“..Nampak Sama Macam Ashraf” Bakal Masuk High School, BCL Bangga Dengan Noah!

Share

Meskipun sudah dua tahun pemergian pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair, namun namanya masih lagi disebut dan masih lagi terasa ada.

Pemergian Ashraf pada tahun 2020 lalu meninggalkan isteri yang juga pelakon dan penyanyi dari negara seberang iaitu Bunga Cinta Lestari atau mesra dipanggil BCL dan seorang anak iaitu Noah Sinclair yang kini berusia 12 tahun hasil perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian video di laman Instagram BCL, difahamkan dia telah meluangkan masa dengan menghadiri satu majlis graduasi puteranya yang baru saja tamat pengajian sebagai pelajar sekolah rendah.

“Congratulation Noah.. I am really proud of you (Tahniah Noah.. Saya sangat bangga dengan awak)”, tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam majlis itu juga, Noah dilihatkan membuat persembahan bersama rakan-rakannya di atas pentas dan menggalas tanggungjawab sebagai wakil untuk memberikan ucapan bersempena dengan hari graduasi mereka.

Bukan itu saja, riak wajah BCL juga menjadi bualan peminat di bahagian komen dengan mengatakan mereka turut berbangga bahawa Noah telah tamat pelajaran di sekolah rendah dan akan menjadi pelajar sekolah tinggi dalam dua minggu.

Tengok muka BCL, aku pun terikut rasa sebak, sedih. Tak tahu lah kenapa.

Bangga BCL ada anak berbakat. Ashraf mesti bangga tengok kejayaan Noah sekarang. Selamat belajar di high school ya!

Sumber: Instagram @bclsinclair via ohbulan