Nampak Remeh Bab Pemakaian Tapi Penting Sangat Untuk Mudahkan Urusan Ketika Terima Vaksin. Sila Takenote!

Share

Sebelum ini media ada melaporkan pengguna MySejahtera telah boleh mula membuat pendaftaran untuk menyertai Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan sejak 23 Februari lalu menerusi aplikasi itu. Bagi mereka yang telah mendaftar, temujanji akan diberikan kelak dan sebelum anda melangkah kaki ke hospital, ada baiknya hadam terlebih dahulu dari aspek pemakaian bagaimana yang paling disarankan agar ianya nanti memudahkan lagi proses suntikan vaksin diberikan.

Hakikatnya, soal berpakaian untuk ke klinik atau hospital ada yang menganggap ianya perkara  remeh tapi sebenarnya cukup membantu memudahkan urusan anda dan pegawai kesihatan. Nak tahu lanjut. Ikuti perkongsian ini.

Proses pendaftaran untuk menerima vaksin 

Perkara ini nampak remeh tetapi sangat penting untuk memudahkan urusan semasa pengambilan vaksin!

Bayangkan jika anda hadir ke pusat pengambilan vaksin dengan kebaya ketat dengan tudung lilit 360’ serta pin berjurai, pasti sangat sukar dan perlu mengambil masa yang lama untuk anda mendedahkan bahagian bahu untuk menerima vaksin.

Untuk lelaki, anda mungkin terpaksa mendedahkan dada bidang jika mengenakan kemeja lengan panjang yang ketat.

Untuk Lelaki/ wanita

Pilih pakaian lengan pendek yang longgar dan selesa. T shirt/ kemeja atau t shirt polo lengan pendek yang sesuai

ARTIKEL MENARIK : Kerap Makan Hot Dog Punca Jejaskan Kesihatan. Sila Takenote Perkongsian Dr. Ni!

ARTIKEL MENARIK LAGI : Anak Letih Balik Sekolah Dr. Ni Pesan Buatkan Jus Ni Sebagai Cara Nak Bagi Kembali Cergas. Kena Buat!

Untuk wanita berhijab

Rancang untuk mengenakan pakaian 2 lapis dengan 1 pakaian longgar lengan pendek di bahagian dalam dan kardigan lengan panjang di bahagian luar.

*Jangan bimbang, bilik suntikan untuk wanita adalah berasingan dengan lelaki

 Sumber : Public Health Malaysia

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club