Nanas Petua Nak Redakan Batuk Anak. Ibu Ini Kongsikan Cara Rawat Secara Alami

Share

Jika anak batuk tentunya ibu bapa risaukan tentang kesihatan anak. Batuk batuk melarat akan membuatkan anak meragam dan sekali gus  boleh menjadi pencetus kepada demam. Keadaan ini akan menyebabkan ibu yang bekerjaya perlu bercuti untuk memberi perhatian kepada anak.

Untuk merawat anak, selain mendapatkan ubat atas nasihat doktor, ibu-ibu boleh cuba cara alami untuk meredakan batuk anak.

Melalui perkongsian Norashikin Bt Hasan   yang dipaparkan di facebooknya, ibu ini menyediakan beberapa langkah untuk menyediakan ubat batuk organik dengan menggunakan buah nanas. Jom kita cuba, cara ini.

____________________________________________________________________
.
NI CARANYA YA..
.
1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.


2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang.  saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.

3. Blend sampai halus. Tapis.


4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis elok2 ya..

5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye.

6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.


7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak.
.
8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar. Untuk kanak2 boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.
.


.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.

Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.

Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. –

Semoga bermanfaat perkongsian ini. Tetapi jika batuk anak masih berlarutan, segera bawa anak untuk mendapatkan nasihat pegawai perubatan ye.