Kasih seorang ayah…Bukan mudah untuk melepaskan insan yang disayangi kepada orang lain. lebih-lebih lagi sejak kecil sehinggalah dewasa, ditatang bagai minyak yang penuh. Namun, apabila tiba masanya semua ibu bapa harus berbuat demikian. Lebih-lebih lagi bila mana sampai jodoh si anak.
Baru-baru ini tular satu video berkenaan majlis perkahwinan anak penyanyi Kumpulan Screen bernama Qimie. Dalam video tersebut memaparkan di ayah yang mencium pipi menantu usai majlis akad nikah anak perempuan sulungnya Siti Hadirah.
Selesai majlis akad nikah dan majlis bertandang di pihak lelaki, Qimie atau nama sebenarnya Hajimi Haji Ibrahim dilihat berkongsi status anak sulungnya.
Balikkkk!!!…??
#rumahibubaparumahanak2 ?
Perkongsian tersebut bagi membalas status anaknya yang seakan-akan merindui mereka sekeluarga.
“Ingat duduk KUIS je homesick. Tapi takdelah homesick sangat nangis2. Ni duduk ikut suami pun homesick sampai nangis2 ? padahal dekat je rumah ?
“Muka2 ni yang selalu aku pandang hari2. Tapi harini tak tengok rasa lain sangat terus merembes air mate aku tak berhenti ?,” tulis Siti Hadirah di dalam instagramnya.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Qimie . Tak kurang yang mengusik kononnya dia lebih touching dari anaknya.
Sumber: IG gmiescreen