Jika suami sentiasa tolong menolong isteri tentu ada bahagia menanti. Begitu juga petua yang diamalkan oleh penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni yang mendedahkan cara ibu ayahnya bahagia yang kini.
Kadang kala, petua orang dulu-dulu memang praktikal untuk diikuti agar kebahagiaan rumah tangga kekal abadi. Melalu perkongsiannya, Haziq melahirkan rasa kagum melihat kebahagiaan ibu bapanya selama 30 tahun. Jalinan kemesraan ibu bapanya menjadi idola kepada Haziq melayari kehidupan bersama isteri tersayang Ayunda Putri.
“Happy anniv to the couple that I most admire!
30 years and still counting doh. Aku dah cuba korek rahsia rumahtangga bahagia. Baba cakap for longlasting relationship, kita ni suami kena kuat, jangan sesekali bagi chance dekat isteri, apa barang kannn.”
“Nampak isteri lipat kain, kita jangan kasi chance, belajar lipat kain, nampak isteri basuh pinggan, jgn bg chance kita rebut pi basuh pinggan, lap meja lepas makan pun sama, jangan bg isteri chance!
In Shaa Allah kekal bahagia selamanyaaaa.”
Untuk rekod, pasangan Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Muhamad Heidy Nufael yang berusia dua tahun dan Chayra Auliya, setahun.
Sumber: Instagram haziq_hotfm