Kuat Menyakat Rupanya Suami Sheila Rusly Ni. Dulu Songkok, Ini Kasut Sekolah Anak Pula Disorok Dalam Tempayan.

Share

Azman Yahya atau lebih mesra dengan panggilan Jinggo adalah seorang pengarah yang cukup terkenal. Selain popular di luar, Jinggo juga aktif di laman sosial. bagi pengikut setianya, pasti maklum akan instagram milik pengarah ini yang diberi nama Tok Sidang.

Tengok luaran nampak macam garang dan tegas orangnya. tapi rupa-rupanya suami kesayangan pengarah dan hos terkenal, Sheila Rusly ini kaki sakat orangnya. Kelakar bila tengok dia mengusik anak lelakinya yang bernama Mika.

Sebelum ini dia menyorok songkok kepunyaan anak lelakinya itu. Terbaru, menerusi postingnya di instagram, sekali lagi Jinggo menyakat anaknya dengan menyorok kasut di dalam tempayan.

Sabar sajalah kan dapat ayah kaki sakat ini. Mujur anaknya dah masak dan tidak peduli  sangat perangai bapanya. Agaknya itulah cara mereka menunjukkan kasih sayang kan. Kalau buat hal masing-masing pun tak elok juga kan!

Seronok betul tengok kemesraan keluarga ini. Walaupun anak-anak sudah besra, tapi mereka tidak kekok menunjukkan kemesraan kepada Sheila dan Jinggo. Bukan sahaja anak-anak, malah Jinggo dan Sheila juga jenis yang suka melayan.

Tengok sahaja lah artis Ayda Jebat, Dayana Roza dan Janna Nick yang wajah mereka di laman instagram milik pasangan ini. Ada sahaja gelagat dan karenah suami ini melayan artis ini seperti keluarga mereka sendiri.

Muka pasrah si Mika bila kena ‘buli’ dengan ayahnya sendiri. Sabarlah Mika.


Gurauan dan usikan manja Jinggo pada anaknya, Mika turut mendapat reaksi dari pengikutdi instagram. Ada yang memuji akan kemesraan bapa dan anak ini. Tak kurang yang meminta tip dari Jinggi untuk dikongsikan dengan mereka.

nanasyazhennaAssalamualaikum tok sidang @jinggo_jspictures saya suka tengok anak anak tok sidang & kak @sheilarusly_jspictures tak meninggi suara & hormat orang tua..boleh share tips untuk kam

unaffhAduhh tok sidang nii ????

nurhazieyrahsuka tgk tok sidang kacau anak2, selalu tergelak2 tgk semua video yg dipost? terhibur???? @jinggo_jspictures

ameyliamabeeulang 10x pn tetap gelak tak henti2 tengok\

paktham_hackerkena lagi mika ni! ???

njmlyn_Sumpah comel ?

thefaziesabriPrank la mika lg tok sidang @jinggo_jspictures .suke tgk. Hahahahahaahhaahah

atyraa_ahmad@azharomurhahahahah…mcm adik?

mizixoraNie mmg lawak… Mika asyik terkena ja..

mianaliysaJaga barang2 u, amanah u, tanggungjawab u.. Saya suka kata2 tok sidang. Sangat membina.


Sumber:IG  jinggo_jspictures &  sheilarusly_jspictures