Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah bercerai sejak 9 Julai lalu, namun hubungan mereka dilihat sangat baik sehingga menerima pujian warganet.
Apa tidaknya, walaupun sebelum berpisah lagi mereka dilihat tetap profesional. Malah, Nabila juga dilihat tidak kisah untuk Sahrnaaz menghabiskan masa dengan anak mereka bersama. Semuanya demi anak kesayangan mereka, Jebat Jayden.
Siapa kata sudah berpisah tidak boleh duduk bersama dan berbaik seperti kawan.
Rata-rata yang melihat perkongsian tersbeut tumpang gembira dengan kerjasama mereka dalam membesarkan anak-anak.
Malah, ada yang mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih dan bersatu kembali.
“Saya dan Sharnaaz menangani masalah ini. Alhamdulillah makin lama, makin elok. Kita berkerjasama apa terbaik untuk Jayden. Saya banyak berkomunikasi dengan Sharnaaz . Kebelakangan ini lebih baik dan tenang berbanding sebelum ini banyak ketegangan.
“Kita lebih betulkan di minda dan dekat hati. Kita buang yang lepas. I taknak gaduh, taknak berdendam dengan Sharnaaz. I taknak Jebat dibesarkan dalam suasana macam itu, vibe itu. So far now, tiada lagi perkara yang menimbulkan ketegangan. I nak Jebat luangkan masa dengan ayah dia. I nampak dia lebih ayah ayah, senyum dan tenang.
Sumber : TV9MALAYSIA Official, Jebat Jayden