Penjagaan gigi buat kanak-kanak harus bermula sejak kecil lagi. Ia memastikan supaya gigi kekal sihat untuk jangka masa panjang.
Bayangkan jika anak-anak makan makanan manis tanpa mengosok gigi sebelum tidur atau dalam tempoh yang lama akan berlaku kerosakan gigi.
Akibatnya akan menyebabkan anak mengalami masalah sakit gigi atau gigi berlubang.
Sehubungan itu, menerusi perkongsian seorang doktor gigi yang menasihati agar ibu bapa alert untuk penjagaan gigi anak.
Katanya biarlah ibu bapa dianggap kejam apabila terpaksa memaksa anak menggosok gigi dengan memegang erat anak.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Ads
______________________________
‘Dr, saya tak berus gigi anak saya sebab dia mengamuk-mengamuk tiap kali nak berus gigi.’
Ibu Bapa semua, jika anak menangis/mengamuk xnak berus gigi, kita xboleh putus asa dan terus tak berus gigi mereka. Anak kecil dlm proses belajar, jika mereka menangis tak nak berus gigi dan kita pun tak berus gigi mereka maka mereka akn belajar bahawa jika mereka menangis mereka tak perlu berus gigi. Jadi rutin ini akn sentiasa berlaku dan akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi menjadi rosak/berlubang.
Cara bagaimana memberus gigi anak jika mereka menangis/mengamuk teruk.
Ads
1. Teknik Dua Orang Jika anak mengamuk teruk, bapa boleh duduk dikerusi sambil memeluk anak di atas riba. Baringkan kepala anak diatas riba ibu sambil memegang tgn anak. Ibu boleh memegang kepala anak dan memaksa dia membuka mulut untuk memberus giginya.
2. Teknik seorang Ibu/bapa boleh berdiri dibelakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Ataupun duduk dibawah dan meletakkn anak dicelah kaki dan memeluknya. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya.]
Ads
‘Hari-hari perlu buat macam ni ke?’
Bukan perlu buat hari2 begini,hanya ketika anak mengamuk teruk tidak mahu berus gigi. Dengan cara ini, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis/mengamuk, rutin memberus gigi wajib juga dibuat. Lama kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka xsuka/xmahu.
‘Nampak KEJAM la Dr paksa n biar anak menangis teruk macam ni…kesian..’ Kita hanya memberus gigi tidak sampai 2 minit pun, selepas itu anak akan berhenti menangis..Jika kita membiarkan gigi anak2 kecil tidak diberus sehingga menyebabkan kerosakan semua gigi dan akhirnya anak menangis sepanjang malam xtido sakit gigi, itulah sebenarnya yang lebih KEJAM.
Sumber: Dr @zulaikahosni (Klinik Pergigian Love)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menegur ahli keluarga, anak, suami atau isteri haruslah punya adab yang tepat. Begitu juga kala kita menegur jiran tetangga dan orang-orang yang terdekat dengan kita.
Melontarkan ayat yang lembut dengan bahasa yang sopan serta pemilihan perkataan yang tepat haruslah diaplikasikan. Niat menegur itu betul namun kena ada adabnya. Jaga adab kita.
Ustaz Iqbal Zain kongsikan fakta ini di facebooknya. Semoga sama-sama kita ambil iktibar.
ADAB TEGUR MENEGUR
Teringat saya pada satu kisah.
Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.
Keesokan hari, seorang ‘ustaz’ datang menziarahinya. “Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu.”
Gambar hiasan.
Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.
Apa yang si ‘ustaz’ tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah.
Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya.
Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya.
Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si ‘ustaz’ pulang ke rumah dengan perasaan ‘tenang’ kerana sudah menjalankan ‘tanggungjawabnya untuk berdakwah’ dan ‘menyampaikan’.
Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat.
Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.
“Syukurlah kamu sudah insaf,” kata si ‘ustaz’ kepada si kaya.
“Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku,” kata si kaya sambil tersenyum.
“Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk ‘berdakwah’,” jawab si ‘ustaz’.
Malam itu, rumah si ‘ustaz’ terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.
Si ‘ustaz’ merintih. “Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?”
Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.
“Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu,” kata si kaya. “Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu.”
“Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?” kata si ‘ustaz’, jengkel.
Gambar hiasan.
“Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung,” kata si kaya.
Si ‘ustaz’ terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.
Pada masa yang sama, seorang ‘alim’ yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.
Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si ‘alim’ berkata, “Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu.”
Si ‘ustaz’ yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.
Si ‘ustaz’ menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si ‘ustaz’ perlu meminta-minta.
“Ya Allah, aku mohon ampun… Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan ‘menghukum’nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga.”
Kawan-kawan.
Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.
Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.
Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.
Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan ‘memberikan’ ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.
Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan ‘mengejutkan’ hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.
Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.
Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung.
Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan ‘itu balasan untuk kamu’, sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?
Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.
Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.
Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.
Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.
Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.
‘Dakwah’ itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.
Kredit: Facebook Ustaz Iqbal Zain
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lain orang lain caranya untuk menyimpan duit. Ada yang suka untuk simpan di bank, malah ada yang rasa lebih mudah simpan di rumah sahaja. Namun apakan daya, sememangnya mudah ketika menyimpan duit di rumah bertukar duka apabila hasrat seorang lelaki untuk menunaikan haji tidak kesampaian apabila wang simpanannya berjumlah RM15,000 lesap dalam sekelip mata setelah dimakan anai-anai.
Memetik laporan Detik.com, lelaki terbabit, Samin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah Indonesia telah mengumpul wang tersebut hampir tiga tahun lalu malah wang simpanannya itu juga sudah mencecah 49.8 juta rupiah iaitu bersamaan RM15,000.
Lebih menyedihkan apabila mengetahui lelaki terbabit mahu menggunakan wang tabungannya itu untuk menunaikan haji namun siapa sangka, hasratnya tidak kesampaian.
Ketika kejadian, Samin yang berusia 53 tahun tersebut mendakwa dia menyimpan wang di dalam dua tabung yang berbeza dan kedua-duanya mempunyai jumlah simpanan yang hampir sama. Namun hanya satu tabung sahaja yang terselamat, selebihnya musnah dimakan anai-anai.
Tambah Samin lagi, dia berasa curiga setelah melihat anai-anai di dalam tabung simpanannya itu.
Menurut Samin, dia tidak mahu menyimpan wang tersebut di bank kerana mahu menjimatkan masa dan tenaga. Bukan itu sahaja, dia berpendapat lebih selamat jika disimpan sendiri.
“Untuk jimat masa dan tenaga. Kalau saya pergi ke bank untuk simpan RM60 setiap hari, ia akan memerlukan masa dan tenaga. Saya juga perlu menjaga anak-anak di sekolah.
“Harap-harap wang itu boleh ditukar oleh Bank Indonesia, harap wang itu dapat ditukar untuk daftar haji.” katanya.
Difahamkan, jumlah wang yang terselamat adalah kurang 68% daripada jumlah keseluruhan. Menerusi laporan hari ini, pihak bank telah menyerahkan wang terselamat yang berjumlah 20 juta rupiah bersamaan hampir RM6,000 kepada Samin.
Keterujaan ibu ayah masa kini berkongsi tentang gambar keluarga dan anak, lokasi, aktiviti harian di media sosial, hakikatnya jika terlalu berkongsi info, itu boleh mengundang padah.
Atas alasan ini juga, seorang ayah yang dikenali sebagai Ihsan Zainal, tidak berkongsi terlalu terbuka mengenai hal keluarganya di media sosial.
Pun begitu, perkongsiannya kali ini tentang kisah anaknya yang hampir-hampir diculik di depan pagar sekolah. Diharapkan kisah ini dapat membuka mata dan kesedaran ibu ayah diluar sana agar tidak terlalu mendedahkan identiti diri serta keluarga di media sosial.
Nak tahu lanjut kisahnya, jom baca perkongsian ni.
Tu sebab aku tak share sangat pasal anak anak aku dalam wall aku.. baik g sekolah atau memana ke..
Semalam je terjadi satu peristiwa dimana ketika wife aku nak jemput balik anak aku sorang ni.. tetiba ntah mana sorang tu pakai smart.. nak jemput anak aku.. dengan hanya terbalikkan nama nya.. rasanya “try n error” kot.. kebetulan wife aku dibelakang die turut terdengar nama anak aku..
Namun nasib baik cikgunya mengenali wife aku, yelakan.. sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah.. tapi sebab abang dia pernah belajar situ jadi muka kami ni memang tak asing bagi mereka.. cikgunya menahan dan berkata awak bukan ibu bapa nya.. fuhhh disitu kita nampak tanggungjawab guru sangat berat.. bukan hanya semasa waktu kelas, tetapi juga selepas kelas..
Orang tu siap cakap apa tau? “owhh tersalah sekolah dan berlalu pergi” mana mungkin banyak banyak sekolah ko boleh tersalah dengan sebut nama murid boleh dikatakan 90% betul.. cumanya terbalik je..
Perkara ini turut diberitahu kepada guru besar sekolahnya untuk tindakan lanjut.. guru besar sangat terkejut dan memandang serius perkara ini.. aku juga berharap agar mak ayah sentiasa alert dengan perkara ini..
Elak berkongsi nama anak, nama sekolah di media sosial.. macam-macam boleh terjadi.. mungkin bukan kerana budak, tapi mungkin kerana perasaan lain terhadap mak ayah ke boleh jadi..
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.