Mendidik anak tentang ilmu berniaga tidak semestinya diajar secara serius, malah apa yang dilakukan oleh seorang ayah ini menarik juga untuk dipraktikkan.
Jom semak.
CARA AJAR ANAK BERNIAGA
Anak saya Luqman ni baru umur 1 tahun 8 bulan. Saya sedang bina satu perniagaan untuk beliau. Dia ni minat main masak-masak, so saya tanya Luqman tadi. Luqman nak jual tak makanan Luqman?
Dia cakap NAK!
Maka HERO pun beraksi! Zupzapzupzap. Tak sampai 5 minit siap sebijik gerai makan Luqman ni.
Maka saya pun snap gambar ni send ke Group Family, cakap Luqman sedang berniaga, please support.
Tak sampai seminit penuh la pak sedara, mak sedara, tokma, tokwan dia turun bawak duit datang nak beli makanan Luqman ni.
Maka ruih rendah la gerai budak ni, sampai dia pun tak menang tangan. Yang sebelah tu pekerja Bangla dia baru hire. Sebab ramai sangat customer.
Nampak macam simple dan main-main je kan aktiviti ni. Tapi dia bagi banyak gila manfaat pada anak-anak kita :
1. THE VALUE OF MONEY
Antara nya ialah dia mengajar anak kita dari awal lagi the value of money. You have to earn money, u have to give value to get money.
2. AJAR PENGURUSAN WANG
Dari kecil kalau anak kita faham pengurusan wang, besar nanti dia InsyaAllah takkan ada masalah kewangan. Sediakan tabung perniagaan pada anak anda, itu buat modal awal. Pastu minta adik beradik atuk nenek dia beli contoh jual gula-gula. Duit untung semua simpan, then ajar dia rolling duit modal. Bawa pergi kedai beli stock.
Bagi dia rasa setiap hari untung dia bertambah bertambah. Duit modal kekal. Bila modal dah besar tambah product lagi, jual roti pula. Value tak perlu besar-besar, jual seposen dua posen je. Yang penting dia faham dan alami konsept nya tu.
3. FAHAM SELOK BELOK PERNIAGAAN
Bila dah 2,3 hari berniaga, ajar anak anda cara layan pelanggan dengan betul. Adab-adab ni dia akan bawa dalam kehidupan seharian. Percaya lah anak anda akan jadi orang yang sangat matang dengan sangat cepat.
4. MENGHARGAI WANG
Bila mereka mula rasa EARN MONEY atas usaha sendiri, mereka akan mula lebih menghargai duit. Percaya la, mereka takkan minta permainan pelik-pelik dah.
Kita ajar la diorang, duit untung separuh simpan, lagi separuh nak belanja beli coklat ke mainan ke boleh. Sesekali bila pergi la beli barang jualan mereka dengan kuantiti banyak. So dia untung lebih. Hasil untung tu bawa dia beli mainan reward diri sendiri.
5. AJAR CHARITY
Akhir sekali macam posting saya dulu. Ajar anak, setiap untung kita tu ada hak orang lain. Mula ajar mereka menyumbang balik pada Masyarakat. Contoh kalau kita nak sedekah RM100, kita tanya la anak kita, Luqman untung banyak nak tak sedekah 50sen.
Nanti ayah masuk sekali tolong orang susah. Masukkan duit diorang dalam sedekat kita. Ini akan naikkan SELF WORTH mereka. Mereka rasa Bermakna bila dapat menyumbang.
Anda cuba lah buat di rumah. Seronok! Ruih rendah gerai Luqman tadi. Hahahaha.
Tapi Saya syak gerai ni bakal bankrupt tak lama lagi, sebab tauke garang sangat. Orang bayar duit pun dia marah. Orang order lain dia bagi menu lain.
Gerai pun, orang terlanggar sikit je macam nak roboh. Esok tutup kot gerai ni untuk renovations.
Kalau budak umur 1 tahun 8 bulan dah mula berniaga, agak-agak apa jadi bila dia umur 18?
Sumber : Afnan Rosli
Exclusive Calligraphy Artist