Ain Edruce dan suaminya Amirul Hafiz semalam berkongsi berita gembira apabila bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya tanpa mendedahkan wajah dan jantina bayi mereka.
Namun, dalam perkongsian tersebut, Ain sempat berkongsi gambar-gambarnya yang berada di dalam wad bersalin hampir berbelas jam lamanya demi melahirkan cahaya mata sulung.
Hari ini, Ain dan suami akhirnya mendedahkan yang mereka menimang cahaya mata perempuan.
Bayi dengan berat 2.79 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya
“Ain awalnya meneka akan melahirkan anak lelaki, manakala suami pula menebak anak sulung kami jantina perempuan.
“Nampaknya tekaan suami saya yang betul. Apapun jantina, saya dan suami menyambut tanda cinta kami ini dengan penuh kesyukuran,” katanya
Alhamdulillah.
Welcome to the family. The long waited. Mummy and daddy love you❤️
Mummy teka boy, daddy teka girl… nampak nya daddy menang ini kali. 😜
👶🏻👶🏻👶🏻
“Memang kalau cakap dah jadi ibu, saya sendiri rasa macam di awang awangan. Tapi semestinya saya dan suami mengharapkan rumah tangga kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung.
“Harapnya tanggungjawab baru ini akan saya pikul sebaik mungkin. Insya-Allah,” ujar Ain lagi kepada Berita Harian.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis dan juga pengikutnya di instagram. Masing-masing mengucapkan tahniah atas kelahiran tersebut.
Sumber: ainedruce