Jangan tak percaya, bunga hydrangea yang nampak cantik dan buat ramai terpesona dengan warna-warnanya yang lembut, rupa-rupanya merbahaya.
Hal ini dijelaskan secara detail di akaun fb Pusat Racun Negara yang turut memberi panduan kepada peminat bunga ini untuk lebih berhati-hati.
Ini perkongsiannya.
TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (Hydrangea)
Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.
Ads
Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.
Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi. Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Ads
Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.
Ads
Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan.
Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
Maklumat yang dipaparkan oleh Public Health Malaysia mendakwa lebih 20 produk yang mengandungi bahan kapur barus boleh mengakibatkan sawan kepada kanak-kanak di bawah umur dua tahun.
Menerusi perkongsian portal ini yang mendapat lebih 36K share memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa membaca dahulu arahan penggunaan dan kandungan kepada produk kesihatan yang ada dipasaran.
Ikuti lanjut hurian ini.
Anak saya tiba-tiba rebah. Tangannya menggenggam erat mainan anak patung dan menggeletar. Seperti terkena renjatan elektrik badannya. Matanya ke atas, giginya pula menggigit. Seluarnya juga basah.
Aiman! Aiman! Tiada respon diberikan.
“Dia selsema tadi. Saya sapukan ubat angin di hidung untuk hilangkan selsema.” Terang si ibu kepada doktor di wad kecemasan hospital.
Doktor menerangkan Aiman mengalami sawan. Ianya berpunca daripada ubat yang diberikan. Ianya mengandung Camphor atau kapur barus.
Ibu dan ayah. Produk yang mempunyai kapur barus tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur bawah dua tahun. Kanak-kanak berisiko untuk mendapat sawan
Jika termakan, ianya juga boleh menyebabkan keracunan dan juga kematian.
Gejala lain – mulut dan tekak rasa terbakar, loya atau muntah, pening, keliru, dan juga masalah penglihatan. (Berlaku dalam masa 5-90 minit).
ALERT PRODUK INI
Berikut produk kesihatan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun.
Alert maklumat ini untuk keselamat anak-anak terutama di bawah umur dua tahun.
Buat pengamal ubatan traditional berasaskan herba, mesti ada yang telah biasa dan telah lama amalkan minum jus lega yang dijual dipasaran.
Umumnya, dikatakan jus lega ini baik untuk membuang angin dan bermacam lagi manfaatnya. Maklumlah antara bahan utamanya adalah menggunakan bawang putih, halia,madu dan sebagainya.
Andai kata ada masa terluang, ibu- ibu boleh juga sediakannya sendiri. Apatah lagi resipinya telah dikongsikan oleh Puan Nurhafizah.
Jadi tunggu apa lagi, jom hadam proses penyediaannya.
”Jus lega yang saya selalu buat. 100% natural, tanpa bahan pengawet. Nak beli mahal kan. Sebotol dah rm80. Baik buat sendiri, jimat & bersih.”-Nurhafizah
Kebaikan Jus Dikatakan:
-Jus lega sangat bagus untuk menurunkn kadar kolestrol dalam darah.
-Menyinkirkn toksin dalam badan.
-Menurunkn darah tinggi.
-Menyembuhkn gout.
-Membuang angin dalam badan.
-Melawaskn
penghadaman.
-Melancarkn perjalanan darah.
-Mampu menurunkn berat badan.
-Menurunkn bacaan gula untuk diabetes.
-Kaya dengan vitamin c.
“Ni saya share cara saya proses jus lega ni. Guna sukatan cawan je.”
Bahan -bahan:
1 cawan halia
1 cawan bawang putih
1 cawan lemon
1 cawan cuka epal
3 cawan air
Madu
Cara-caranya:
1. Buang kulit semua halia,bawang putih & lemon.
2. Blender halia, bwg putih & lemon dgn secawan air.
3. Dah siap blender masak semua bahan, campur sekali cuka epal & 2 cawan air.
3. Masak sehingga paras air separuh. Dalam 40minit.
4. Sejukkn baru masukkn madu. Bole cuba rasa nk manis atau sedang².
Ekstra tip :untuk madu tiada sukatan sebab saya main tuang je. Biasa setengah cawan lebih.
5. Dah betol² sejuk boleh tapis amik jus sahaja dan isi dalam botol.
6. Simpan dalam peti ais. Nak simpan luar pon boleh. Saya dah test. Setahun masih lagi ok.rasa tak berubah & tak basi.
“Saya biasa buat banyak. Untuk 3/4bulan.. Nak banyak boleh double sukatan saya bagi tu.”
Cara minum :
1 sudu pagi & malam (goncang sebelum minum)
Proses minum air gula ketika pemeriksaan bulanan waktu hamil sering membuatkan bakal ibu rasa takut dan tidak bersedia. Bimbang sebaik minum, air gula dimuntahkan semula tanpa sengaja dan perlu minum sekali lagi. Memang tak mampu!
Bimbang dengan situasi ini, ada yang sanggup menolak minum air gula. Bolehkah? Menurut perkongsian Dr Norintan Zainal Abidin, menolak minum air gula hanya akan mengundangkan risiko kepada diri dan bayi dalam kandungan. Jadi sebaiknya minum sahaja untuk kebaikan kedua-duanya.
Elak Minum Ujian Air Gula?
Apakah yang boleh berlaku jika mereka yang berisiko ‘lari’ dari menjalani ujian minum air gula ketika hamil? Golongan wanita sebegini mungkin mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari.
Ketika hamil, hormon kehamilan merupakan faktor utama mengapa insulin tidak mencukupi di dalam tubuh wanita yang mengandung. Fenomena ini dikenali sebagai “insulin resistance”.
Keadaan di mana insulin tidak mencukupi mengakibatkan tahap glukos dalam darah wanita hamil ini berada ditahap tinggi. Glukos yang tinggi boleh menyebabkan masalah di dalam bayi seperti:
• Keguguran
• Kelahiran pramatang
• Polyhydramnios ( Air ketuban yang banyak)
• Makrosomia ( Bayi yang besar)
• Sudden fetal death ( Kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
• Masalah jantung dan tulang belakang di dalam bayi
Masalah bagi ibu pula adalah seperti sentiasa kerap kencing, sering lapar dan dahaga, kenaikan berat badan dan jika paras glukos dalam darah semakin tinggi, berat badan boleh menurun.
Selain itu ibu juga adakan merasa penat dan tidak bertenaga, risiko kelahiran secara Caesarean section juga menghadapi risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan/di usia yang lebih tua.
Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada pendapat saya, setiap wanita yang ingin hamil mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat “sebelum hamil” lagi.
Jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid misalnya.
Pastikan berat badan sesuai dengan ketinggian. Jika anda sudah sememangnya seorang pesakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor untuk menstabilkan glukos dalam darah, menjaga pemakanan, menjalani senaman yang sesuai, berhenti dari aktiviti tidak sihat seperti merokok dan sebagainya.
Doktor juga akan menasihati puan mengenai senarai ubat-ubatan yang selamat diambil ketika hamil.
Jika kita hamil di usia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko untuk kencing manis, kita tidak perlu untuk minum air gula ketika hamil. Bagi wanita-wanita yang lain, nampaknya pilihan yang yang bijak adalah untuk cekalkan hati dan jalani ujian mOGTT ini.
Tip minum air gula
Tips minum air gula supaya tidak sangkut paling penting adalah untuk minum tanpa berhenti. Ini kerana apabila berhenti walaupun seketika, dikhuatiri anda akan susah untuk menghabiskannya.
Jadi sebelum mula minum, tarik nafas dalam-dalam. Semasa minum pula, tahan nafas supaya anda tidak terbau air gula tersebut. Mudah!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...