Ulser mulut merupakan satu keadaan yang biasa berlaku. Ulser mulut biasanya berbentuk bulat, berwarna putih atau kelabu dan bengkak.
Ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit ketika hendak makan dan minum ataupun semasa memberus gigi. Dalam keadaaan ulser yang teruk, pertuturan seseorang juga mungkin dipengaruhi.
Ulser mulut boleh terjadi apabila terdapat kecederaan tergigit mulut dengan tidak sengaja atau dengan penggunaan gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna. Selain daripada itu, tabiat pemakanan juga boleh mempengaruhi kejadian ulser mulut. Makan makanan yang terlalu pedas, panas ataupun keras dan kurang minum air boleh menyebabkan tisu lembut di dalam mulut mudah mengalami kecederaan dan akhirnya menyebabkan ulser mulut.
Sebab-sebab ulser mulut yang lain ialah kekurangan vitamin B, C dan E, penggunaan sesetengah ubat-ubatan, jangkitan virus, bakteria atau infeksi kulat, penyakit sistemik dan sebagainya.
Ulser mulut bukan suatu penyakit, tetapi ia boleh menjadi petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada. Oleh itu, punca penyebab ulser mulut perlu dikenal pasti supaya rawatan dan pengendalian yang sewajarkan dapat dilakukan.
Sekiranya ulser mulut tidak sembuh atau berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi atau doktor perubatan dengan segera untuk mengenal pasti penyebab ulser.
Ads
RAWATAN ULSER MULUT
Secara umumnya, tanpa rawatan, ulser mulut akan pulih sendiri dalam masa 1-2 minggu. Cara yang biasa digunakan ialah berkumur dengan air garam.
.
Namun ada beberapa ubat yang boleh digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ulser mulut ini. Ubat-ubat ni boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor. Antaranya ialah ubat gel seperti Muco Aid, Oral Aid, Bonjela dan Gingival Gel. Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik (tahan sakit).
Ads
Terdapat juga beberapa jenis ubat dalam bentuk pes & spray ini yang mengandungi tambahan ubat anti-radang untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Ubat-ubatan ini boleh mempercepatkan penyembuhan, terutamanya jika digunakan secepat mungkin pada ketika ulser dalam mulut baru bermula. Contoh ubat adalah Oralon dan Difflam Forte. Ia akan membentuk satu lapisan pelindung dan memberi kesan melegakan ke atas ulser di dalam mulut.
Selain itu, ubat kumur juga boleh didapati. Contohnya ialah Oradex, Hexidine dan Bactidol Mouthwash. Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan pertumbuhan dan bakteria adalam mulut. Ia juga memeudahkan proses pembersihan mulut ketika kehadiran ulser.
TIPS UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA ULSER MULUT
Ads
Penyembuhan ulser mulut boleh dipercepatkan dengan pengambilan makanan diet yang lembut dan pengambilan air yang mencukupi, serta mengelakkan pengambilan alkohol, tembakau dan makanan yang bergoreng atau rangup.
Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan ulser mulut daripada berlaku. Makan dan kunyah secara perlahan dapat mengelakkan kecederaan pada mulut. Penjagaan kebersihan mulut yang baik adalah penting untuk mengurangkan risiko ulser mulut.
Sekiranya anda sering mengalami ulser mulut dan keadaan ini berlarutan sehingga lebih daripada dua minggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam petanian, terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk bercucuk tanam. Ia dapat dipraktikkan sama ada untuk kegunaan pasaran komersial ataupun sendiri.
Dahulunya, ramai yang menanam serai dengan mengambil dua atau tiga batang serai satu rumpun dibahagi kepada 3 atau 4 bahagian kemudian ditanam, rugi kalau macam tu, sayang serai itu kerana kita boleh pakai untuk masak. Sebenarnya ada cara lagi mudah dan jimat untuk kita tanam pokok serai dengan betul dan tidak membazir. Cara ini dapat membantu bagi sesiapa saja yang baru berjinak-jinak untuk menanam tanaman sendiri di halaman rumah.
Mengikut perkongsian dalam Group Berkebun Dirumah, bahawa ibunya menurunkan petua untuk memotong bahagian bawah(dalam gambar), kemudian rendam dalam sedikit air, cukup basah dibahagian tumbuhnya akar, tunggu sehari dua. Lama kelamaan pucuk akan terus tumbuh dan boleh la ditanam.
Cara lain pula, boleh saja ditanam dalam tanah tanpa direndam terlebih dahulu. Ia terpulang kepada kaedah yang mana kita nak gunakan, ada yang lebih suka tunggu sehingga tumbuh akar baru ditanam. Mudah kan?
Kalau anda nak cuba, bolehlah cuba selepas ini ya. Lagipun pokok serai mudah untuk dijaga, senang kalau nak masak boleh terus cantas saja.
selamat mencuba !
sumber : Berkebun Dirumah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kata pakar perbidanan, dalaman tubuh wanita yang sudah melahirkan berbeza dengan wanita yang belum pernah melahirkan anak. Masalah urat yang putus semasa proses kelahiran membuatkan tubuh wanita lebih mudah diserang angin dalam badan.
Pemakanan yang tidak tepat ditambah dengan penjagaan diri yang tidak berterusan membuatkan tubuh wanita yang sudah melahirkan anak lebih mudah diserang angin.
Menghilangkan angin dengan pemakanan seperti halia dan sebagainya antara cara yang dapat dilakukan oleh semua wanita. Pun begitu, selain halia, amalan minum air rebusan halba juga antara cara terbaik memulihkan masalah angin dalam badan. Malah baik juga untuk kesihatan dalaman tubuh.
Selain mengamalkan air rebusan atau teh halba, membuat jamu sendiri daripada halba juga antara yang disarankan untuk semua. Jamu seperti makjun yang dikongsikan oleh Sue Sera Saira di facebooknya ini menarik untuk kita cuba.
Katanya, masalah sengal bahu dan bisa badannya hilang hanya selepas dua hari mengamalkan petua ini. Menarik! Jadi jom kita cuba.
Jamu 4 Bahan
Bahan-bahan:
3 sudu besar halba
3cm halia muda -diparut
4 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Rendamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika.
2. Tumbuk halba sehingga hancur dan kemudian di campur halia, bawang putih dan lada hitam. Tumbuk sampai hancur.
3. Kemudian gentel kecil seperti maajun.
4. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan letakkan dalam satu bekas.
Ambil jamu ini 2 biji pagi dan 2 biji malam. Amalkan secara berterusan sehingga perut kempis dan nampak hasilnya.
Tips cara makan ini, selepas makan jamu ni, saya standby roti atau apa-apa kuih untuk alas perut. Minum dengan air suam. Jamu ni bagus untuk ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak.
Malah badan akan ringan dan angin akan keluar. Dua hari saya cuba, masalah sengal bahu dan bisa badan saya hilang. Badan rasa ringan.
Selamat mencuba!
Kredit: Sue Sera Saira
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Belum selesai tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah sudah pun kembali beraksi di atas pentas nyanyian.
Menerusi perkongsian di TikTok, ibu kepada bayi comel Rhea Akira ini dilihat sedang melakukan persiapan untuk mengadakan persembahan untuk sebuah majlis.
Menurut perkongsiannya, Shila membuat persembahan untuk mendendangkan lagu tema bersempena sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China.
“Kerja pertama setelah tiga bulan, dari hujung trimester, bersalin dan berpantang. Bismillah, ayuh kita kayuh.
“Kembali bekerja, walaupun belum habis pantang, saya masih ada beberapa hari lagi tapi kira halal la.
“Persembahan hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan antara China dan Malaysia, jadi saya akan menyanyikan lagi temanya,” tulis Shila menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji perubahan fizikal penyanyi berusia 33 tahun itu yang kelihatan kurus walaupun baru sahaja melahirkan anak.
Biarpun belum habis pantang, Shila dilihat cukup cergas dan sihat untuk Kembali ke pentas nyanyian.
Terdahulu, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.