Nampak Remeh Tapi Ini Sebab Kenapa Rezeki Rumah Tangga Sempit. Salah Satunya Pengotor.

Share

Kehidupan berumah tangga tidak dapat lari dari menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Baik dalam hal hubungan suami isteri, anak, kerjaya dan termasuklah juga kewangan.

Kadang-kadang kita terlepas pandang hal remeh yang sebenarnya itu punca kenapa sukar sekali rezeki nak masuk.

Firdaus Mokhtar berkongsi pandangan dan punca kenapa rezeki rumah tangga sempit. Moga bermanfaat untuk semua!


Tempoh hari kita dah bercerita tentang cara untuk rezeki murah rezeki dalam rumahtangga. Kadang bila kita buat, tak jadi juga.

Rupanya dalam kita amalkan tips kebaikan, kita selalu juga buat perkara yang menjauhkan rezeki. Ini sebab kenapa rezeki mahal.

1. Lupa tanggungjawab kepada ibu bapa.

Iya kawan-kawan, ibu bapa ini sumber keberkatan hidup kita. Terutama sudut rezeki kita. Saat kita melupakan mereka, percayalah akan ada 1 dinding hijab yang menjadi penghalang untuk rezeki terus laju kepada kita.

2. Kedekut.

Allahu. Kedekut ini boleh jadi dalam macam-macam keadaan. Terutama kedekut bersedekah. Kalian, tak banyak kita bagi sikit. Tak selalu, sekali sekala pun ok. Yang penting tidak kedekut.

3. Putus silaturrahim dengan adik-beradik.

Kadang kita macam tak percaya ada adik beradik yang dah tak berhubung sesama mereka bertahun-tahun. Kan?

Namun ramai dalam masyarakat kita berlaku macam itu. Punca selisih faham akhirnya bergaduh. Tak nak mengalah. Sudahnya buat tak peduli sama sendiri, hidup berjauhan dan melupakan.

Kawan-kawan, ini mengundang kemurkaan Tuhan. Rezeki mana yang akan masuk?

4. Pengotor.

Ini pun bahaya. Kotor hati, suka melayan perasaan yang tak elok. Mengundang syahwat kepada yang bukan mahram. Kotor akal, fikir yang bukan-bukan. Juga mengundang syahwat yang haram.

Cakap kotor, mencarut dan suka menghina orang lain. Kalian, kelemahan orang lain ujian buat mereka. Kita bantu untuk membina, bukan menghina.

Young couple arguing

5. Solat bersahaja atau ala kadar.

Solat inilah perantara kita dengan Tuhan yang memberikan kita rezeki. Bila kita ala kadarkan solat, rezeki kita juga akan ala kadar.

Bukanlah sifat Tuhan itu berdendam dan membalas perlakuan kita. Tapi tidak layaknya kita menerima rezeki yang banyak kerana seolah mempermainkan solat yang sungguh mulia.

Kawan-kawan yang baik;

Jika ubat kita gaul dan makan sekali dengan racun, nescaya racun yang akan memberi kesan kepada diri kita.

Begitulah jika kita melakukan amalan kebaikan yang dalam masa sama kita tak tinggalkan kejahatan, mana mungkin manfaat kebaikan tadi kekal bersama kita.

Maka hindarkan semua kejahatan. Moga rezeki kita sentiasa murah dan berkat.

Sekian.

Firdaus Mokhtar,
Memburu berkat.