Rasanya semua mengenali alatan perubatan terutamanya stetoskop yang sering digunakan setiap kali menjalani rawatan. Selalunya alatan ini diletakkan di aliran dada untuk mendengar bunyi seperti nafas.

Bukan itu sahaja, kegunaan lain alatan ini termasuk memeriksa aliran usus dan aliran darah yang memerlukan seorang doktor memeriksa pesakit menggunakan stetoskop di bahagian selain badan. Namun perkara itu dipercayai jarang dilihat orang, malah ada segelintirnya menganggap perbuatan itu adalah satu jenaka.

Bagi yang ingin mengetahui apakah sebenarnya kegunaan lain stetoskop, mari ikuti perkongsian panjang oleh seorang pengamal perubatan, Dr. Mohd Syamirulah Rahim menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya baru-baru ini. Semoga bermanfaat.

Kelakar kan tengok gambar ini? Seakan-akannya kelihatan seperti doktor tersebut b***h, menggunakan stetoskop yang “sepatutnya” digunakan di dada, tapi diletakkan di mata pula.

Gambar ini di-post oleh sebuah page jenaka. Di ruangan komen penuh gelak ketawa netizen yang pastinya merasakan perkara ini sebuah lelucon.

Percaya atau tidak, saya pernah berhadapan dengan situasi ini. Saya berjumpa seorang pesakit di klinik, pesakit itu baru keluar wad kerana disyaki mengalami serangan strok.

Ads

Saya pun menggunakan stetoskop, mendengar bunyi jantung dan paru-paru pesakit itu dengan teliti. Kemudian, stetoskop saya diletakkan ke tepi leher pesakit tersebut. Waris pesakit tersebut bertanya, “Doktor, check apa ye kat situ?”

Saya pun menerangkan kepada beliau dan pesakit, saya sedang cuba mendengar adanya bunyi “Carotid bruit”. Bunyi carotid bruit menandakan adanya sempitan pada salur darah carotid yang membawa darah dari jantung ke otak. Sempitan ini boleh menyebabkan terjadinya darah beku yang menjadi punca strok.

“Oooo..” panjang Ooo yang diberikan. Saya memuji waris pesakit berkenaan yang terus bertanya untuk belajar. Saya tanyakan kepada pesakit, adakah pernah dibuat ultrasound leher? Beliau menjawab ada appointment tapi masih belum sampai tarikh.

ARTIKEL LAIN :

Ads

Jaga & Kekal Sihat, Rupanya Ini Amalan Dr Ni Buat Semenjak Usia Masuk 40an! – KELUARGA

Udang Bantu Kekalkan Sel Sihat & Hasilkan DNA. Dr Rizal Kongsi Resipi Udang Berlado Sihat – KELUARGA

Kekal Sihat & Cantik Pada Usia 94 Tahun, Rupanya Ini Yang Pengasas Mustika Ratu Amalkan! – KELUARGA

Biasanya pemeriksaan ultrasound doppler carotid adalah lebih tepat untuk mengukur adanya sempitan, berbanding pemeriksaan menggunakan stetoskop sebegini. Namun pemeriksaan carotid doppler memerlukan peralatan khas (mesin ultrasound) dan kemahiran khas atau doktor yang terlatih.

Ads

Jadi apa yang cuba dibuat oleh doktor di dalam gambar ini?
Di dalam gambar ini, doktor cuba mengesan adanya “bruits” pada salur darah mata. Tanda ini dinamakan Riesman Sign. Ia dapat digunakan untuk mengesan adanya penyakit seperti masalah salur darah, Grave’s Disease (penyakit thyroid) atau penyakit-penyakit lain seperti anemia.

Di zaman sekarang, kita sudah ada banyak akses terhadap teknologi. Hampir setiap klinik, sudah ada mesin ultrasound. Hampir setiap klinik, sudah ada mesin analisis darah. Hampir setiap bandar, terdapat hospital yang kita boleh rujuk pesakit untuk buat pelbagai test oleh pelbagai mesin.

Namun di sebahagian kawasan di dunia ini, khasnya luar bandar dan pedalaman, jauh dari akses teknologi seperti yang disebutkan. Pada ketika inilah, skill dan pengalaman seorang doktor akan diuji, untuk menggunakan kaedah-kaedah yang kelihatannya tidak konvensional namun amat penting khasnya melibatkan diagnosis berbahaya.

Cumanya itulah, manusia itu, musuh kepada apa yang dia tak tahu. Dia ingat stetoskop ini gunanya hanya di dada, kerana itu apabila dia melihat gambar ini, dia rasa ia lucu, dia sangka doktor itu b***h. Ubat kepada kejahilan adalah ilmu, dan cara mendapatkan ilmu adalah dengan banyak membaca dan banyak bertanya, inshaAllah.

Sumber: Facebook Mohd Syamirulah Rahim

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI