“Nampak Kuat Tapi Kememeh, Kuat Nangis.” Reda Pemergian Ardell Ke Syria & Lubnan, Nadzmi Mohon Titip Doa Isteri Selamat

Share

Umum mengetahui pelakon Ardell sememangnya sangat aktif dengan kerja-kerja sukarelawan.

Terbaru, dia berangkat ke Ke Syiria & Lubnan. Perkongsian tersebut dimuatnaik suaminya, Nadzmi Adhwa bersama sekeping video Di mana isterinya mengikuti misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction.

Menerusi perkongsian tersebut, Nadzmi mendoakan kesejahteraan isterinya dalam menjalankan misi kemanusiaan di negara itu.

Moga Allah redha. Semoga dipermudahkan segala urusan awak, kami tunggu awak balik ya @ardellaryana apabila di tanah syam doakan saya dan urwa disini ya sayang.

“Doakan perjalanan isteri saya ke Syria dan Lubnan ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang,” tulis Nadzmi.

Terang Nadzmi lagi, walaupun nampak isterinya seorang Yang kuat namun hatinya cukup sensitif.

“Bini saya ni nampak je kuat tapi kememeh, kuat nangis.

“Saya redha atas awak. Pergi lah bantu mereka ya. Dari kita kawan dulu awak dah buat benda ni  satu pesan saya doakan kami disini ketika berada di bumi Barokah As Syam.

“Moga dengan asbab ini awak ke syurga firdaus tanpa hisab dan azab. Dan tariklah saya juga masuk kesana. Amin,” kongsi Nadzmi lagi.

Sumber: nadzmiadhwa