Nasi Arab Mandy, Jadikan Menu Istimewa Rai Tetamu Tahun Ni!
Siapa kata menyediakan Nasi Arab Mandy ni susah? Sebenarnya kalau ikut resipi betul-betul sesiapa sahaja boleh sediakan menu special ini meskipun kali pertama menyediakannya.
Jadi apa kata, Raya tahun ini anda sediakan hidangan Nasi Arab Mandy untuk merai keluarga dan sanak saudara yang berkunjung ke rumah. Pasti mereka pulang dengan perut kenyang dan puas hati.
Nasi Arab Mandy
Bahan utk Nasi:
½ kilo beras basmati dibilas dan rendam setengah jam lalu toskan.
Minyak masak secukupnya untuk menumis
3 biji bawang merah tak perlu hiris
5 ulas bawang putih tak perlu hiris
1 sudu kecil biji lada hitam
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji cengkih
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah nasi arab
Bahan Kisar:
4 ulas bawang putih
1 biji tomato
4 sudu besar sos cili SAJI Malaysia
Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis semua bahan diatas kecuali bahan kisar. Setelah bawang layu masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan beras dan air rebusan ayam perisakan dengan sedikit garam, gula. Sukat air dan masak nasi seperti biasa. Nasi separuh masak boleh Masukan 2-3 batang cili hijau atasnya dan beberapa ketul daging/ayam yg telah masak
Bahan untuk Ayam dan Kuah Sup:
1 ekor ayam potong 4
4 biji bawang putih tak perlu hiris
1 biji bawang besar potong 4
4 keping hirisan halia
5 biji lada hitam
2 biji kiub pati ayam
sedikit garam, gula
Sedikit perwarna saffron untuk cantikan warna nasi
Air secukupnya. Pastikan air lebih sebab air rebusan ini akan digunakan juga untuk masak nasi
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.
Bahan kisar untuk Pes Ayam panggang:
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar rempah nasi arab
6 sudu besar minyak masak,Garam, gula secukup rasa. Kisar semua bahan ini dan ratakan pada ayam yang telah direbus tadi lalu panggang/goreng hingga perang siap.
Cara buat salad Arab:
3 tangkai daun ketumbar dihiris
2 biji bawang merah dipotong dadu
1 biji tomato hiris dadu
½ batang timun Jepun dihiris dadu
1 bekas kecil yogurt plain
½ sudu kecil serbuk lada hitam dan sedikit garam
Satukan semua bahan diatas dalam satu bekas dan kacau sebati.
Cara buat sos Harrah:
2 tangkai daun ketumbar
10 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
4 keping hirisan halia
sedikit air rebusan ayam
sedikit perahan lemon dan garam, gula secukup rasa
Kisar semua bahan di atas siap
Sumber : Aisyah Humaira
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club