Nasi Ambeng, mungkin tidak semua antara kita biasa menjamah menu istimewa tradisi orang Jawa ini.
Tapi bila sekali dapat menikmatinya, memang enak dan menyelerakan. Satu hidangan ada ayam kicap, sayur, ikan masin, mee dan paling spesial adalah menu serunding kelapa yang mempunyai rasa yang tersendiri.
Jadi apa kata anda sendiri cuba resipi ini untuk dapat dinikmati bersama-sama seisi keluarga sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom semak.
Siapa sini anak Johor dan orang Jawa? Mesti biasa makan Nasi Ambeng. Biasa tunggu kenduri baru dapat merasa nasi ni, tapi semalam teragak sangat.maklum la tinggal di Perlis memang payah jumpa hidangan tradisi ni.
MAAF YE SEMUA YANG BERTNYA RESEPI. SAYA SERTAKAN DI SINI.RESEPI PALING SIMPLE SAYA BUAT. Cepat sikit siapnye sebab dah lapar.
AYAM KICAP
Ayam gaul garam kunyit, goreng separuh masak. Ketepikan.
Bawang merah,putih,halia lengkuas tumbuk lumat.tumis kayu manis,bunga lawang,cengkih dengan serai diketuk dan bahan-bahan tumbuk. Tumis sampai naik bau. Masok kan sos cili,sos tiram dan sedikit air. Masuk ayam dan asam keping sekeping. Terus letak kicap.letak air sikit teros tutup dengan tudung periuk bagi ayam betul-betul masak dan mesra dengan kuah.perasakan dengan gula garam.
SERUNDING KELAPA:-
Kelapa parut
banwag merah,putih,serai,cili kering,ketumbar,2 beradik jintan,blender hancur.Terus masuk kan dalam kelapa parut. Masuk kan gula 4 sudu garam 1 sudu. Gaul rata.Baru letak atas dapor. Goreng sampai kering.masok kan daun limau purut masa masak tu untuk bau wangi.
MEE GORENG SIMPLE:-
Mee kuning-basuh dan tos
Bawang merah putih cili kering 6 batang, blander hancur. Tumis sampai pecah minyak masuk kan kicap sesudu. Dah naik bau masuk mee.masok kan taugeh/daun kucai. Perasa kan gula garam.
SAMBAL GORENG JAWA/SAYUR GORENG:-
Kacang panjang,carrot,cili merah,bawang merah bawang putih-hiris halus
Suhun,tauhu kering rendam sampai lembut-tos
Tauhu,tempe-potong dadu,goreng dan letak tepi
Tumis bawang merah putih msokkan kacang panjang dan carrot.Letak air sikit bagi empuk. Masok kan semua sayur lain goreng sampai masak.Perasakan dengan garam.
IKAN KERING BULU AYAM – goreng garing
Siap!SELAMAT MENCUBA SEMUA.
Doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki.
sumber : Firdauz Di Hati Kami via MAHN