Sebagai ibu bapa sememangnya menjadi tanggung jawab kita dalam mendidik dan membesarkan anak-anak dengan memberi tunjuk ajar yang betul.
Biar sibuk macam mana sekali pun kena selalu memantau pergerakan dan apa yang mereka lakukan. Bukan untuk mengongkong tetapi sebagai panduan supaya mereka menjadi insan yang berguna dan tidak terjebak dengan anasir negatif.
Demikian yang dilakukan oleh isteri kesayangan Dato Sri Aliff Syukri ini. Disebalik wajahnya yang tenanh dan lemah lembut, namun dia seorang ibu yang tegas terutama dalam mendidik anak-anaknya.
Baru-baru ini, Datin Seri Nur Shahida Mohd ada memuat naik video beliau sedang memantau anak sulungnya menghafaz surah Al-Quran.
Terserlah aura seorang ibu yang tegas disebalik wajahnya yang tenang itu apabila mengajar anak sulungnya menghafal.
“Ammar Ahyan ni dia dah start main-main dah malas menghafal sebab saya tak sempat nak pantau.
“Anak-anak saya ni pantang lepa, bila kita sibuk dia pun turut sibuk juga, sibuk main sampai lupa-lupa hafal surah.
“Lepas tu bila kena marah mulut tu muncung mcm kelopak bunga…ikut hati nak je aku guntingkan mulut dia tu.“Saya ni nampak je cmm lembut tapi sayalah singa kat rumah ni,” tulisnya.
Perkongsian Datin Sri Shahida mendapat respond dari pengikutnya. Ada yang memuji tak kurang yang berkongsi pengalaman sama dalam mendidik anak-anak terutama dalam hal agama.
Sumber: IG shahidadherbs