Wajah tampak segar tanpa solekan tentunya menjadi idaman setiap wanita walaupun sudah bergelar isteri. Biarpun sibuk dengan menguruskan rumahtangga, para isteri harus tampil cantik dan menawan dihadapan suami. Salah satu bahan dapur yang boleh digunakan para isteri bagi yang inginkan kulit wajah berseri adalah buah tomato. Menurut Saintis Penyelidik MARDI, Dr Suri Roowi, buah tomato mempunyai kandungi tinggi karotenoid yang membantu menaikkan seri wajah. Malah khasiatnya lebih tinggi apabila dimasak. Selanjutnya jom semak perkongsiannya.
INGINKAN KULIT WAJAH BERSERI?
1. Makanan tinggi KAROTENOID bantu serikan KULIT WAJAH
2. Karotenoid banyak dalam TOMATO, LOBAK MERAH, LABU dsb
3. Bahan ini HADIR dalam KULIT MANUSIA
4. Kajian menunjukkan kulit menjadi LEBIH SIHAT selepas 4 minggu
5. Bahan berkhasiat dalam TOMATO lebih TINGGI jika ia dimasak.
6. Bahan berkhasiat juga DISERAP LEBIH BANYAK jika tomato dimakan bersama sedikit minyak zaitun
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Rujukan
Molecules 2011 (16) 10491-10506
Tan et al. (2015) doi:10.1371/journal.pone.0133445