
Antara fail penting kami sekeluarga. Nampak tak penting sekarang, tapi akan jadi sangat2 penting jika berlaku kematian (bila-bila saja boleh berlaku). Pesan kat pasangan dan anak, apa2 jadi semua dokumen ada dalam fail ni.
Antara isi kandungan file:
1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Saya standby buat 10 keping setiap salinan
2. Salinan sijil nikah
3. Salinan sijil kematian ahli keluarga
4. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris
5. Senaraikan aset (Geran rumah, geran kereta, geran tanah, geran rumah-kedai, emas dan lain2)
6. Nota Hutang / loan bank.
7. Polisi2 takaful yang kita ada (Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah , jumlah pampasan hibah dan nyatakan nama agent untuk dihubungi)
8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank.
9.Senaraikan maklumat KWSP,Tabung Haji, ASB, Share-holder, saham, unit trust, fixed deposit dan lain-lain
Muhammad Fathi
🙂 Satu je belum ada dalam fail ni, iaitu sijil mati diri sendiri. Bersedia atau tak, mati itu pasti. Senang macam mana pun kehidupan kita, dunia letak di tangan sahaja jangan di hati.
Orang2 yang hutang dengan kita and tak reti nak bayar perlu ke eh kita senaraikan nama diaorang dalam ni
Sumber: Ismi Sabiha
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Gagal Untuk Berjaya, Dr Ini Alami Kemurungan. Tapi Ini Sokongan Yang Datang Salah Satunya Isteri Tersayang. Inspirasi Kisah Ini.

Kejayaan hidup seseorang tidak akan datang bergolek tanpa susah payah. Begitu dengan kehidupan seorang doktor ini, Rashdan Mohamed yang berkongsi kisah inspirasi bahawa untuk kejayaan itu perlu sokongan moral orang disekeliling termasuk keluarga. Jauh disudut hati beliau juga bersyukur mempunyai isteri yang begitu memahami perjuangan untuk terus menempa kejayaan.
Malah kata-kata mutiara yang terkesan yang boleh dijadikan inspirasi kepada kita adalah, kata-kata iaitu ” Permata itu terhasil dari tekanan tinggi (diamond was formed from intense pressure)” yang menjadi pegangan kepada dirinya kini.
Barangkali, kisah ini akan menjadi inspirasi kita untuk berjuang dalam kehidupan yang sukar ini sejak penularan covid-19, bahawa tekanan itu akan menjadikan kita menjadi lebih kuat untuk terus mengharungi kehidupan. Apa yang pasti, setiap masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya. Carilah sokongan untuk mencipta kejayaan mengikut acuan kita. Moga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita turut meneruskan kejayaan dalam hidup.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kejayaan yang tertangguh
Antara hikmah kisah dan ibrah “kegagalan”
10 tahun lepas, aku masih lagi bergelar doktor pelatih Sarjana Pediatrik tahun 3 (3rd year MPaeds), belum jadi pakar.
Tatkala “warkah muka buku” (seperti di gambar) ini ditulis, aku baru gagal peperiksaan (percubaan pertama). Kemudian, sekali lagi gagal (percubaan ke-dua) selepas 6 bulan.
KECEWA DALAM DIRI
Ketika itu, aku nekad untuk berhenti (quit master programs). Aku hampa. Aku malu. Dan, aku juga sedar, mungkin aku tidak cukup bagus. Aku tidak layak. Aku tidak cukup pandai. Dan aku salahkan diriku ditahun 2008, kerana memilih untuk melanjutkan pengajian sarjana. Aku patut sedar diri, orang kampung macam aku, tak bagus berbahasa English, sepatutnya tak sambung sarjana. Sesal, sakit hati, perit, aku jatuh ke dalam “pasir jerlus” (quicksand) perasaan yg mendalam. Struggle untuk keluar, semakin tertarik ke dalam kemurungan. Aku menjauhi orang lain. Dan, sesungguhnya aku memang nekad berhenti masa itu.
Namun, ramai yg datang menghulur tangan, dan bantuan. Menarik aku keluar dari pasir jerlus itu. Tanpa mereka, aku tidak mampu berada di tempat yg Allah telah janjikan ini. Bergelar Pakar Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi.
Tatkala depresi itu, ramai rakan yang bantu ambil alih kerja dan amanah aku. Cover ward round. Cover oncall. Aku ambil cuti panjang, berjuang dlm perasaan sendiri. Cuba bangkit, dan asyik gagal. Namun, ada 4 insan yg berjaya membawaku pulang dan kembali ke landasan.
SOKONGAN MULA DATANG
Pertama, almarhumah emak. Tak tahulah berapa liter air mata. Berapa jam beliau sujud meminta dari Yang Esa, diatas sejadahnya. Namun, (bagi semua ibu), tiada hijab antara doa kalian dgn Allah. Sesungguhnya, aku bersyukur atas nikmat ber-ayah dan ber-ibu, dan sedih dan rindu yg sekarang tanpa keduanya.
Kedua, bidadari hatiku, isteriku yg satu. Benarlah, disisi setiap lelaki itu, ada wanita yg lebih kuat menyokongnya. Berkorban untuk aku. Jaga anak-anak. Sediakan semuanya. Teman aku belajar. Bertahan ketika amarah dan murung.
Ketiga, almarhumah Prof Fatimah Harun. Siapa graduan Uni Malaya, pasti kenal beliau. Kerap menghubungiku untuk masuk kerja. Akhirnya aku akur. Bertemu beliau. Malah beliau berikhtiar untuk mencabar keputusan yg menggagalkan aku, kerana merasakan aku teraniya. Aku mohon untuk tidak memanjangkan hal tersebut dan merasakan aku memang belum layak dan bersedia, untuk berjaya. Kata semangat dan pedoman darinya, membawa aku ke tahap sekarang.
Keempat, sahabatku yg sama-sama gagal, kecundang kali kedua, beliau telah jadi pakar besar sekarang di hospital swasta. Bro, ko kenal siapa ko, dan terima kasih, ajak aku untuk cuba yg ke tiga, tatkala aku merasakan, cukuplah peritnya kecundang kali kedua. Nama, aku rahsiakan. Antara dia dan aku sahaja.
Ramai lagi yg membantu. Tak terucap nama mereka. Tak terbalas budi baik mereka. Semua yg di UM telah berjasa kpdku. Kakak senior yg ambil mock exam untuk latih aku. Profesor yg ambil kelas tambahan untuk bantu aku. Nasihat dan panduan, seni menjawab, naikkan kembali keyakinan. Adik junior yg tolong cover kerja. Kalian, seumur hidupku, terhutang budi pada kalian, hanya Allah mampu membalasnya.
Antara nasihat yg aku terima adalah, ” Permata itu terhasil dari tekanan tinggi (diamond was formed from intense pressure)”. Kata-kata yg aku pegang sehingga kini.
DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH & MUHASABAH DIRI

Dan, aku mula kembali kepada Allah, sebagai hamba. Cuba dekatkan diri kepadanya. Mulai rendah diri. Mulai muhasabah diri. Dan aku anggapkan ianya perjalanan rohani. Bersangka baik pada Allah atas ujian yg diberi (amat sukar sebenarnya, sebab tatkala itu tidak nampak sebarang hikmah atas kegagalan). Siapa yg kenal aku sebelum 2010, pasti tahu perangai ego aku, grandiosity aku. Sebab itu, aku selalu berkata, Allah tutup aib aku, jika digali pasti ditemui, sisi yg dibenci.
JANGAN PUTUS ASA
Tuan-puan, dari kisah ini, aku belajar banyak perkara:
Depresi / kemurungan itu nyata (Depression is real)
Dapatkan (dan hulurkan) bantuan
Perlu ada sistem sokongan
Doa doa doa, kembali kpd Allah, bertawassul atas amal baik, InSyaAllah Allah permudahkan
Kegagalan dan cabaran, awalnya tak nampak hikmah, tetapi kemudian, kita akan benar-benar beriman, sesungguhnya, Allah jualah sebaik perancang
Sesungguhnya, syurga itu dipenuhi pendosa yg bertaubat, bertaubahlah, tatkala masih ada peluang
Aku masih rakyat marhaen, tiada istimewanya. Masih di kementerian, kerana aku rasa nilai, perjuangan dan fungsi aku di sini, lagi. Cuba bantu pelatih-pelatih, doktor baru, untuk beri perkhidmatan, yg di mataku, adalah fardu kifayyah kami. Moga dipermudahkan
Untuk adik-adik dalam sarjana, PhD:
Ada antara kalian, teruji ketika pengajian sarjana atau PhD. Abang Dan pun sama. 5 tahun sarjana muda. 5 tahun sarjana. 4 tahun 9 bulan subkepakaran. Abang Dan bukti yg lejen ini bukan pass exam pertama kali, tetapi lejen itu, yg bangun bangkit berkali-kali (walaupun abg sentiasa titipkan doa kalian tidak melalui proses ini, harapnya terus berjaya pertama kali. First attempt is still the best attempt).
COVID-19 dan norma baru, pasti ada cabaran baru. Dengarnya, peperiksaan Master semua tangguh (khabar angin). Percayalah, ada hikmah di sebalik semuanya. Doa dan hati abang bersama kalian.
Nak cerita pasal master, setiap orang ada kisahnya, Ada yg keguguran. Ada yg perkahwinan terancam. Ada yg depresi. Ada yg berkorban anak dan orang tua. Ada macam-macam. Tinggal lagi mereka tak tulis dan zahirkan. Panjang kisah hari ni, tak boleh lukis dan pendekkan..
Ingatlah, ianya bukan kegagalan, sekadar “kejayaan yg tertangguh”. Cabaran itu pasti. Dan setiap kesusahan, pasti ada kemudahan. Itu pun janji yang pasti.

Sumber: Rashdan Mohamed
Garis Panduan Ibadah Di Masjid & Surau Dah Siap. Hanya Tunggu Arahan Kerajaan

Keputusan sama ada aktiviti di masjid dan surau dibenarkan adalah bergantung kepada garis panduan yang disediakan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan tersebut telah pun siap dan sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 30 April (Khamis) yang lalu.
Menurut Dr Zulkifli, garis panduan berkenaan telah disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
Sementara itu, Dr Zulkifli turut memberitahu bahawa pembukaan masjid dan surau kemungkinan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini tetapi ianya tertakluk kepada keputusan kerajaan terhadap garis panduan yang disediakan. Tetapi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini berlangsung, segala aktiviti di masjid dan surau masih lagi tidak dibenarkan.
Bagi menjawab pertanyaan adakah wujud kemungkinan ia dilaksanakan dalam masa terdekat, ini jawapan Dr Zulkifli.
Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bukan itu sahaja, kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sangat penting sebelum membenarkan pembukaan semula rumah ibadat ini. Menurut Dr Zulkifli, sekiranya garis panduan ini diluluskan oleh kerajaan tetapi ianya masih perlu pertimbangan oleh pihak berkuasa di setiap negeri.
Sumber: Harian Metro
Resipi Peria Goreng Homemade Yang Sedap, Rangup & Tahan Lama. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Cukup Mudah!

Kalau sebut je peria pasti ramai yang membayangkan rasanya yang pahit. Tapi sebenarnya pahit itu ubat.
Nak hilangkan rasa pahit tak susah mana pun. Jom cuba buat Kerepek Peroa Homemade. Memang sedap, crunchy dan pedas-pedas tepung tu membuatkan satu keluarga menggemarinya.
Layan Kerepek Peria ni memang best. Nak nak lagi tengah menonton , memang tak terasa kejap je dah habis.
Jom cuba resipi dari puan Hasnita Namat ini.
Hai semua..
Assalamualaikum,x jawab dosa tau..
Harini kita msak ,
KEREPEK PERIA🐸🐸..
Buat kudap2 sambil mnonton,
makan dgn nasi pon sedap..
Cara2 nak buat,cikta dah siap tulih d stiap gmbar…Selamat mencuba.
Cara membuat:
- 3 kilo kite borong peria harini..Peria katak ye..🐸🐸..siap di basuh n ditapis
2. sagat peria tu cikit,pstu korek guna blakang sudu..buang biji2 nye..maka jadilah melopong mcm ni..😲😲😲
3. nii dah siap disagat dengan sempurna…
4. Masukkan dalam bekas untuk sekali goreng,isi tepung ,tutup bekas,goncang kasi rata itu tepung pada peria tau,pastu terhasil macam ni.
5. Gorengkan dalam minyak yang panas..macam goreng pisang tuuu…lupe nak snap gmbar mula2,ni dah last2.
6. Ni lah tepung2 nya…beli 2 jenis,campurkn..yang pedas tu,pedas bebenau..tp,cikta tambahkn tepung beras sikit..sebab nak kurangkan rasa masin
7. Kerepek Peria dah siap…