isteri Berniaga Sambil Bersedekah. Harga Hanya RM1.90 Bikin Netizen Rasa Kagum!

Share

Siapa sangka, nasi ayam pada harga bawah RM2.00 masih wujud. Umum mengetahui bahawa harga nasi ayam standard berharga RM3.00 ke atas, malah ada yang mencecah RM7.00 sebungkus.

Berbeza dengan nasi ayam di Kampung Bukit Marak, Bachok Kelantan ini mengunakan pendekatan menjual nasi ayam pada harga yang amat murah iaitu RM1.90.

Harga nasi ayam itu terlajak murah itu telah menjadi bualan netizen, tular di media sosial setelah salah seorang anak pemilik kedai berkenaan muat naik di TikTok. Malah ada yang tidak mempercayainya sehingga pemilik memuat naik nasi ayam berkenaan.

 

@nasiayamrm1.90bukitmarakini lah bentuk nasi ayam RM1.90 di bukit marak bachok kelantan.. murah je ##nasiayambukitmarak ##raisafhanseli ##fyp ##fypdongggggggg ##fypシ♬ TIKTOK HUDHAEFA RAFFA PERFORMANCE – HUDHAEFA RAFFA 3

 

Ramai yang kagum mendapati hidangan ini masih lengkap seperti ada potongan ayam bersama nasi, sambal, kicap serta hirisan timun batang serta tomato dengan sup.

Jual murah niat sedekah

Peniaga nasi ayam ini yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Seli@Rosli Salleh, 45, dan isterinya, Wan Roslina Wan Roslan, 43, tidak menyangka menyangka sambutan luar biasa daripada pelanggan sejak memulakan perniagaan nasi ayam itu pada Oktober tahun lalu.

Terkesan dengan kenaikan harga ayam, pasangan suami isteri ini percaya pada rezeki yang diberikan Allah dengan niat untuk berniaga sambil bersedekah tidak menjadi halangan untuk meneruskan berniaga pada harga berkenaan.

“Jika diikutkan, modal yang diperuntukkan untuk ayam mentah sahaja sudah banyak, namun saya percaya kepada rezeki Allah, walaupun hanya memperoleh keuntungan sedikit namun sekurang-kurangnya berpuas hati kerana niat berniaga sambil bersedekah.

Terima tempahan luar Kelantan
Apa yang menarik, peniaga ini juga turut mendapat tempahan dari luar Kelantan antaranya Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu untuk menempah bagi infak kepada asnaf di sekitar Negeri Serambi Mekah itu.

“Selepas tular, tempahan nasi ayam saya juga bertambah selain ada juga pelanggan saya menempah secara dalam talian yang meminta saya mengagihkan nasi ayam berkenaan kepada rumah anak yatim dan juga asnaf.

Sumber: @nasiayamrm1.90bukitmarak dan sinar harian 

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club