Mungkin ada yang merasakan anak kecil yang suka memukul itu biasa-biasa sahaja. Tapi sebenarnya, tabiat memukul ini tidak elok dibiarkan. Kerana lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan dan akhirnya menjadi pembuli.
Peranan ibu bapa dalam menangani hal ini supaya tidak berlarutan. Mungkin anak kecil menzahirkan apa keinginan mereka menerusi cara tersebut.
Tapi sebenarnya tabiat itu apabila dibiarkan boleh menyebabkan anak anda jadi pembuli kelak. Saudara Mohd Fhais Salim berkongsi pandangan mengenai hal tersebut.
Jelasnya, kanak-kanak dalam usia 1-3 tahun adalah di mana fasa anak kuat memukul, mengamuk, menjerit, menendang dan membaling.
Justeru, ibu bapa kena mencari alternatif supaya tabiat anak yang suka memukul tidak dibiarkan. Dari kecil kena pupuk cara yang betul dalam melontar emosi yang sihat dan tidak bahaya.Apabila anak mula memukul, ibu atau bapa kena lakukan perkara ini.Anak yang memukul mungkin kerana tidak tahu cara yang betul untuk menyampaikan keinginannya. Tabiat memukul bukan isu biasa, jangan anggap ia biasa walau nampak comel pada mulanya.Awalnya anak-anak memukul kerana menzahirkan rasa tak puas hati, tetapi apabila jadi habit sesiapa sahaja akan jadi mangsa. Kekang sebelum anak jadi pembulia.
“Arwah ayah garang, tetapi tersenyum ketika meninggal dunia,” kata penyanyi dangdut popular, Mas Idayu, 51, ketika berkongsi mengenai pemergian arwah bapanya, Allahyarham Mesnun Hassan, 78, pada 28 Februari lalu.
Mas Idayu lebih mesra disapa Mummy berkata, wajah arwah ketika meninggal dunia kelihatan bersinar dan lebih cerah.
“Kulit arwah bukannya gelap sejak muda, tetapi apabila meningkat usia kulitnya makin gelap. Namun, saya nampak kulitnya lebih cerah dan ceria daripada sebelum ini ketika meninggal dunia,
“Malah, arwah juga tersenyum. Arwah seorang yang garang dan susah nak senyum,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, arwah Masnun disahkan meninggal dunia pada jam 12.23 tengah malam di sebuah hospital di Kota Tinggi, Johor akibat kencing manis pada 28 Februari lalu.
Kata Mas Idayu, arwah tidak menghidap penyakit serius lain, namun penyakit kencing manis menyebabkan buah pinggangnya terkesan.
“Arwah ada kencing manis, tetapi tiada penyakit lain. Disebabkan kencing manis, ia merosakkan buah pinggangnya,” katanya.
Pelantun lagu Cintaku 100% itu bersyukur berkesempatan memandikan arwah bapa ketika terlantar sakit dan melihat wajahnya sebelum arwah dikebumikan.
“Alhamdulillah, saya sempat pulang ke kampung ketika arwah sakit dan dapat mandikannya. Kalau nak ikutkan arwah malu sebab anak perempuan, tetapi syukur, dapat juga saya peluang mandikan arwah.
“Kali terakhir saya bertemu arwah ketika majlis pernikahan saya,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penggunaan sejenis bahan kimia sebagai ubat pencegah haiwan perosak atau juga dikenali sebagai pestisid pada tanaman pastinya digunakan oleh pekebun bagi memastikan hasil tuaian cantik dan segar.
Pun begitu, demi memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan oleh keluarga adalah selamat dan tidak membawa kesan kesihatan untuk jangka masa panjang, ada baiknya ibu-ibu ketahui cara betul untuk mencuci sayur dan buah-buah tersebut.
Andai ada yang masih ragu-ragu cara terbaik, boleh ikuti kaedah ini yang dijelaskan oleh Doktor Hafiz Sulaiman untuk manfaat bersama. Jom semak.
TIPS MENCUCI RACUN BUAH DAN SAYURAN
Racun pada buah dan sayuran mungkin membawa kepada kesan kesihatan yang serius terutamanya dalam jangka masa panjang. Berikut merupakan tips yang boleh diambil bagi membuang pestisid pada permukaan:
1) BASUH DAN GOSOK DENGAN AIR
75-80% sisa pestisid boleh dikurangkan dengan membasuh tanaman dan menggosoknya di bawah aliran air sejuk. Menurut kajian lain pula, bukan suhu yang penting, tetapi aktiviti menggosok itu lah yang mengurangkan pestisid. Gunakan sarung tangan plastik dan gosok sekurangnya 30 saat. Pastikan juga menggosok di celahan buah dan sayuran di mana racun serangga ini berkumpul.
2) BASUH DENGAN AIR GARAM
Menurut Centre For Science dan Environment, membasuh menggunakan garam 2% membuang kebanyakan pestisid di permukaan tumbuhan.
3) CUKA PUTIH
Korang nak rendam cuka epal atau cuka kurma pun boleh. Tapi sayur dan buah mungkin jadi gelap menjejaskan rupanya. Cuka putih merupakan pilihan murah dan sesuai.
Cuka membunuh kuman dan juga membuang pestisid.
Caranya: Rendam buah/sayur ke dalam 1 bahagian cuka dan 10 bahagian air selama 30-60 minit.
Cuka putih ada kat tesco: RM12.29 untuk 946ml.
4) LEMON DAN SODIUM BIKARBONAT(tepung penaik)
Lemon dan baking soda ini membunuh kuman dan juga mampu menyahtoksin pestisid. Malah database Cochrane menilai 8 kajian termasuk RCT menunjukkan baking soda ini mampu meneutralkan toksik daripada pestisid.
Caranya: Masukkan satu cawan jus lemon dan dua camca besar baking soda dalam botol spray. Spray makanan dan lap (buah) atau basuh dengan air.
5) AGEN PENGOKSIDA
Agen pengoksidaan seperti Ozon, hidrogen peroksida dan spesis klorin merupakan radikal bebas yang merosakkan struktur racun menjadikannya lebih selamat. Namun begitu, pastikan anda tidak merendam terlampau lama kerana pengoksidaan mungkin merosakkan zat di dalam makanan juga.
Saya syorkan rendam 10 minit sahaja. Ini berbeza mengikut kekuatan dos mesin ozon anda.
5.1) Ozon: Agen pengoksida yang sangat kuat ini meroskkan molekul bahaya di dalam pestisid menjadi lebih selamat dimakan. Di samping sayur dan buah, ia mungkin berkesan juga merosakkan toksin seperti logam berat dan antibiotik yang terkumpul dalam lemak haiwan.
Caranya: Masukkan tiub gas ozon ke dalam air berisi buah/sayur dan rendam selama 10 minit.
Pastikan anda tidak menghidu gas ozon yang terbebas kerana paru-paru sangat sensitif dengan gas ozon. Pendedahan jangka panjang boleh merosakkan paru-paru.
5.2) Hidrogen peroksida: gunakan food grade hidrogen peroksida dan masukkan satu bahagian di dalam 10 bahagian air.
5.3) Spesis klorin : Sodium hypochlorite atau nama manjanya klorox mempunyai kesan pengoksidaan. Ia juga didapati dalam sesetengah setting air kangen.
Namun saya tidak mengesyorkan membasuh menggunakan agen klorin ini kerana kemungkinan kesan gangguan hormon oleh agen klorin yang dianggap xenoestrogen juga oleh sesetengah pengkaji.
6) PEMBERSIH ULTRASONIK
Kajian mendapati pembersih ultrasonic merupakan kaedah paling berkesan membersihkan pestisid berbanding menggunakan ozon, merebus dan membasuh dengan air biasa.
Mana nak dapat mesin ni? Lazada ade bro..kurang RM100 pun ada..
Kaedah di atas hanya berkesan untuk pestisid di permukaan sahaja. Ozon mungkin mampu meresap ke dalam sel tumbuhan dan merosakkan pestisid sistemik namun masih belum ada kajian yang membuktikannya.
Memilih makanan yang disahkan organik merupakan pilih terbaik namun tidak ramai yang mampu dan pengeluarannya juga amat terhad. Diharapkan kaedah di atas ini dapat membantu mengurangkan bebanan toksikan dalam badan yang perlu diproses oleh organ hati kerana pemakanan yang tinggi racun pestisid ini.
Baking soda bukan sekadar berfungsi dalam masakan terutama dalam membuat kek, sebaliknya ia juga boleh membantu dalam mencuci kotoran. Tak percaya? Jom semak tip ini.
Untuk hilangkan segala macam kotoran kat mangkuk tandas dan tangki tandas,bahan yang diperlukan:
1. Cuka
2. Baking soda
Cara pertama:
• Panaskan segelas cuka 40 ° C, dan kemudian campurkannya dengan soda (iodin).
• Guna 200 gram (7 oz) cuka, dan 1 sudu soda.
• Tuangkan campuran tersebut ke dalam tangki tandas selama beberapa jam. Lebih elok biarkan semalaman.
• Untuk hasil yang lebih puas, buat la beberapa kali.
Cara kedua:
• Kosongkan tangki air, dan tutup pili air.
• Lap permukaan dalaman tangki dengan kain kering, dan tuang kain yang dah dibasahkan dengan cuka dan sapu di kawasan yang kotor.
• Selepas 2-6 jam, anda boleh membersihkan kotoran dengan pengikis (bukan logam).
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).