Siapa yang tak suka coklat kan? Sedap yang teramat. Coklat berkhasiat mengandungi lemak sihat, serat, zat besi, magnesium dan zink tapi ia juga mengandungi kafein dan perangsang lain yang memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak dan sistem saraf.
Menurut perkongsian Dr Amalina Daud, anda mungkin perlu menangguhkan pemberiannya kepada bayi sehingga mereka berumur sekurang-kurangnya satu tahun.
Secara berlebihan, kafein boleh mengurangkan selera makan, kegelisahan, menjejaskan tidur, memburukkan refluks. So yeahh lets wait until 1 year old at least.
Ads
Coklat juga tinggi kandungan gula. Jadi pilih coklat gelap kerana ia mempunyai lebih sedikit gula. Dark one juga mempunyai antioksidan tinggi dan sebatian tumbuhan yang memberi manfaat kepada jantung, otak, sistem saraf dan kesihatan
Untuk mengurangkan gula, tambahkan percikan susu ke dalam minuman coklat yang anda beli dalam kotak. Atau anda boleh membeli serbuk coklat gelap anda dan menghasilkan minuman coklat buatan sendiri.
Ads
Gula-gula dan bar coklat mempunyai bahaya tercekik. Jadi berhati-hati berikan kepada anak-anak.
Produk coklat biasanya mengandungi atau diproses dengan alergen lain seperti susu, soya, kacang pokok, bijan, gandum dan telur. Jadi berhati-hati jika bayi anda mempunyai alahan kepada alergen ini.
Ads
Jadi adakah anda telah mencuba memberikan coklat kepada anak-anak anda. Kongsi dengan saya pengalaman anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rutin harian Nur Farizan Mat Ghani, 31, bangun seawal jam 3 pagi setiap hari untuk mengejar kereta api seawal pukul 4 pagi dari Tanah Merah menuju ke Dabong, Kelantan.
Itulah yang perlu dilalui Nur Farizan setiap hari untuk menaiki kereta api setiap hari ulang alik ke sekolah. Semuanya kerana ingin mencurahkan ilmu kepada anak bangsa yang tinggal di kawasan pedalaman.
Selepas lebih tiga jam membelah keheningan pagi, guru pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan(SK) Kuala Geris itu akhirnya tiba di sekolah pada pukul 7.30 pagi untuk memulakan tugas sebagai pendidik.
Suami Seorang Guru
Suaminya yang juga seorang guru di kawasan pedalaman di Sarawak, Mohd Khairul Izzuddin Shaari, 30, mengakui tidak lagi sanggup berjauhan dengan Nur Farizan dan anak mereka yang baru berusia empat bulan.
“Jarak 150km pergi, 150km balik. Itulah rutin isteri saya setiap Ahad hingga Khamis dan dia akan sampai di rumah semula sekitar pukul 8 malam.
“Isteri saya terpaksa berulang alik kerana dia masih menyusukan bayi lelaki kami. Cuma, semasa hamil dulu, dia tinggal di asrama sekolah bersama murid-murid,” katanya ketika dihubungi mStar Online selepas postingnya di Twitter meraih perhatian netizen.
Hati suami mana yang tidak sayu apabila melihat isteri tercinta terpaksa berkorban masa dan tenaga sehingga memudaratkan diri sendiri demi melaksanakanan tanggungjawabnya sebagai guru.
Tambah guru Pendidikan Seni di SK Long Palai, Baram itu, dia semakin bimbang apabila isterinya sering mengadu tertekan kerana tidak cukup rehat dan kurang masa untuk memberi perhatian kepada anak mereka.
“Tiada pilihan lain selain naik kereta api ke sekolah sebab kalau nak memandu seorang diri memang bahaya. “Kuarters guru pula penuh dan persekitaran untuk menyewa rumah di kawasan berdekatan pula tidak selamat. Dia sampai tiada masa nak bersama dengan ‘baby’ kerana terlalu penat.
“Jadi, dia terpaksa tinggal dengan ibu bapa mertua di Kota Bharu. Kadang-kadang dia ‘depressed’ untuk uruskan semuanya sendiri,” ujar Mohd Khairul Izzuddin lagi.
Menurut guru yang berasal dari Setiu, Terengganu itu, dia tidak mengharapkan untuk dipindahkan ke sekolah yang sama dengan isterinya, namun sudah cukup jika dapat berkhidmat di Semenanjung.
“Dapat pindah Semenanjung pun jadilah. Sekurang-kurangnya kalau ada kecemasan atau jadi apa-apa, saya boleh sampai dalam masa sehari.
Saya Tidak Mahu Anak membesar Tak Kenal Ayah
“Bayangkan, macam mana saya nak balik jenguk anak isteri kalau saya sendiri nak keluar pun kena naik kereta pacuan empat roda selama hampir lapan jam ikut jalan balak untuk ke Miri?,” katanya yang sudah tiga tahun mengemukakan permohonan ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pasangan guru ‘duka lara’ itu pernah mengajar di sekolah sama iaitu SK Long Palai pada 2017, namun Nur Farizan menerima surat arahan untuk dipindahkan ke Kelantan pada penghujung tahun sama.
“Saya tak nak anak membesar tak kenal ayah dia. Saya harap sangat pihak KPM buka mata isu guru ‘duka lara’ ni. “Sebab situasi ni boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius. Macam kemurungan, malahan ada yang bercerai disebabkan masalah ini,” katanya mendirikan rumah tangga pada 2017.
Sumber: Mstar Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka mengemis pun boleh jadi kaya! Meraih sempati orang ramai dengan pakaian yang lusuh serta perwatakan yang kusut masai adalah antara ciri-ciri seorang pengemis.
Tidak nafikan golongan ini yang hidup dibelenggu kemiskinan mampu meraih pendapatan yang lumayan dengan simpati orang ramai.
Walaupun ia suatu perbuatan sosial yang tidak digalakkan, namun ia tetap mengundang simpati. Barangkali ada sebab tersendiri yang tidak mampu kita rungkai.
Tidak dinafikan kehidupan golongan ini dikatakan daif, namun ada juga hidup sebaliknya.
Sebagaimana kisah dari luar negara ini, memberikan gambaran bahawa mengemis bagaikan suatu ‘kerjaya’ untuk meraih kekayaan.
Menurut laporan Gulfnews, Chhotu Baraik, bahawa lelaki kurang upaya berusia 40 tahun ini mendedahkan kehidupannya yang berjaya meraih RM2K sehari serta memiliki kedai perabot dan 3 isteri.
“Pada mulanya, saya berusaha keras untuk memenuhi matlamat hidup saya, tetapi kemiskinan terus menghantui saya seperti bayang-bayang, jadi saya memilih untuk memohon dan memperoleh banyak wang, maka saya melabur ke dalam perniagaan untuk memperoleh keuntungan yang baik,” katanya.
Duit hasil mengemis buka kedai jaul perabot
Pada waktu pagi, Baraik mengemis dan berjaya meraih jumlah wang kira-kira RM1,889. Wang yang diperolehinya itu kemudian dilaburkan kesemuanya ke dalam perniagaan.
Hasilnya, dia kini berjaya membuka kedai menjual perabot sendiri dan mendapat pendapatan sebanyak RM62,000 sebulan! Menurutnya lagi, perniagaan tersebut kini dijaga oleh salah seorang isterinya (dia memiliki 3 orang isteri).
“Isteri pertama saya menjalankan kedai perabot, dan pendapatan dari perniagaan mengemis dan pemasaran diagihkan sama rata antara dua isteri saya yang lain, jadi tidak ada pertikaian di antara mereka,” katanya.
Tidak akan berhenti mengemis
Beliau juga memberi tahu tidak berhasrat untuk berhenti mengemis walaupun telah berjaya membuka kedai perabot.
Lazimnya waktu pagi, Baraik akan mengemis dan berpenampilan selekeh. Tetapi pada waktu malam pula, dia akan berubah secara drastik dengan mengenakan pakaian sut dan tie serta membawa peranan sebagai seorang bos.
Siapa sangka penggambaran filem Mat Tudung 2, menjentik hati isteri pelakon Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia untuk berhijab. Hidayah itu milik Allah, siapa sangka tudung Neelofa itu menjadi asbab untuk Almy Nadia berhijab.
Kebetulan tudung yang digunakan untuk penggambaran tersebut mendapat tajaan dari pelakon dan usahawan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.
Fizz Fairuz memberitahu kepada Majalah Keluarga bahawa untuk Filem Mat Tudung 2, telah mendapat tajaan tudung daripada Neelofa.
Tudung tajaan itu digunakan untuk watak dalam filem berkenaan. Katanya lagi, ketika menggunakan tudung untuk penggambaran, Almy ada memuji tudung Neelofa tampak cantik dan ingin memakainya.
Namun Fizz memberitahu bahawa tidak menyedari niat isterinya ketika itu. Namun tak sangka ia menjentik hati isteri kesayangannya untuk berhijab.
“Sejak Almy bertudung ni belum ada kesempatan lagi membeli tudung. Tudung untuk filem yang ditaja oleh Neelofa, Almy yang pakai,” ujarnya spontan mengenai penampilan baru Almy.
Katanya lagi, sepatutnya tudung tajaan tersebut harus dipulangkan. Namun Neelofa memberikan ia sebagai hadiah buat isterinya . Neelofa meluahkan rasa syukur dan memberi kata-kata positif dengan perubahan rakan artisnya.
Tidak Paksa Berhijab
Dalam pada itu, Fizz Fairuz mengakui bahawa tidak pernah memaksa isterinya untuk berhijab.
“Saya tak memaksa dia untuk memakai tudung. Cuma ada hari tu katanya, ‘If i pakai tudung ok tak?’. Saya cakap ‘up to you’. Ia bukan paksaan.”
Namun sebagai suami dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat isterinya.
“Dah cukup masanya memakai tudung. Dah sampai panggilannya tu. Saya berdoa mana yang terbaik buatnya.”
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.