Mendidik anak tentang ilmu berniaga tidak semestinya diajar secara serius, malah sebenarnya boleh dilakukan secara santai dan ianya akan menjadi lebih menarik.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh seorang ayah untuk anaknya dan bolehlah dipraktikan.
CARA AJAR ANAK BERNIAGA
Anak saya Luqman ni baru umur 1 tahun 8 bulan. Saya sedang bina satu perniagaan untuk beliau. Dia ni minat main masak-masak, so saya tanya Luqman tadi. Luqman nak jual tak makanan Luqman?
Dia cakap NAK!
Maka HERO pun beraksi! Zupzapzupzap. Tak sampai 5 minit siap sebijik gerai makan Luqman ni.
Maka saya pun snap gambar ni send ke Group Family, cakap Luqman sedang berniaga, please support.
Tak sampai seminit penuh la pak sedara, mak sedara, tokma, tokwan dia turun bawak duit datang nak beli makanan Luqman ni.
Ads
Maka ruih rendah la gerai budak ni, sampai dia pun tak menang tangan. Yang sebelah tu pekerja Bangla dia baru hire. Sebab ramai sangat customer.
Nampak macam simple dan main-main je kan aktiviti ni. Tapi dia bagi banyak gila manfaat pada anak-anak kita :
1. THE VALUE OF MONEY
Antara nya ialah dia mengajar anak kita dari awal lagi the value of money. You have to earn money, u have to give value to get money.
2. AJAR PENGURUSAN WANG
Dari kecil kalau anak kita faham pengurusan wang, besar nanti dia InsyaAllah takkan ada masalah kewangan. Sediakan tabung perniagaan pada anak anda, itu buat modal awal. Pastu minta adik beradik atuk nenek dia beli contoh jual gula-gula. Duit untung semua simpan, then ajar dia rolling duit modal. Bawa pergi kedai beli stock.
Ads
Bagi dia rasa setiap hari untung dia bertambah bertambah. Duit modal kekal. Bila modal dah besar tambah product lagi, jual roti pula. Value tak perlu besar-besar, jual seposen dua posen je. Yang penting dia faham dan alami konsept nya tu.
3. FAHAM SELOK BELOK PERNIAGAAN
Bila dah 2,3 hari berniaga, ajar anak anda cara layan pelanggan dengan betul. Adab-adab ni dia akan bawa dalam kehidupan seharian. Percaya lah anak anda akan jadi orang yang sangat matang dengan sangat cepat.
4. MENGHARGAI WANG
Bila mereka mula rasa EARN MONEY atas usaha sendiri, mereka akan mula lebih menghargai duit. Percaya la, mereka takkan minta permainan pelik-pelik dah.
Kita ajar la diorang, duit untung separuh simpan, lagi separuh nak belanja beli coklat ke mainan ke boleh. Sesekali bila pergi la beli barang jualan mereka dengan kuantiti banyak. So dia untung lebih. Hasil untung tu bawa dia beli mainan reward diri sendiri.
Ads
5. AJAR CHARITY
Akhir sekali macam posting saya dulu. Ajar anak, setiap untung kita tu ada hak orang lain. Mula ajar mereka menyumbang balik pada Masyarakat. Contoh kalau kita nak sedekah RM100, kita tanya la anak kita, Luqman untung banyak nak tak sedekah 50sen.
Nanti ayah masuk sekali tolong orang susah. Masukkan duit diorang dalam sedekat kita. Ini akan naikkan SELF WORTH mereka. Mereka rasa Bermakna bila dapat menyumbang.
Anda cuba lah buat di rumah. Seronok! Ruih rendah gerai Luqman tadi. Hahahaha.
Tapi Saya syak gerai ni bakal bankrupt tak lama lagi, sebab tauke garang sangat. Orang bayar duit pun dia marah. Orang order lain dia bagi menu lain.
Gerai pun, orang terlanggar sikit je macam nak roboh. Esok tutup kot gerai ni untuk renovations.
Kalau budak umur 1 tahun 8 bulan dah mula berniaga, agak-agak apa jadi bila dia umur 18?
Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan kita sebagai hambaNya harus mencari bukan menanti hidayah itu.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad akui meluahkan rasa syukur apabila suaminya diberikan keizinan oleh Allah untuk sekali lagi berdakwah serta mendalami ilmu agama.
Perkara itu dikongsikan oleh Betty sendiri di laman Instagramnya yang membuat perjanjian dan memberi ruang pada suami tersayang untuk benar-benar fokus tanpa perlu memaklumkan mengenai rutin hariannya.
“Segala puji bagi Allah swt. Alhamdulillah Allah izinkan dan jemput suamiku “keluar” tiga hari lagi malam tadi.
“Kali ni saya buat deal tak perlu message or call unless ada benda penting saja. Goodnight good morning tengah buat apa tu semua kita lupakan 3 hari ni supaya kamu dapat focus InsyaAllah.
“Semoga usaha dan pergorbanan diberkati Allah swt’ tulisnya.
Trauma Pernah Kena Rompak, Sikap Bibik Bersungguh Lindungi Anak Majikan Buat Netizen Sebak.
Trauma mengakibatkan seseorang itu berasa rasa cemas dan ketakutan. Kejadian yang menimpa akan menyebabkan perasaan panik.
Tular baru-baru ini video seorang bibik dalam keadaan panik sedang mendukung seorang kanak-kanak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Menerusi perkongsian seorang wanita di Tiktok menerusi akaun aifaazlan menunjukkan rakaman CCTV di rumahnya keadaan bibiknya yang cemas apabila mendengar bunyi pelik di luar rumah. Kelihatan bibiknya bergegas mendukung anak majikannya dan menuju ke bilik anak yang lain.
Rupanya situasi begitu akibat trauma yang dialami bibik wanita berkenaan setelah sebelum ini rumahnya dimasuki perompak.
“Bukan senang nak move on bila pernah berhadapan dengan perompaK bersenjata. Pedang diletakkan di lehar bibik. Pistol di acu di kepala bibik.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa respect kepada bibik yang masih melakukan tugasnya menjaga keselamatan anak majikannya walaupun dalam ketakutan.
Malah ada juga yang sebak melihat bibik yang masih trauma akibat kejadian rompakan berkenaan.
Antara komen dari netizen:
“aku respect bibik yg MCM ni..dlm keadaan MCM ni dye masih jaga keselamatan ank majikan..tanggungjwabnya..keselamatan ank majikan no 1.”
“Bibik ni Keja bukan kerana duit je..dia buat mcam family dia.”
“Saya sedih tgk bibik tu. Mana nak cari bibik yg baik mcm ni. Dia bawak amanah dia sekali walau takut.”
“sejuta dlm satu dpt bibik mcm ni.. dia dh anggap majikan mcm family sendiri.”
“pembantu rumah mcm nie mmg baik laaa ..buat mcm family dia sndiri .. semoga dilindungi Allah selalu ..”
Sakit batu karang tidak boleh dibuat main. Hanya yang pernah mengalaminya tahu betapa sakitnya terutama Ketika mahu membuang air kecil.
Sebab itu, orang kata mencegah lebih baik dari mengubati,jadi elakkan daripada menahan diri dari membuang air kecil kerana Itu boleh menyebabkan masalah batu barang.
Menggunakan minyak Zaitun dan lemon, puan Emma Wan Noordinberkongsi petua semula jadi untuk masalah batu karang.
Pun begitu, jangan lupa dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya masalah ini berlarutan.
Walaupun saya agak huh hah huh hah modern thinking orang nya, tapi sy percaya dgn resepi2 natural org dulu2 utk kesihatan.
Kalau ada yg ngadu ngan saya dia ada batu karang sakit guling2, saya akan suruh perah half biji lemon dalam cawan, 2 sudu besar virgin olive oil, dan penuh kan cawan dgn air.
Minum setiap pagi..insyallah keluar lah batu karang tu (dalam urine kalau lelaki batu besar mcm pic) .
Kalau perempuan maybe pecah n jadi serpihan pasir. Try lah sbb ni bahan makanan biasa je pun.
Jangan tanya batu karang sapa dlm pic ni.. Dah terkumpul lama.. Blh buat batu cincin pun ni.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...