Tidak dinafikan keakraban anak dengan pengasuh kadang kala lebih dari ibu bapa. Itulah rezeki, kadang ada pasangan inginkan zuriat tapi masib belum dikurniakan lagi sebaliknya pasangan yang dikurniakan zuriat pula berdepan dugaan masa dan kesibukan.
Tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini apabila sebuah video yang dimuatnaik oleh @lalaaaaaaaaaaaaaaaa_1993 yang merakamkan kenangan terindah terakhir dengan anak asuhannya.
Menurutnya, kanak-kanak yang bernama Raikal Mateen itu sudah diasuh olehnya sejak berusia 5 bulan lagi namun sejak bulan 6 tahun lalu, Mateen telah dijaga sepenuhnya kerana dia dan suaminya berpindah ke rumah mentua.
Menjelang sesi persekolahan yang kini bermula, pasangan ini terpaksa berpisah dengan Mateen kerana anak kecil ini akan bersekolah di Setia Alam iaitu di rumah bapa kandungnya.
“Sedih kami ini kerana setelah 6 bulan bersama, 24 jam sehari.. Memang berat sangat.. “
“Apatah lagi kami masih belum dikurniakan zuriat, segala rasa sayang untuk dia, didik dan besarkan dia seolah anak sendiri.”
Ads
“Tiada permintaan lain dari kami selain anak ini membesar jadi anak soleh..’
Pesanan Mateen Untuk Mama Dan Papa
Sempat merakamkan kenangan di malam terakhir bersama anak asuhannya ini, Mateen sempat menitipkan pelbagai pesanan untuk mama dan papanya ini.
Sayu mendengar anak sekecil ini seolah mengerti dirinya terpaksa berpisah dengan insan yang disayangi.
“Papa jangan diri baik-baik, kerja elok-elok, bawak kereta elok-elok.”
“Kalau papa rindu adik, papa call adik.’
Ads
Namun di sebalik kepetahannya menitipkan pesanan untuk mama dan papanya ini, terakam di sisi lain di sebalik kamera yang Mateen datang memeluk mamanya berulang-ulang kali sambil menitipkan pelbagai pesanan untuk mamanya ini.
Di ruangan komen, turut terlihat ibu kandung kanak-kanak ini menitipkan kata-kata yang sungguh sebak. Hanya mereka yang mengetahui dan melalui asam garam kehidupan ini.
Semoga keluarga ini sentiasa dirahmati dan dilindungi olehnya. Dan dipermudahkan segala urusan.
“Mami takde kata-kata ma, Terima kasih ada dengan mami dan adik dari kami zero sampai sekarang. Ingat, adik anak mama papa jugak. Jangan pernah hilang dalam kehidupan adik ya.”
Insiden kemalangan yang berlaku di Langkawi akibat dipandu oleh kanak-kanak berusia 6 tahun ini dikaitkan dengan unsur mistik apabila kanak-kanak itu menceritakan bahawa bukan dirinya yang memandu kereta tersebut sebaliknya terdapat ramai individu lain yang berada di dalam kereta.
Antara yang disebut adalah Tok Wan, Pak Lang dan Pak Cik. Ketika ditanya kenapa dia mengikut mereka, kanak-kanak itu mengatakan bahawa mereka mengajak dia bermain ‘game’.
Menurut laporan Sinar Harian, meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah berkenaan, namun rakaman audio perbualan suara kanak-kanak itu menceritakan kejadian tersebut kini tular di media sosial sejak malam Rabu.
Menurut cerita kanak-kanak itu, individu yang dipanggil ‘tok wan’ menerusi ceritanya dikatakan tidak kacak, badan berbulu dan mempunyai suhu badan yang panas.
“Tidak ‘handsome’, badan dia panas dan ada bulu. Pak Lang tak ada bulu, dia bawa gajah handsome juga. Pak cik dok (duduk) depan,” katanya.
Dalam rakaman sama yang dikongsikan di TikTok @daichidontcare, seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya turut mengulas tentang kejadian berkenaan.
Dia turut hairan bagaimana kanak-kanak lelaki itu mampu untuk memandu kereta sejauh 2.5km termasuklah mengundur kereta.
Dalam screenshot yang tular itu, pihak polis dipercayai pergi ke rumah keluarga kanak-kanak itu dan mereka pun pelik bagaimana Toyota Vios yang berada di tengah-tengah antara dua kereta lain, boleh keluar daripada kawasan parkir — lebih-lebih lagi dipandu oleh seorang kanak-kanak?
Kisah itu masih terus menjadi misteri yang tidak boleh dirungkai dengan akal. Bagaimanapun ahli keluarga itu mengucapkan rasa syukur kerana kedua kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk semasa kejadian berlaku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa tak suka makan gulai siput sedut kan? Sekali sedut,sampai tak sedar dah pebuh semangguk kulitnya.
Tapi proses untuk membuat juadah ini agak sedikit rumit lebih-lebih lagi untuk mmbasuh siput sedut ini agar betul-betul bersih. Ini kerana haiwan ini hidup di dalam selut atau lumut.
Ada yang akan merendam semalaman terlebih dahulu siput ini sebelum dimasak dan ada juga yang menggunakan hampas kelapa.
Untuk proses membasuhnya sangat memakan masa dan hanya orang-orang tua sahaja tahu caranya.
Namun kali ini, kami ingin kongsikan petua membersihkannya dengan menggunakan serbuk ‘magik’.Pasti anda tertanya-tanya kan, apakah serbuk magik tersebut?
Tak lain dan tak bukan iaitu serbuk kunyit yang merupakan bahan yang sangat penting dan wajib ada di dapur rumah anda.
Petua mudah membersihkan siput sedut yang berselut menggunakan serbuk kunyit ini telah dikongsikan oleh Puan Nora Anne. Jom cuba!
PETUA BASUH SIPUT SEDUT YANG BERSELUT!
CARA BASUH SIPUT SEDUT
Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsi petua basuh siput sedut mengunakan serbuk kunyit sahaja. Mudah sangat!
MEMERLUKAN:
Serbuk kunyit.
Besen.
Siput sedut.
CARA-CARANYA:
Keluarkan siput yang berselut dan letak dalam besen.
Masukkan air paip agak-agak.
Campurkan serbuk kunyit dua tiga sudu.
Gaulkan rata dan biarkan dlm 15-20minit.
Selepas itu, bolehlah potong bontot siput guna playar, gunting atau ketuk guna lesung.
Bilas siput sedut sehingga bersih.
Saya guna playar je. Dah potong semua bontot siput tadi boleh bilas macam biasa sampai warna pada kulit siput bersih dan cerah takde selut, tak ada serpihan anda potong tadi.
Mudahkan! Bolehlah start memasak menu kesukaan korang. Macam hari ini, saya masak siput masak lemak sahaja. Menu saya meniaga sepanjang bulan Ramadan tahun ini secara cod.
Memang menjadi permintaan pelanggan saya. Kadang saya campur dengan pucuk ubi. Ada orang campur dengan keladi, labu atau pucuk keledek. Atas kesukaan kalian nak campur dengan sayur apa janji sedap ditekak kalian.
RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CARA PUAN NORA
BAHAN-BAHAN:
Siput sedut.
Bawang merah.*
Bawang putih.*
Halia.*
Serai.
Daun kunyit.
Asam keping.
Santan kotak.
Serbuk kunyit (ade kunyit hidup pun boleh),
Lada kecil (ikut atas tahap kepedasan).
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Letak siput dalam kuali atau periuk favourite kalian.
2. Kisar atau tumbuk kasar bahan yang saya tanda * dan kemudian masukkan ke dalam periuk (tanpa buka api dapur lagi).
3. Masukkan asam keping, serai, daun kunyit, santan.
Sebab guna santan kotak jadi kena isi air agak-agak lah ye sesuai dengan banyak mana siput kalian. Kalau banyak siput pakai 2 kotak santan kecil.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
5. Buka api kacau bagi sebati. Buka api sederhana sahaja.
6. Masak sehingga mendidih dan berbuih kecil-kecil bermakna dah masak siput anda.
“Masa makcik bersalin dahulu pada tahun 1970, 1972 dan 1976, makcik tak ikut sangat cara pantang yang melampau… makan saja yang berkhasiat. Well, saya masih sihat, tiada penyakit tiga atau empat serangkai!”
Demikian komen seorang wanita berusia 77 tahun yang dikongsikan oleh pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Imelda Balchin, di laman Facebook beliau.
Apa yang ingin ditekankan oleh Dr Imelda adalah supaya para wanita mencontohi warga emas berkenaan, iaitu pentingnya menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan daripada sumber yang sahih, iaitu doktor, dan bukannya semberono mengikut petua orang lama.
“Alhamdulilah kepada women empowerment, bila masing-masing sudah tambah ilmu pengetahuan kesihatan yang sahih dari pakar yang ahli di dalam bidang yang merawat wanita, tidak kira orang muda atau orang tua, masing-masing akan ada lebih keyakinan untuk membuat pilihan untuk diri sendiri tanpa rasa tertekan dan takut tentang masa depan mereka.
“Dengar saja nasihat doktor pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) tentang makanan sihat untuk seumur hidup, rajin bersenam dan apa anda perlu buat untuk penjagaan organ dalaman untuk jangkamasa panjang,” ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook.
Dr Imelda turut berkongsi enam petua penjagaan kesihatan dalaman wanita selepas bersalin yang disyorkan oleh pakar :
1) Untuk kesihatan jangka panjang payudara, rahim dan ovari, ialah menyusu badan. Ini terbukti mengurangkan risiko kanser payudara, kanser dinding rahim dan kanser ovari.
2) Untuk kesihatan jangka panjang pangkal rahim atau serviks, lakukan pemeriksaan kanser serviks seperti pap-smear atau ujian HPV (Virus Human Papilloma).
3) Untuk menjaga payudara, belajar memeriksa payudara sendiri sekali setiap bulan, dan kemudian lakukan ujian saringan mammogram atau ultrasound apabila sudah berumur 40 tahun ke atas.
4) Belajar buat senaman Kegels setiap hari sampai ke tua untuk mencegah peranakan jatuh.
5) Amalkan pemakanan sihat seumur hidup dan rajin bersenam untuk mengurangkan obesiti, diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, strok, risiko penyakit kronik tiga serangkai yang juga boleh meningkatkan risiko kanser dalaman dan pelbagai jenis kanser lain.
6) Minta suami untuk berhenti merokok. Ini terbaik untuk kesihatan jangka panjang organ dalaman anda dan kesihatan seluruh keluarga di samping mengelakkan pembaziran wang.
Tambah Dr Imelda, wanita tidak sewajarnya mengikut pantang larang atau petua orang lama untuk menjaga kesihatan dalaman.
“Enam petua yang saya berikan kepada anda semua ini memang sudah terbukti berkesan dan tak mahal pun.
“Tak payah nak menakutkan wanita selepas bersalin dan ugut mereka berpantang macam zaman dulu untuk kesihatan dalaman.
“Apa yang lebih penting untuk penjagaan kesihatan ialah ada ilmu pengetahuan kesihatan yang sahih dan memperkasakan wanita kita,” ujarnya.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.