“Nampak Sekejap Pun Jadilah..Cer Teka Siapa tu?” Gelagat Aeril Zafrel Masa Kuarantin Kendiri Mencuit Hati Warganet

Share

Umum mengetahui bahawa pelakon dan usahawan Aeril Zafrel telah di sahkan positif Covid-19.

Menerusi  memuat naik video di laman Instagram mengakui dirinya dijangkiti virus bahaya tu. Aeril kini kuarantin kendiri di rumah.

Terbaru, isterinya, Wawa Zainal dan keluarga lain keputusan ujian negatif Covid-19 yang dimaklumkan menerusi Instagram milik Wawa.

Bagaimana pun dalam tempoh kuaratin pastinya perlu mematuhi SOP yang ketat mengelak jangkitan kepada ahli keluarga yang lain.

Begitu juga dengan Aeril yang memastikan dirinya tidak berada berdekatan dengan ahli keluarganya.

Menerusi muat naik video jelas mengambarkan Aeril berada di dalam bilik, namun apa yang menarik perhatian apabila rakaman isterinya yang memasuki bilik dengan berpakaian lengkap nyah kuman.

“Nampak sekejap pun jadilah. Hehe macam pocong dah . Cer teka sapa”

Menurut isterinya sebelum suaminya kuarantin kendiri di rumah, segala kelengkapan telah diambil namun terlupa beberapa helai pakaian sehingga memaksanya memasuki bilik suaminya namun dengan berpakaian lengkap nyah kuman.

“Sblm naik mcm2 benda nak ambil pencuci muka . serum ubat2an..sekali da naik lupa semua benda baju je sempat capai panas pakai ppe suit tu.”- Wawa

SEDIH TAPI LUCU

Gelagat ini ini turut mencuit hati warganet apabila melihat Wawa berpakaian suit ala PPE yang mengunakan plastik seakan plastik sampah.

“Inikah yg dinamakan sedih berbaur lucu

“Mula2 igtkan hantu.. Sbb xbaca, rupanya boss wawa

‘Hahahah ini versi hitam sllu putih kan..comel lah

“Nak sedih, tp nak tergelak pun ada.. Hahaha,” antara komen warganet

Sumber: aeril_zafrel