Mungkin ramai yang tak tahu soal duit belanja bulanan patut diberikan kepada isteri. Tak kurang ada yang anggap itu tidak dikira sebagai nafkah. Tetapi sebenarnya itu tanggung jawab seorang suami selaku ketua keluarga.
Satu perkongsian oleh Dr Ahmad Zakimi Ini wajar dijadikan contoh buat semua.
“Nanti Ita check atas meja. Kot ada apa-apa rezeki ya. Love you.”
Biasanya aku akan menghantar whatsapp begitu jika aku siap dulu ketempat kerja setiap pagi. Jika isteri pergi dulu, biasanya dia akan periksa sendiri atas meja apa yang ada sambil-sambil dia sediakan sarapan pagi untuk kami.
Jika sempat, aku kongsikan sepotong ayat Alquran atau hadis pada nota. Kalau tak sempat aku hanya tinggalkan nota ringkas atau hanya duit saja.
Setiap hari aku akan bagi duit belanja makan minum untuk kami sekeluarga. Bermula dari 18 tahun lepas lagi. Ya, itu nafkah suami kepada keluarga. Itu tanggungjawab seorang suami selaku ketua keluarga.
Sejak dari awal perkahwinan kami, aku mulakan dengan sedikit. Dari tahun ke tahun, gaji aku naik maka aku tambah sikit demi sedikit. Almaklumlah, keluarga pun semakin besar. Belanja pun semakin tinggi.
Ads
“Abang, takyah lah bagi duit belanja banyak sangat. Ita pun kerja. Ada gaji,” ujar isteri.
“Eh mana boleh. Belanja makan dan pakai keluarga mesti abang. Itu kan nafkah. Tanggungjawab abang. Jangan sesekali guna duit ita,” balas aku.
Duit isteri adalah untuk belanja diri dia sendiri. Bukan untuk keluarga.
Setiap kali aku memberi, isteri akan tanya, “eh abang! Banyak sangat ni. Nanti abang tak cukup duit lak.”
“Alah tak banyak mana pun. Abang ada lagi ni,” balasku. Itu selalu akan aku jawab.
Ads
Tak ternilai dengan wang ringgit pun pengorbanan seorang isteri kepada kita dan keluarga.
Walaupun kadang kala aku ‘kekeringan’, aku tetap berusaha untuk beri belanja kepada keluarga. Itu tanggungjawab suami dan bapa kepada anak-anak. Muka mesti buat tenang. Takut dia terperasan.
“Alah, takde duit. Benda boleh settle lah. Kita kan anak jantan” – aku bermonolog kadang-kadang.
Rezeki sikit, sikit lah. Jika banyak maka banyak lah. Alhamdulillah, masih cukup untuk kami sekeluarga.
”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)
Ads
Segala makan minum, pakaian, rumah, kereta, pendidikan anak-anak dan lain-lain keperluan rumahtangga aku yang bertanggungjawab. Itu kewajipan. Itu juga prinsip aku.
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (Surah al-Nisa’ ayat 34)
Membelanjakan harta untuk isteri dan keluarga bukan sekadar kewajipan malah ia satu amalan yang disukai Allah.
Walaupun si isteri bekerja dan makan gaji, tak kiralah gaji si isteri lagi besar dari si suami, kewajipan itu harus diletakkan kepada ketua keluarga iaitu si suami.
Semoga si suami seluruhnya dimurahkan rezeki. Amin.
Setiap kali turun padang melawat mangsa banjir, Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah jarang sekali tak turun ke dapur untuk memasak.
Terbaru, baginda dilihat memasak untuk mangsa banjir di Kuantan. Lebih mengujakan rakyat yang melihat bila mana bonda kesayangan rakyat jelata ini mencuci telur, memotong sayur-sayuran, dan mencampurkan semuanya sendiri.
Baginda menyediakan makanan untuk diagihkan di beberapa pusat pemindahan di Kuantan.Dan ini bukan kali pertama, setiap kali berlaku bencana banjir, ratu sendiri turun memasak untuk rakyat.
Patutlah ramai yang kagum dan terharu dek keprihatinan baginda di saat rakyat sedang mengumpul dilanda musibah.Rata-rata rakyat yang melihat meluahkan rasa sebak dan terharu atas keprihatinan Tuanku. Tampil ringkas berpakaian siap sinsing lengan cukup ligat baginda di dapur tanpa sedikitpun Rasa kekok.
Terbaik permaisuri agong kita… Daulat Tuanku.
Puan permaisuri agong dimata semua rakyat jelata , peribadi baginda seindah nama,rupa dan letak duduknya diatas takhta,moga Allah kurniakan sejahtera dunia akhirat.
Queen kita mmg steady.moga Allah lindung kita semua
Mmg dr dulu mangsa banjir akan dpt rasa sendiri air tgn tuanku. X segan masuk dapur masak kawah beb. Kalo masak kt dapur cantik tu sy x heran. Ni masak kawah kt tmpt bnjir tahulah cemana ksukaran tu. Terbaik permaisuri kesayangan rakyat jelata.
Allahamdulillah syukur pernah masak bersama Permaisuri Agong masa Tengku Puan Pahang banjir kt jerantut kenangan terindah dan dapat rasa air tgn Tuanku yg sgt enak🙏🙏🙏 Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Saya bangga jadi anak Pahang, dari Raja, Permaisuri, Pemangku Raja sangat perihatin ngan rakyat…
Semuga Allah melindungi dan memberkati Keluarga DiRaja ni…Daulat Tuanku
Sumber: Jabatan Netizen Pahang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suka tengok dekorasi kediaman ini. Walaupun tak mewah tapi kemas betul. Memang rajin sungguh tuan rumah ni menghias dan juga mengatur letak barang-barang.
Bagi empunya diri Eiza Nas, walaupun tidak berapa pandai dalam soal dekorasi, namun dia lebih mementingkan bab menyusun barang-barang. sementelah di ruang dapur berkenaan tiada kitchen kabinet. Begitu pun, ruang dapur yang sempit tetap nampak kemas dan tersusun rapi.
Dapuq rumah sewa. Tak ada kitchen kabinet. Deko tak pandai sangat. Tapi lebih minat organize. Bila organize senang nak jaga balik. Sebab setiap barang kena duduk rumah dia sendiri.
Jadi bila sepah hantaq dia balik rumah dia terus nampak kemas.Macam kita jugalah kena duduk rumah sendiri 🤣🤣🤣. Bilalah dapat p jalan2 ini.
Kemas tersusun dan penggunaan label memudahkan urusan.
Dekorasi simple tapi dapat memberi inspirasi buat anda yang mempunyai barang banyak tapi dapur sempit.
Jimat ruang dapur.Guna penyangkut baju besi ni untuk gantung penapis & kuali serta tempat untuk beg plastik guna semula.
Ditegur suami kerana masalah bau badan mungkin satu igauan ngeri buat semua wanita bergelar isteri. Kalau boleh sebaiknya jauhkanlah kata-kata macam ni daripada suami. Rasa down yang amat sangat.
Sebelum suami buka mulut menegur atau kawan sebelah pun dah rasa tak selesa, apa kata ada baiknya anda mencuba petua yang disediakan ini. Wangi bukan hanya untuk suami, kita pun akan lebih yakin kalau sentiasa rasa wangi dan segar.
Masalah bau badan berlaku bukan hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya diolah daripada bakteria dan virus yang membiak dengan baik sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak.
Kombinasi antara bakteria dan peluhlah yang menyebabkan bau-bauan yang membuatkan anda tidak selesa sehingga ada yang mula menjauhkan diri tanpa sedar.
Macam mana nak atasi masalah bau badan menggunakan kaedah tradisional dan menjimatkan? Ada baiknya anda cuba langkah ini!
1. Guna Daun Sirih
Daun sirih antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Menurut petua sesetengah pihak, daun sirih yang diramas dengan campuran tawas kemudiannya diletakkan dibahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagain tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Guna Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
3. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Dalam apa jenis keadaan dan cara rawatan sekalipun, pastikan anda melakukan penjagaan diri yang tepat dan munasabah. Tip di bawah ni akan kena buat untuk elakkan badan berbau.
1. Usahlah memakai pakaian yang berulang kali tanpa dibasuh. Ini untuk mengelakkan bakteria yang terlekat dipakaian kembali ke tubuh gara-gara pakaian yang tidak dibasuh.
2. Pastikan mandi diatur dengan baik. Sebaik berpeluh, mandi dan bertukarlah kepada pakaian yang baru.
3. Amalkan penjagaan diri yang bersih dan terpelihara.
4. Jangan kerap makan makanan jenis berbau seperti bawang besar yang meninggalkan bau badan kurang enak.
5. Jika anda jenis berpeluh, bijaklah dalam memilih fabrik. Fabrik cotton yang lembut amat disarankan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai kosong. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.