Setiap wanita yang hamil ada karenah tersendiri. Ada yang alahan ada juga yang tiada sebarang masalah. Tak kurang bab mengidam, sehinggakan ada yang meminta yang di luar kotak fikiran. Namun selagi ia tidak memudaratkan, tidak mengapa.
Demikian juga dengan pelakon Hanez Suraya, 34 tahun. Baru-baru ini dia mengakui terlalu obses dengan drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Dek kerana itu, dia kerap menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan terbitan negara itu.
“Sebelum ini, saya memang minat budaya dan industri Korea. Tetapi, tidaklah terlalu obses namun ketika hamil anak kedua ini saya banyak menghabiskan masa menonton drama Korea. Sehinggakan, saya pernah mengajak suami untuk bercuti di sana.
Menariknya, daripada situ timbul idea untuk dia mengeluarkan produk sendiri. Ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini, akui Hanes, dia tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini,” katanya produk terbabit kini dijual secara dalam talian di Instagram miliknya.
Sementara itu, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.
“Mengikut ramalan doktor bayi saya dijadualkan lahir pada 7 Julai depan. Doakan kelahiran kedua ini dipermudahkan. Kebetulan suami saya suka nombor 7, katanya tu nombor bertuah dia. Anak sulung dulu, Puteri Aleesya induce sebab overdue. Kalau boleh tak nak sebab sakit induce. Tetapi apapun saya harap segalanya dipermudahkan.
“Saya jenis badan kecil dan perut besar. Memang kali ini sangat terasa ‘beratnya’. Kalau ikutkan saya tak trauma beranak tetapi saya hanya tak suka induce. Dulu saya masuk ubat. Jarak antara anak sulung dengan yang ini agak jauh kerana saya tak nak anak sulung rasa kurang kasih sayang.
“Yang kedua ni ikutkan tak rancang tapi suami yang nak. Aleesya nampak kurang dengan saya lepas tahu saya hamil. Dia lebih banyak dengan ayahnya. Tetapi selalu juga ajak dia berborak dengan adiknya dalam perut,” ujar Hanes yang tidak kisah bilangan anak memandangkan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais suka anak ramai.
Ditanya soal lakonan ujarnya buat masa sekarang fokusnya lebih kepada keluarga dan juga produk yang diusahakannya.
“Suami memang jenis suka tengok saya depan matanya. Kalau nak ke pejabat pun dia akan ajak sekali. Kalau sibuk sangat ada pembantu yang tolong. Soal berlakon tu rasanya ‘hold’ dulu. Memang suami tak kisah tapi sebagai isteri faham dia sebenarnya lebih suka saya berada disisinya.
“Jadi, saya pilih untuk buka bisnes dan suami nampak sokong ke arah itu. Kalau dulu keluarkan tudung nampak dia tak ambil ‘port’ tapi untuk produk Cake Pop Liptint ni memang nampak suami all out bantu. Sebenarnya bukan mudah nak ajak suami bantu, saya ambil masa lebih kurang 4 tahun saya ‘pujuk’ suami dan akhirnya kini baru dia setuju dan mahu turun padang bantu. Kebetulan dia banyak pengalaman jadi segalanya dipermudahkan,” ujar Hanes lagi.
Mengulas lanjut mengenai selebriti yang membuka hijab, jelasnya itu bergantung pada pemahaman diri masing-masing.
“Saya tak berani nak cakap kerana kita tak tahu masa depan macam mana. Lagipun kebanyakan yang buka tudung kembali adalah mereka yang masih bujang, Macam saya ada suami dan ada famili yang perlu jaga air muka dan aib suami dan keluarga. lagipun belah kedua-dua keluarga jenis berhijab. Kalau dulu tak pakai tudung saya segan.
“Malah, suami sendiri yang minta saya pakai tudung selepas pulang dari umrah, jadi saya mendapat kekuatan daripada situ. Tetapi dia tak paksa cuma dia sokong waktu saya ambil keputusan untuk bertudung.
“ Dalam hal ini, kita tak boleh hukum orang, mana tahu nanti mereka kembali bertudung. Lagi pula saya sendiri bukanlah pandai bab agama jadi tak nak jatuh hukum pada orang lain. Jadi, doakan yang baik-baik untuk mereka. Aurat kita bukan rambut sahaja tetapi hati mulut semua kena jaga,”ulas Hanes lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada juga kes insan tidak mensyukuri kurniaan ALLAH ini dengan tindakan kejam seperti membuang anak mereka di merata tempat sehingga menyebabkan kematian. Ini bermakna dia juga membuang rezeki bersama anak tersebut.
Orang kata anak pembawa rezeki buat ibu ayah. Setiap kali berbuat baik dengan anak-anak tentu ada ganjaran tanpa kita sedar seperti dipermudahkan urusan harian.
Percayalah setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah SWT. Dengan itu, ibu bapa secara langsung turut sama menumpang rezeki anak.
Waima memanjaka anak dengan membeli permainan juga adalah salah satu untuk memberi kegembiraan kepada anak. Biarlah permainan itu murah tetapi ia cukup bernilai buat anak.
Rezeki anak merasaikan keseronokkan itu, akan menyebabkan rezeki kita tidak tersekat.
Perkongsian dari mengenai rezeki anak itu lah yang menjadi asbab rezeki ibu ayah melimpah ruah.
Bacaan lanjut: Minum Susu Bukan Penyebab Gemuk. Doktor Ini Jelaskan Salah Faham Dan Cara Minum Dengan Betul.
Sekat rezeki anak, rezeki kita pun tersekat!
Ada orang kata beli mainan ni membazir. Sebenarnya ia bukan membazir tapi itu la rezeki anak-anak.
Ada orang kata manjakan anak sangat tak elok. Apa dia nak kita beli.
Bagi saya tak ada rezeki yang tak elok. Semua rezeki elok. Anak di manjakan sejak kecil, itu pun rezeki dia.
Ada anak, ibu ayah duit banyak pun belum tentu lagi dapat rasa manja-manja.
Rezeki anak-anak ni datang dalam pelbagai bentuk.
Ada anak dapat rasa limpahan kasih sayang ibu ayahnya setiap masa tanpa di tagih.
Ada anak susah nak dapat rasa kasih sayang walaupun selalu menagih di kasihi.
Macam-macam..
Memang la yang kerja banting tulang siang malam tu kita, tapi rezeki yang kita dapat mungkin datang dari rezeki anak-anak.
Memang la yang mengurus dan menjaga ekonomi keluarga tu kita, tapi rezeki ekonomi kita ni mungkin datang dari rezeki anak-anak.
Menumpang rezeki anak
Apa yang kita ada sekarang ni? Mungkin itu semua rezeki anak-anak.
Kita ni cuma pemegang amanah je, wajib salurkan rezeki tersebut pada penerima yang sah.
Silap hari, kita yang menumpang rezeki anak-anak rupanya. Allahu..
Makanya usah la kita berkira-kira dengan anak. Usah la kita bakhil sangat fikirannya.
Tak ada bazirnya beli mainan jika itu buat anak rasa gembira dan teruja.
Elak sewenangnya kita sekat rezeki anak-anak dengan kata membazir, tak penting, ngada-ngada dan sebagainya.
Mampu beli, tak mampu usah beli. Belum rezeki anak untuk dapat.
Jangan terkejut! Makin kita mewah-mewahkan anak, makin mewah la rezeki kita datang mengalir kelak.
Rezeki tak pernah terputus kalau kita tak sekat-sekat rezeki anak!
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...