Jika anak batuk tentunya ibu bapa risaukan tentang kesihatan anak. Batuk batuk melarat akan membuatkan anak meragam dan sekali gus boleh menjadi pencetus kepada demam. Keadaan ini akan menyebabkan ibu yang bekerjaya perlu bercuti untuk memberi perhatian kepada anak.
Untuk merawat anak, selain mendapatkan ubat atas nasihat doktor, ibu-ibu boleh cuba cara alami untuk meredakan batuk anak.
Melalui perkongsian Norashikin Bt Hasan yang dipaparkan di facebooknya, ibu ini menyediakan beberapa langkah untuk menyediakan ubat batuk organik dengan menggunakan buah nanas. Jom kita cuba, cara ini.
____________________________________________________________________ . NI CARANYA YA.. . 1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.
2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. 🙂 saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.
3. Blend sampai halus. Tapis.
Ads
4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis elok2 ya..
5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye.
Ads
6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.
7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak. . 8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar. Untuk kanak2 boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap. .
Ads
. Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.
Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.
Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. –
Semoga bermanfaat perkongsian ini. Tetapi jika batuk anak masih berlarutan, segera bawa anak untuk mendapatkan nasihat pegawai perubatan ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cinta tidak mengenal usia dan sesiapa pun layak untuk memilikinya. Penyanyi otai era 70an, Salamiah Hassan yang juga ibu kepada penyanyi Atilia baru-baru ini kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan lelaki Inggeris yang dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes Alhamdulilah! And my mother, love of our lives found her happiness too. Couldn’t be there with u today mama but so happy we managed to join in online. Cant wait to hug u both! Yay we are famiglia now! Alhamdulilah. Im so happy eeeeeeep!
“Mama & Gerry Sept 1st 2022 – Jannah!” demikianlah tulis penyanyi Atilia Haron yang meluahkan rasa syukur apabila ibunya yang juga penyanyi, Salamiah Hassan selamat bergelar isteri semula pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka Inggeris dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
Atilia yang berkongsi berita gembira tersebut itu memuat naik sebuah video di mana dia menyaksikan majlis pernikahan ibunya secara atas talian. Atilia dalam masa sama memberitahu dia berasa gembira dan bersyukur apabila ibu tersayang bertemu dengan kebahagiaannya.
Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Tasmania, Australia pada pagi Khamis. Gerald atau mesra disapa Gerry sah bergelar suami kepada penyanyi lagu ‘Gelombang’ itu dengan sekali lafaz selain memberi mas kahwin sebanyak RM320 kepada Salamiah.
Dalam satu sesi video di laman Instagram, Salamiah memberitahu dia sudah mengenali Gerry sejak 15 tahun lalu. Penyanyi itu juga dilaporkan akan terus menetap di Australia selepas ini. Sebelum disatukan sebagai suami-isteri, Gerald terlebih dahulu melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.
Untuk makluman, Salamiah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia.
Sudah menjadi fitrah seorang wanita yang suka bercantik-cantik dan mahu
memakai perhiasan diri. Ia termasuk suka mengumpul barang emas.
Antaranya tentang barang kemas yang disalur chrome putih. Rekaanya cantik dan menjadikan ia lebih elegan.
Namun walaupun telah disalur chrome putih, nilai emas tidak langsung susut.
Ilmu ini tidak semua orang tahu, malah menyebabkan ada segelintir peniaga kedai emas menawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas itu kononya tidak mempunyai nilai.
Sebagaimana penerangan oleh wanita ini yang menjelaskan bahawa ada penipuan dikalangan penjual mengunakan cara begitu.
Emas chrome putih itu sama nilai dengan emas kuning.
Meninjau diruangan rata-rata warganet berkongsi kisah. Ada yang tidak mengetahui bahawa nilai emas berkenaan sama dengan emas kuning. Ada juga yang sudah mengenai hal berkenaan.
Umum mengetahui Farah Lee sebelum ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pendidikan Kanak Kanak di University of Leeds, United Kingdom.
Mengharungi segala dugaan dan cabaran untuk mengejar impiannya, akhirnya segala penat lelahnya berbaloi.
Ibu kepada cahaya mata perempuan, Maream Esabel sebelum ini pernah membawa anaknya bersama ketika melanjutkan pengajian. Walaupun sudah berpisah dengan bekas suaminya, Ally Iskandar, namun hubungan mereka tetap berjalan dengan baik dan masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.
Farah sering berkongsi perkembangan terbarunya di media sosial termasuklah kisah anaknya serta bisnes yang diusahakan. Malah, dia juga rajin berkongsi tip kekeluargaan mahupun isu semasa.
Terbaru, Farah berkongsi beberapa keping gambar dan video ketika dia membawa Maream ke Majlis Graduasinya. Mengucapkan rasa syukurnya ke hadrat Allah, kejayaan ini adalah kejayaannya bersama anak tersayang.
Meluahkan rasa menerusi kapsyennya itu, akui Farah Lee apa yang dikecapi tersebut adalah hasil kesabaran dan sokongan daripada anak tunggaknya itu.
Walaupun ketika mereka menjejakkan kaki di Leeds Maream masih terlalu kecil, Maream sangat memahami dan banyak membantu Ommanya, .
dianaamir MashaAllah congrats!!! 🥳🥳 and congrats too Maream, u must be a very good girl and a superkid to have a supermom like yours 😘
dratiyahazmi Congratulations Farah. May Allah protect you and Maream always. Bless you with all the hasanah in this world and the hereafter. I’m a proud fwen. 😢
rnadiasabrinaMasyaAllah tabarakallah 😍😍😍 Congratulations Farah 🙌🙌🙌👏👏👏 Proud of you ❤️❤️❤️
abbyfana Why do i have tears in my eyes & smiling at the same time!! alhamdulillah tabarakallah congrats farah & maream…its been quite a journey for both of you…may Allah bless u both continously with happiness, grant success in your life of this dunya & hereafter 🤲❤️
joannasohofficial Seriously, so so proud of you! 🙌 You’re such a strong and inspiring role model to your daughter, and she will certainly grow up to be just like you. 🥰🥰 she will remember this beautiful moment for the rest of her life..
izzah277 Matangnya maream…bnyk yg dilalui nya…she’s so good girl…❤️u maream
ielalola Alhamdulillah. Congratulations super mom of Maryam❤️❤️❤️
noorcway3 Congrats to both mom & dotter…. Sapa lah yg bakal beruntung dpt package “2” ni😍….
bedaraofficialAlhamdulillah, tahniah Farah and Maream as well, may Allah give u two with lots of happiness in dunia and akhirah, insyaAllah 🤲