Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan. Sebenarnya, apakah rahsia untuk hubungan perkahwinan itu bahagia dan kekal selamanya?
Ikuti petua ini.
Cium tangan suami dan dahi isterisetiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi denganpelukan dan ciuman di bibir.
Walau sesibuk mana sekali pun,luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekaliwalau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
Sentiasaucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hatisebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
Sentiasamencari peluang untuk makan tengah hari bersamakerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
Amalkanbertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerjasebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahajadari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaranmereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
Jangan sesekali berpisah tempat tidurwalau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makanserta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama
Sentiasakenang pengorbanan masing-masingseperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarSesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainanserta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
Apa sahaja masalah yang timbul,berterus terang dan berbincang bersamauntuk menyelesaikannya.
Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
Setiap pagi berikan kucupan tanda sayangagar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini,jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Sentiasalahberdoamemohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri iaitu:
Lumrah bagi segelintir orang yang memiliki kenderaan kecil dikatakan tidak berharta atau tidak berjaya.
Namun hakikatnya kini, ramai yang lebih suka memilih kenderaan kecil berbanding besar akibat beberapa faktor antaranya parking kereta yang terhad dan kesesakan jalan raya.
Sebagaimana yang dinyatakan dengan perkongsian ini. Dengan ini penjelasan ini, usah kita perlekehkan mereka yang memilik kereta kecil.
KERETA UKURAN KEJAYAAN
1. Ramai melihat kereta ukuran kejayaan, tak kurang juga yang kata itu lambang kekayaan. 2. Tak salah mahu membeli kereta, jika itu memang keperluan kita. 3. Alangkah bagus memiliki kereta, jika turut memiliki rumah dan juga harta. 4. Skim cepat kaya pun pamer kereta, hakikatnya menipu dan tiada harta. 5. Kereta tak jana pendapatan jadi liabiliti, buat perancangan agar tidak menyesal nanti. 6. Beli kereta fikirkan juga alat ganti, bukan main beli sesuka hati. 7. Apa guna kita berkereta besar, jika duit buat ‘parent’ selalu tersasar. 8. Kereta tak janjikan untuk kaya, simpanan habis jika asyik bergaya.
Info gambar:
Ini adalah suasana rumah jiran kami. Pasangan tua suami isteri di rumah ini selalu menegur anak-anak di waktu pagi sewaktu berjalan kaki ke sekolah.
Barangkali di kala usia tua ini, mereka memerlukan teman untuk berbual. Ditambah pula anak bongsu saya yang sangat peramah sehinggakan jiran ini sanggup membelikan ‘jajan’ buat anak-anak.
Di rumah ini terdapat 2 buah kereta kecil atau lebih dikenali sebagai keijidousha (軽自動車). Ada juga mengkelaskan kereta kecil ini sebagai K-cars (compact cars).
Keijidousha sangat mudah kelihatan dan sering menjadi pilihan warga di sini. Bahkan jika pergi membeli-belah, terdapat beberapa premis perniagaan menyediakan tempat letak kereta khas bagi kereta-kereta dalam kategori keijidousha ini.
Sebelum terlupa, perkataan keijidousha merujuk kepada ‘kei’ (compact/light), manakala ‘jidousha’ (kenderaan). Kebiasaannya, keijidousha berukuran 3.4 m x 1.24 m (11.2 x 4.9 kaki) untuk muatan 4 orang dewasa dan dibawah 660 cc.
Di sekitar kawasan kejiranan, ramai jiran-jiran Jepun saya memilih keijidousha ini. Pemilihan kereta kecil ini bukan disebabkan mereka tidak kaya atau kurang kemampuan. Tetapi, disebabkan faktor ruangan ‘parking’ yang terhad.
Atas sebab itu, ia merupakan satu kesilapan besar jika kita masih melihat kereta kecil atau besar sebagai ukuran kejayaan ataupun itu lambang kekayaan.
Bagi mereka yang berkereta kecil, percayalah apa sahaja pilihan jenis kereta kita nanti akan ada orang yang mengata. Usah didengari atau fikirkan apa yang ‘orang kata’. Usah juga berterusan menjalani kehidupan berdasarkan apa yang orang akan kata.
Pedulilah apa yang orang hendak katakan! Paling penting jika kita memilih keijidousha pun kita tidak susah! Boleh juga katakan pada mereka, “Keijidousha: Ada Aku Kisah!” Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara! Sampai jumpa lagi.
Anak adalah anugerah Tuhan, bukan tempat melempias marah kita 24 jam. Namun, dalam keadaan marah, kita kadang kala terlepas cakap. Ditambah pula dengan sikap anak-anak yang tidak mahu mendengar kata.
Namun, sebagai ibu bapa, kita patut mengawal emosi . Anak tidak akan menjadi baik kalau asyik dimarahi, sebaliknya itu salah satu faktor yang membuatkan emosi mereka terdera.
Sama-sama muhasabah diri dan ubah tabiat sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak kita.
Jom baca perkongsian ikhlas dari seorang guru dan juga penulis bernama Muhammad Yusof ini.
Semalam aku rasa marah sangat kat anak aku. Boleh pulak dia tak tutup lampu kereta malam tu. Sampai ke pagi lampu tu menyala.
Pagi ni bila aku nak start kereta aku perasan lampu tu tak tutup. Mujur bateri kereta tak kong. Marah betul aku.
Bila anak masuk kereta senyum-senyum, aku terus buat muka serius. Tarik muka semasam mungkin.
Aku tanya dia ‘Kenapa Syafi tak tutup lampu kereta malam tadi?!.. Bla.. Bateri boleh kong.. Bla.. Bla..’ Panjang aku bebel pagi tu.
Dia terperanjat. Dia menangis.
Marah betul aku pagi tu.
Dalam perjalanan aku senyap je. Dia pun senyap.
Tiba-tiba dia datang kat aku, ‘Papa, Syafi minta maaf, malam tadi Syafi masuk kereta, gelap. Syafi bukak lampu. Syafi nak ambil barang dalam kereta. Papa lupa bawak masuk rumah. Mintak maaf Papa..’ Dia kata kat aku.
Aku terus rasa bersalah. Istighfar panjang aku time tu. Memang semalam aku ada beli barang kat Tesco dan aku terlupa bawak masuk rumah.
Aku terus cium pipi dia.
Benar aku belajar sesuatu hari ini.
Hari tu bila ada seorang bapak pukul dan dera anak dia sampai meninggal, kita bukan main marah lagi. Macam-macam kita kata kat dia, bapa durjanalah, bapak tak bertanggungjawablah.
Tapi, dalam masa yang sama, samada kita sedar ataupun tak, kita pun hari-hari tengah ‘mendera’ mental anak-anak kita.
Kita kena ingat dera ni bukan setakat fizikal je, tapi penderaan mental jauh lebih mendalam dan kesannya sangat panjang. Mungkin sampai akhir hayat anak-anak akan ingat penderaan mental ni.
Mungkin ada yang tak tahu bahawa penderaan kanak-kanak ini, kita boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu: penderaan fizikal kanak-kanak, penderaan mental kanak-kanak dan penderaan seksual kanak-kanak.
Kadang-kadang pagi-pagi buta, bila anak bangun lewat kita marah dia. ‘Itulah papa dah kata tidur awal malam tadi!’. Anak kita bangun dalam keadaan mood yang tak best sebab pagi lagi dia dah kena marah dah.
Lepas tu, bila dia siap lambat, kita marah lagi.
Sekali lagi dia kena marah.
Kat sekolah pulak kita pun tak tahu apa yang berlaku kat sekolah. Mungkin cikgu-cikgu kat sekolah marah dia, bukan kita tahu pun kan? So, 3 kali dah dia kena marah.
Balik sekolah petang-petang, anak kita penat dah, entah macamana boleh pulak dia tertumpah air. Kita terus marah dia. Kenapa tak pegang betul-betullah, mata letak manalah. Terkapai-kapai anak kena marah time tu.
So, 4 kali dah dia kena marah.
Setelah penat satu hari kat sekolah, Maghrib tu boleh pulak anak kita tertidur kejap. Bila kita dapat tahu, apa lagi membebellah kita ‘tak baik tidur lepas Asarlah, kenapa tidur maghrib-maghriblah’. Macam-macam kita bebel.
Bila malam menjelang, anak kita nampak kita free, so dia pun datang nak berbual dengan kita, nak cerita pasal apa yang dia dah buat kat sekolah. Ada kawan barulah, ada cikgu barulah. Punyalah excited dia nak cerita dengan kita.
Yang kita pulak. Bila anak datang nak sembang, kita buat acuh tak acuh je. Henset kat tangan tak lepas. Dari pagi sampailah nak tidur henset jadi ‘teman setia’ kita, sampai anak nak cakap pun kita tak pandang.
Hiduplah kita ‘bertuhankan’ henset 24 jam.
Lepas tu bila anak kita cakap ayat ‘lebih baik aku jadi henset, mak ayah aku lebih menghadap henset berbanding aku anak dia. Tahu pulak kita nak marah kat dia, sedangkan hakikatnya itulah yang sebahagian kita dok buat hari-hari.
Sehari kita ada 24 jam, apa kata kita peruntukkan sedikit masa, contohnya waktu makan atau waktu senggang lepas maghrib atau lepas anak siap buat kerja sekolah, kita buang sekejap henset dan luangkan ‘quality time’ bersama anak dan keluarga. Detik masa bersama mereka adalah lebih penting berbanding berjam-jam masa yang kita bazirkan menghadap henset. Ye tak?
Diakhirnya anak ini penat dan tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya, mak ayah dia ni sayang ke tak dia ni sebenarnya. Setiap hari, ada je yang tak kena kat mata mak ayah dia. Mesti ada saja salah dan silap mereka.
Budak-budak ni sampai keliru pada siapa mereka nak meluahkan perasaan, nak bercerita, nak mengadu. Bila nak bercerita kat mak ayah, mak ayah pulak buat acuh tak acuh.
Kalau nak tahu, ini adalah rutin yang dilalui oleh kebanyakkan kanak-kanak kat Malaysia. Dan kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang perkara ni.
Dalam diam sebenarnya kita tengah dera batin anak-anak kita.
Ingatlah bahawa anak adalah anugerah Tuhan, bukan tempat melempias marah kita 24 jam.
Jom, kita sama-sama muhasabah dan ubah sikit tabiat sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak kita.
Bukan tak boleh nak marah anak. Sebab marah pun adalah salah satu proses pembelajaran.
Cuma apa kata selepas kita marah kita rasionalkan pada anak kenapa kita marah pada mereka. Ini basic parenting skills yang perlu setiap mak ayah ada. Anak takkan berdendam pada kita kalau kita pandai rasionalkan mereka lepas kita marah mereka. Rasional ni bahasa mudahnya ialah kita pi pujuk anak kita lepas kita marah dia.
Kita tengok contoh mak ayah kita tahun 80an, 90an dulu. Lepas mereka marah atau tibai anak mereka dengan getah paip, malam-malam mereka datang senyap-senyap pi urut atau sapu minyak gamat kat anak dia, ye tak?
Yes, macam yang aku cakap kita kena buat alternatif untuk rasionalkan anak-anak kita. Hukuman atau apa yang kita marah adalah untuk kebaikan masa depan mereka.
Mak bapak kita dulu tak belajar tinggi-tinggi pun boleh faham parenting skills ni berbanding parent zaman sekarang yang belajar sampai PHD tapi tak boleh nak hadam benda asas ni.
Ok, mulai esok apa kata kita cuba ubah tabiat suka nak marah kita. Kalau anak bangun lambat, apa kata kita suruh mereka tidur awal dan buat persiapan awal agar tak kelam kabut esoknya.
Sebagai mak ayah, kita kena ada pelan kontingensi pada anak-anak kita. Kalau anak tak boleh guna plan A, kita guna plan B. Sebagai ibu bapa, kita adalah ‘pencorak’ kepada kain putih, iaitu anak-anak kita.
Berjaya kita mendidik di rumah, InsyaAllah di sekolah, di universiti ataupun dimana sahaja anak itu berada, dia akan menjadi yang terbaik, hasil didikan pertama ibu bapa mereka di rumah.
Mana-mana parent yang suka maki-maki anak, apa kata kita tukar makian itu kepada doa yang baik-baik kepada anak-anak.
Kalau kita suka maki anak b*d*h, ba**ang, apa kata kita tukar makian tadi kepada perkataan yang baik dan positif. ‘Pandai betullah anak papa!’ atau ‘bijak betullah anak ayah ni!’ walaupun time kita tengah marah. Kan doa ibu bapa adalah antara doa yang mustajab. Betul tak?
Jom kita sama-sama berubah. Status ini relevan buat diri saya dan sahabat semua. Sharelah kalau hangpa rasa status ni bermanfaat, ye.
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Senario anak-anak di sekolah rendah berebut-rebut membeli makanan di kantin memang sering kali kita lihat. Walau guru acapkali mengingatkan untuk beratur, namun itulah yang terjadi. Kadang kala dalam kelang kelibut membeli air atau makan, insiden tolak-menolak menyebabkan makanan yang dibeli tertumpah pula.
Kasihan juga kita lihat jika setiap hari begitu jadinya. Lalu ramai ibu bapa hari ini mengambil langkah terbaik untuk memberikan bekal kepada anak-anak mereka. Selain memudahkan anak-anak menikmati makanan tanpa perlu berebut, kita juga dapat pastikan makanan yang dimakan adalah berkhasiat.
Pun begitu berbeza kisahnya di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya Tuan Ramlee Abu Bakar ini. Apa menarik dan istimewanya jom semak perkongsian daripada salah seorang ibu pelajar di sekolah tersebut. Jom semak.
Alhamdulillah.. Mudah dah Raisha makan di sekolah masa rehat, Mummy tak perlu bekalkan dia dan fikir apa nak bagi dia bekal hari-hari.
Raisha turun dari kelas terus duduk di meja dan orang kantin terus letak makanan kat dia, tempat duduk tu adalah tempat yang sama sehingga hujung tahun, tak perlu nak cari tempat duduk, tak perlu beratur nak beli makanan, jadi masa 20 minit tu memang betul-betul masa makan sahaja. Duit pun tak perlu bawa dah.. Jadi tak da la kes duit hilang atau tercicir.
Terima kasih pihak kantin iaitu encik Mohd Fahmi Ahmad selaku pengusaha serta isterinya puan Nadirah Azizan, guru besar SK Pauh Jaya Tuan Ramlee Abu Bakar serta guru-guru. Syukur dipermudahkan. Anak pun dapat makanan dan minuman yang berkhasiat setiap hari.
Ini adalah program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah (HiTS), diperkenalkan oleh unit pemakanan pejabat kesihatan daerah SPT di sekolah tersebut dengan pilihan menu yang sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur.
Disebabkan ramai yang bertanya berapa harga dan bagaimana. Di sini saya jelaskan secara details ya.
Program ini dibayar secara bulanan oleh parents kepada pihak kantin iaitu RM 3/day termasuk air. Tiada paksaan untuk join program ini, program ini terbuka kepada parents yang berminat sahaja, di kantin masih ada aktiviti jual beli seperti biasa bagi pelajar yang tak join program HiTS ni
Mengetahui lanjut tentang apa yang dikongsikan oleh Puan Salehah Ariffin di akaun fbnya itu, Keluarga.my menghubunginya untuk dapatkan sedikit komen daripadanya.
“Saya tertarik dengan program ini sebab makanan yang disediakan full set yang sihat dan seimbang. Saya kadang-kadang sediakan bekal untuk anak tapi kalau yang jenis berkuah selalu dia bawa tumpah-tumpah, iala dengan nak bawa beg sekolah dia lagi kan.. Bila bagi duit belanja pula, dia beli yang tak mengenyangkan contoh waffle.
“Alhamdulillah anak pula jenis tak memilih makanan. Memang suka makan buah dan sayur, jadi tak ada masalah dengan menu yang disediakan. Dia memang habiskan semua. Bila balik sekolah muka dia memang happy bagitau makan lauk lain-lain, semalam lain, maksudnya hari-hari tukar menu. Dia cakap kenyang betul dan sedap.
“Harga sangat berbaloi rm 3/day dengan full set termasuk air. Bayaran pula dibuat secara bulanan, jika anak tak hadir sekolah, boleh inform pihak kantin untuk beri food tersebut pada murid yang kurang berkemampuan.”
sumber : Salehah Ariffin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk menjaga anak. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein, 44, memilih untuk tidak mendedahkan wajah...